Sunday 5 December 2010

KOSAN DIJANGKA UNTUNG RM 3 JUTA TAHUN INI



RASMI…Gambar menunjukkan Jahid sedang merasmikan Bangunan Kosan, sementara Hj. Ghulabdin menyaksikan perasmian tersebut.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

KOPERASI Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) sebuah koperasi tertua di Sabah yang bertanggungjawab mengeluar dan mengedarkan pakaian seragam dan kasut sekolah kepada hampir 285,000 murid Sekolah Rendah di seluruh Negeri Sabah dijangka akan mensasarkan keuntungan pada tahun ini sebanyak RM 3 juta.

Timbalan Pengerusi KOSAN, Haji Ghulabdin Enjih ketika memberitahu para pemberita selepas Perasmian Kilang KOSAN di Tuaran yang bernilai RM400,000 baru-baru ini memberitahu, pengeluaran yang berterusan dengan memperuntukan masa 1,520 jam berkerja setahun akan dapat menyiapkan sebanyak 2,400 helai pakaian seragam sekolah sehari.

Katanya, keuntungan KOSAN pada tahun lepas telah menurun akibat penyiapan prasarana bangunan dan pembelian mesin-mesin baru yang mana pada tahun sebelumnya iaitu 2008 keuntungan sebanyak RM1.9 juta telah dicatat oleh koperasi ini.

Beliau menjangkakan keuntungan akan bertambah tahun ini dapat dicapai setelah kilang KOSAN memperbesarkan bangunannya serta dilengkapi pula dengan pembelian mesin baru yang boleh meningkatkan keupayaan pengeluaranya.

Haji Ghulabdin menyatakan penubuhan KOSAN pada tahun 1976 yang mendirikan dua buah kilangnnya seperti Kilang Pakaian di Tuaran dan kilang Kasut di Papar telah memberikan peluang pekerjaan kepada kira-kira 300 penduduk tempatan di kedua-dua daerah berkenaan.

"Kami tidak mahu perniagaan KOSAN ini berada dalam perniagaan sedia ada,malahan kami Ahli Lembaga Pengarah (ALP) menjangkakan rancangan perniagaan KOSAN akan dipelbagaikan yang mencakupi pelbagai bidan perniagaan termasuklah bidang pertanian," kata Haji Ghulabdin lagi.

Perasmian Kilang baru KOSAN telah dilakukan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim yang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Tuaran, Madihim Lajapan; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada Golubi Guntarek (Setiausaha), Datuk Haji Arshad Idris (Bendahari), Chong Ket Vui, Mersilius Tiwol, Ariffin Datuk Fadzil Wong, Haji Abdul Razak Awang Duraman, Datuk Haji Baisul Khan Salman Farish, Sylvester Golou Asai, Gabriel Lohuban, Hassan Mansoor, Gabriel Lohuban dan Rubin Guribah termasukal Pengurus Besar KOSAN, Haji Junian Haji Yunus.

No comments:

Post a Comment