Monday, 27 December 2010

BN HARGA WARGA TUA, PERLUKAN GENERASI MUDA



SESAK…Kelihatan Warga tua yang berkerumun untuk mengambil kupon hadiah untuk Tahun Baru Cina.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

MASYARAKAT Cina di kedua kawasan, Tanjung Papat dan Elopura dalam Parlimen Sandakan menerima hadiah untuk menyambut Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung pada awal tahun hadapan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen kawasan Sandakan, Datuk Liew Vui Kiong telah menyampai hadiah tersebut di pejabatnya di sini kelmarin.

Semasa di wawancara oleh Wartawan Kanan Sabahkini.Net, VK Liew menjelaskan program ini diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan kepada warga tua khususnya kepada para pengundi yang telah mengundinya semasa pilihanraya umum lalu.

Katanya, kita sebagai golongan muda tidak seharusnya meminggir dan melupakan golongan warga tua kerana mereka juga sebahagian darinya berjasa kepada bangsa dan negara.

Selain itu jelas VK Liew, pihaknya juga mengadakan program daftar pemilih untuk mereka yang berumur antara 21 tahun ke atas sebagai pengundi baru di dalam dua kawasan tersebut.

Ibubapa mereka yang mempunyai anak sudah berumur menjangkau 21 tahun ke atas disyorkan memujuk anak mereka untuk mendaftar sebagai pengundi baru.

Kata VK Liew lagi, program daftar pemilih ini dibuka pada setiap hari masa pejabat bermula dari 26 Disember dan berakhir pada 30 Disember 2010 bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang di Pejabat Ahli Parlimen Sandakan, di Bangunan Plaza Elopura.

No comments:

Post a Comment