Saturday, 15 January 2011

17 CABANG PKR SABAH TIDAK BERGANJAK



SOKONGAN….Ahmad Tambrin Jaini terus dapat kepercayaan Cabang PKR Sabah.

Oleh : KUMPULAN MAJORITI PKR SABAH.

SEPERTI yang kami katakan sebelum ini, kami bukan ‘kambing’ atau ‘lembu kurus’ sebaliknya 17 Cabang PKR Sabah yang masih tidak berganjak dengan pendirian kami bahawa kumpulan Majoriti hendaklah dibawa berunding bagi memastikan satu keputusan konkrit dapat diterima sebelum memberikan laluan kepada Pengerusi MPN Negeri Sabah yang baru; agar dapat menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan dan diterima oleh semua pihak di Sabah.

Dalam satu panggilan telefon yang telah diterima daripada Kota Kinabalu memaklumkan bahawa Pihak Majoriti pimpinan Ahmad Tambrin Jaini terus kekal memberikan kepercayaan mereka terhadap Pengerusi lama itu.

Jurucakap kumpulan itu, Piramli Barahim selaku Ketua Cabang Semporna memaklumkan Sabahkini.net, PKR Sabah sepatutnya memiliki seorang pemimpin yang lebih berwibawa dan diterima oleh keseluruhan kumpulan etnik di negeri ini selaras dengan peruntukan Perkara 16.6 Perlembagaan Parti yang menyatakan bahawa:

Presiden hendaklah berunding terlebih dahulu dengan wakil cabang Negeri sebelum membuat keputusan melantik pengerusi barunya.”

Beliau memohon kepada Presiden Parti supaya dapat mengadakan satu perbincangan dengan semua wakil cabang di negeri ini bagi menentukan apa yang wajar dan baik bagi memutuskan pengerusi baru MPN Negeri Sabah.

17 cabang Negeri Sabah yang masih menunggu keputusan rasmi dari Presiden Parti terhadap resolusi mereka pada 13 Disember 2010, mengenai pemilihan Ketua MPN baru tidak akan berganjak dengan pendirian mereka bahawa Ahmad Tambrin Jaini adalah calon yang sesuai mengetuai MPN Negeri Sabah, walaupun tindakan Itu dimanipulasi oleh pihak ‘The Threes Stooges’ baru-baru ini telah menyebabkan PKR Negeri Sabah dilanda krisis kepimpinan sekali lagi.

Keputusan tanpa merujuk kepimpinan Negeri akan menyebabkan krisis keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Perjuangan PKR dalam konteks Negeri ini akan terhakis dan perjuangan ahli PKR di negeri ini adalah sia-sia sahaja.

PKR Sabah sepatutnya dilihat sebagai satu parti Alternatif yang boleh membawa satu perubahan autonomi bagi rakyat Negeri Sabah serta diyakini bahawa PKR tidak menyamai parti komponen Barisan Nasional seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain.

Masyarakat KDMR Kadazan Dusun pimpinan Dr. Jeffrey telah meninggalkan PKR baru baru ini, SAPP pula tidak mahu menyertai Pakatan Rakyat, jadi apa yang tinggal hanyalah kumpulan Bumiputera Islam sebagai sasaran PKR di Negeri ini.

Memandangkan kumpulan Bumiputera Islam yang terdiri daripada pelbagai etnik ini, PKR seharusnya menumpukan perhatian terhadap kumpulan etnik yang lebih besar di negeri ini bagi mengetuai PKR Sabah menghadapi PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Ahmad Tambrin Jaini telah memenuhi kriteria yang diperlukan kerana dia datang dari kumpulan Majoriti dan mendapat kenyakinan dari kalangan pemimpin-pemimpin cabang di negeri ini.

Dengan 17 cabang dan 4 cabang yang berkecuali, menunjukkan angka yang kami laporkan sebelum ini masih tidak berubah.

Sidang akhbar pertama, Pengerusi MPN yang baru, Ustaz Pajuddin Nordin hanya dihadiri oleh 3 cabang ‘The Tree Stooges’ pada 10 Januari 2011 jelas membuktikan bahawa hanya itulah yang setuju dengan Pajuddin sebagai Pengerusi MPN Negeri Sabah dengan berproksikan 3 cabang (Tuaran, Batu Sapi dan Marudu), tambahan pula ketiga-tiga cabang ini tidak diwakili oleh Ahli Parlimen Bumiputera Islam di Negeri Sabah. Bukankah ini akan menguris hati Ahli Parlimen Bumiputera Islam?.

No comments:

Post a Comment