Friday, 14 January 2011

KASTAM GAGAL CEGAH PENYELUDUPAN?



Saudara Pengarang,

SAYA tertarik dengan tulisan Kastam Pencen bertajuk ‘Kastam Semakin Hebat Pungut Cukai’ dan ingin menambah sedikit komen beliau kerana sejak dahulu lagi memang tugas pencegahan penyeludupan yang dilakukan oleh pihak kastam. Bukan sahaja tidak berkesan langsung, malah memang seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Buktinya rokok-rokok seludup dijual berleluasa dan secara terbuka. Mana dia Pegawai Penguatkuasa? Tangkapan rokok seludup lebih banyak dibuat oleh APMM daripada Jabatan Kastam Sabah. Begitu juga dengan telur penyu yang diseludup dari negara jiran banyak dijual di kaki lima dan sampai sekarang tiada tangkapan dibuat oleh Kastam.

Kenapa dan mengapa? Adakah kerana para pegawai Kastam telah menerima rasuah? Apa yang nampak berubah masa kini ialah bangunan-bangunan yang bertambah cantik dengan slogan-slogan yang semakin merapu.

Salam Hormat,

PENGKRITIK KASTAM

No comments:

Post a Comment