Sunday, 16 January 2011

KPDNKK MAKAN GAJI BUTA?



Saudara pengarang,

DVD cetak rompak kelihatan dijual secara bebas di kaki lima di Jalan Alor dan Shopping Mall di Kuala Lumpur dan sampai ke Kota Kinabalu dan Sarawak seolah-olah mereka telah diberikan lesen oleh Finas dan pihak berkuasa tempatan.

Pada tahun lalu, KPDNKK memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap penjual, pembeli atau pengedar DVD cetak rompak, walaupun hanya sekeping, akan tuduh di mahkamah dan akan mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah oleh KPDNKK.

Nasib baik Kabinet Malaysia tidak meluluskan pindaan undang-undang tersebut kerana Penguatkuasa KPDNKK tidur dan menerima gaji buta setiap bulan kerana DVD cetak rompak dijual di hadapan mata tanpa Sijil B; terutama di pusat membeli belah di Karamunsing, Tang Dynasty Mall, Megalong, Wisma Merdeka dan di Komplex Membeli Belah di Labuan.

Kami ingin bertanya Ketua Pengarah KPDNKK adakah pengkuatkuasa menjalankan tugas seharian membanteras kegiatan haram DVD cetak rompak atau pegawainya hanya datang pejabat dan duduk bersembang atau berfacebook sampai petang dan terima habuan bulanan daripada sindiket DVD cetak rompak dan makan gaji buta dengan kerajaan?

Mustahil KPDNKK tidak tahu langsung kegiatan DVD cetak rompak yang dijual di Kompleks Membeli Belah di Sabah dan Labuan begitu berleluasa?

Sehubungan itu, kami meminta Ketua Pengarah KPDNKK turun padang dan melakukan ‘walk about’ sendiri ke Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Lebih teruk lagi, Tauke VCD akan suruh pembeli menunggu selama 10 minit dan kerana mereka akan mengambil DVD/VCD di lokasi lain kerana tauke sindiket ini tidak simpan DVD di kedainya.

Pernah saya melihat dan mendengar penjual DVD cetak rompak diarah tutup gerainya di Jalan Alor, Kuala Lumpur oleh penguatkuasa DBKL; “Tutup cepat, lain group sudah mau sampai dan rampas.”

Beginilah kerja semua penguatkuasa. Harapkan pagar-pagar makan padi. Kami pernah menyalurkan maklumat kepada KPDNKK di sebuah Kompleks Beli Belah yang menjual DVD cetak rompak.

Tahukah anda apa penguatkuasa jawab? Mereka tanya, “Boleh tahu siapa lapor? Boleh bagi lot nombor dan tingkat berapa? Dalam hati, kami memaki kerana walaupun kami sudah beri semula maklumat, namun mereka tidak buat kerja sebaliknya kami pula yang jadi sasaran ‘tonto’.

Kalau di dalam kompleks pun mereka tidak boleh cari, sedangkan nama kedai dengan nama syarikat telah diberitahu, lebih baik pegawai tersebut berhenti kerja kerana tidak layak menjadi pegawai penguatkuasa.

Macam mana kami mahu menghormati Pegawai Penguatkuasa zaman sekarang jika semua mengamalkan rasuah dan makan gaji buta?

Salam Hormat,

ANTI RASUAH

No comments:

Post a Comment