Monday, 20 December 2010

JEFFREY KITINGAN WAJAR BEREHAT



Oleh :HAJI WAHAB TIMPAI

WALAUPUN di negara Malaysia ini diberi kebebasan dalam pengwujudan pelbagai persatuan, namun matlamat sebenarnya perlu diperjelaskan kepada rakyat, di samping membersihkan setiap individu berkenanan yang terlibat dalam tujuan hanya berpolitik semata-mata.

Penubuhan United Borneo Front (UBF) sangat mengelirukan ramai pemimpin pembangkang dan menyifatkan Datuk Dr. Jeffery kini menjadi tali barut kepada UMNO-BN untuk merosakkan perpaduan Pembangkang di Sabah dan Sarawak.

Seorang pemerhati poilitik di Tenom yang hanya dikenali identitinya sebagai ‘Solo Mon Zee’ berpendapat bahawa kewujudan UBF yang dilancarkan sendiri oleh mantan Naib Presiden Parti Keadilan itu baru-baru ini, hanya membuka ruang kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasanya selepas PRU ke 13.

Solo Mon Zee memberi tahu demikian kepada wartawan Sabahkini.net sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah di ruangan Portal Sabahkini.net.

“Saya bukan bergiat aktif dalam politik, tetapi melihat dari segi tingkahlaku para pemimpin bertindak, konon demi rakyat Sabah dan Sarawak, hanya membuat gangguan kepada para pemimpin perjuangannya tulen dalam pembangkang di Sabah dan Sarawak,” jelas Solo.

Sejak dahulu lagi, kata Solo, cara Dr Jeffrey Kitingan ini tidak berubah dan wajarlah beliau ini berehat daripada arena politik untuk memberi peluang kepada pejuang tulen demokrasi terutama generasi muda dalam pembangkang.

Beliau sudah cukup pengalaman dalam politiknya keluar masuk, letak jawatan, tubuh ini dan itu, tetapi tidak menjadi.

“Adalah lebih baik kalau Dr.Jeffery Kitingan menyumbangkan kewangannya kepada pembangkang, daripada membuang begitu saja, tubuh persatuan sini sana Persatuan yang bersifat politik, yang belum pasti berhasil,” tambah Solo lagi.

Pertembungan antara SAPP dan PKR di Batu Sapi dalam pilihan raya kecil baru-baru ini seharusnya menjadi pengajaran kepada ketua-ketua parti pembangkang di Sabah, kerana akhirnya rakyat memilih semula calon BN kerana pembangkang mempertontonkan kepimpinan yang tidak mantap.

1 comment:

  1. buat apa sokong pembangkang yg menjadi tali barut ketuanan semenanjung di sabah?

    ReplyDelete