Monday, 17 January 2011

KENAPA SERANG SABAHKINI.NET?



Saudara Pengarang,

ASSAMULAIKUM dan Salam 1Malaysia kepada rakyat Malaysia dan pembaca Sabahkini.net. Saya seorang peminat Sabahkini.net ingin memberi sedikit nasihat di sini kepada Ketua Jabatan, Pemimpin Politik, Pegawai Polis dan individu yang menyalahguna kuasa atau korupsi; agar tidak lagi cuba menakutkan penulis Sabahkini.net dengan membuat laporan polis palsu.

Jika anda tidak korup atau bersalah, sila email kepada Sabahkini.net untuk penjelasan dan biar pembaca Sabahkini.net analisa penjelasan anda. Tidak perlu menyusahkan pegawai penyiasat PDRM menyibuk kerana mereka ada banyak kes jenayah yang perlu disiasat.

Kalau kamu bersalah, tolong jangan cabar Sabahkini.net kerana jika dicabar balik untuk melakukan sumpah laknat di Dataran Merdeka dan saksi oleh khalayak ramai dan Tuhan lagi anda malu.

Jangan sampai penulis Sabahkini.net buang tiga kesalahan anda dan cabar kes ke 4 pun anda tidak berani dan anda pula akan dilapor balik oleh penulis dan anda akan dipecat oleh jabatan dan ditangkap SPRM kerana bersalah dan menyalahguna kuasa serta korupsi.

Kalau tiada angin, daun pokok tidak akan bergoyang. Sabahkini.net adalah untuk semua rakyat Malaysia membongkarkan kebenaran dan mempertahankan kejujuran.

Sabahkini.net bukan laman web penganiayaan. Buat apa buat laporan polis terhadap Sabahkini.net? Kalau anda tidak bersalah, kenapa pembaca Sabahkini.net tidak mahu membuang masa membela anda? Sebenarnya apa yang disiarkan oleh Sabahkini.net adalah 88 peratus benar.

Nasihat saya ialah kamu boleh cabarlah balik jika Sabahkini.net membuat tomahan terhadap anda dan sama-sama kita lihat berapa pembaca Sabahkini.net akan membuat komen terhap anda jika anda bersalah. Malu atau tidak malu, cermin wajah anda di rumah sebelum membuat laporan polis atau email kepada Sabahkini.net.

Kalau kamu bersalah tidak payah membuat laporan polis atau upah tonto, upah gangster, upah bomoh dan sebagainya untuk balas dendam. Kalau gangster boleh pukul atau bunuh manusia sesuka hati, pembunuh Susilawati tidak kena tangkap kerana setelah mereka bunuh dan bakar mayat sehingga renting, tetapi kenapa boleh lagi kena tangkap? Kalau bomoh boleh diupah untuk buat orang gila, kami yakin sudah lama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang jadi gila atau sasau.

Tiada manusia di dunia lebih berkuasa daripada TUHAN. Ingatlah, semua manusia hidup di dunia ini tetapi ada dosa sejak dilahir tapi ‘Dosa Jangan Terlampau Dosa’ dan ‘Jahat Jangan Terlampau Jahat’. Kalau sesiapa mahu menyalahguna kuasa dan terima rasuah; bolehkah anda buat tidak kelihatan oleh langit dan dengan kaki yang tidak berpijak di bumi?

Kalau tidak dapat, jangan lakukan rasuah atau salahguna kuasa kerana langit ada CCTV yang besar dan bumi dipijak ada Wi-Fi link dengan komputer Tuhan untuk mencatat segala perbuatan anda.

Saya tidak bertujuan untuk menakutkan sesiapa, cuma ingin menasihati ‘penjenayah masyarakat’ bahawa Yang Salah Tetap Salah. Tidak ada gunanya berperang dengan Sabahkini.net; untung tiada tetapi rugi ada.

Salam hormat.

PEMBACA SABAHKINI.NET LABUAN

No comments:

Post a Comment