Saturday 15 January 2011

KPK ‘SATU KATI', PEGAWAI KASTAM ’16 TAHIL’



Saudara pengarang,

TERIMA kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk menyalurkan dua maklumat terbuka kepada pihak Kastam dan kita tunggu apa tindakan selepas ini mengenai minuman ‘Draf Bir’ seperti Carlsberg dan Tiger yang dijual di kelab malam dan restoran di seluruh Sabah; adalah dipercayai 90 peratus diseludup secara terus dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Kota Kinabalu.

Manakala bagi Labuan, minuman keras ini diimport oleh Harrison Trading Labuan. Tong Bir Draf yang diimport tidak ada sebarang tanda 'Malaysia Duty Not Paid'. Bir Draf hanya dibekal oleh dua buah syarikat di Sabah iaitu agen Calsberg dimiliki oleh penyeludup terbesar di Sabah 'Tauke Niu' atau Kelly dan lagi seorang bekas pengurus Guniness Anchor Beer di Kota Kinaalu bernama Steven Voo.

Kami berharap dengan maklumat ini, bukan sahaja Kastam akan menyiasat, malah SPRM juga harus membuat pemantauan rapi kerana Carlsberg Sdn Bhd dan Harrison Trading pun tidak import begitu banyak Draf Bir yang telah dibayar cukai.

Amat menghairankan kerana kedua syarikat ini export balik tong kosong Draf Bir ke kilang di Semenanjung untuk diisi semula. Mungkin tidak masuk akal jika kerana kapal kontena memerlukan masa sebulan tetapi Bir Draf yang diimport hanya beratus tong sahaja oleh Harrison Trading Kk dan Carlsberg Sdn Bhd.

Kami amat takjub kerana dari mana datangnya Draf Bir yang berlambak di pasaran Sabah, Sarawak dan Labuan? Mustahil kastam tidak tahu atau mungkinkah mereka menerima habuan bulanan melalui broker kastam seperti ‘Ah Hui’ yang terkenal sebagai penyeludup rokok terbesar di Kota Kinabalu.

Beliau juga kawan rapat dengan Datuk Yussof Mansor, Hamza Sundang dan sebagainya yang akan kami dedahkan di Sabahkini.net nama pegawai yang terlibat menerima rasuah dari tauke penyeludup rokok, minuman keras, minyak subsidi, kayu balak, mercun dan barang diimport daripada luar negara yang bercukai tetapi diisytihar sebagai ‘NO DUTY’ pada artikel kami akan datang.

Kami berharap sangat tetapi kebingungan bagaimana Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Khalid mahu membanteras semua kegiatan penyeludupan sebelum dia pencen, kerana seolah-olah dia sahaja yang buat kerja betul dan tidak menerima rasuah.

Jadi kita sebagai warganegara Malaysia dan pembayar cukai yang bertangungjawab harus membantu cita-citanya. Kita bantu dia hapuskan semua ‘epal buruk’ di Jabatan Kastam supaya tidak merosakkan imej jabatan Kastam seperti yang beliau mahu; iaitu bukan sahaja “Kelihatan Bersih, Malah Berbau Bersih.”

Kami berharap sangat agar Pegawai Kastam tidak memarahi kami tetapi kalau teringin marah, maka makilah Ketua Pengarah Kastam yang takut kamu kaya raya kerana beliau sudah menjadi jutawan dan dia hanya memberi peluang kami membongkarkan kegiatan rasuah di Jabatan Kastam.

Akhir kata, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih pada Sabahkini.net yang menyediakan laman web popular ini untuk rakyat membongkarkan kebenaran dan mempertahankan kejujuran; jika tidak rakyat hanya diperbodohkan oleh pegawai jabatan kerajaan sahaja.

Hidup Sabahkini.net!

Salam hormat.

SUKARELAWAN SABAHKINI.NET

No comments:

Post a Comment