Saturday, 15 January 2011

117 AHLI UMNO TENOM SERTAI PKR



DI KAMPUNG Ulu, Lagud Seberang, Tenom 117 orang ahli UMNO dengan sukarela menyertai Parti Keadilan Rakyat Cabang Tenom serta memberikan borang keahlian mereka kepada Ketua Cabang PKR Halik Zaman petang tadi, 14 januari 2011.

Mereka secara beramai-ramai telah keluar daripada cawangan mereka di kawasan DUN Melalap, Tenom setelah memikirkan para pemimpin UMNO/BN cuma bekerja untuk mengayakan diri sendiri sahaja.

Dalam ucapan alu-aluannya, Halik Zaman berkata, Kerajaan UMNO/BN kini berdalih bertanggungjawab berhubung kenaikan kos hidup rakyat yang begitu tinggi di Sabah, pada hal punca kenaikan harga barang keperluan rakyat berpunca daripada kenaikan harga minyak petrol ron97 dan ron95 yang mendadak dan tidak pun diberitakan oleh media Kerajaan BN seperti TV1 dan TV3 kepada rakyat Malaysia.

“Apa yang rakyat harapkan bahawa Kerajaan BN sepatutnya mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah kos hidup rakyat yang terlalu tinggi dan bukan memberi seribu alasan murahan untuk menggelapkan mata rakyat. Jangan sekali membuat alasan, tapi Kerajaan UMNO/BN mesti mengatasi permasalahan rakyat,” tegas Ketua Cabang PKR Tenom itu.

Kata Halik lagi, keperluan rakyat seperti jalan kampung, air bersih, elektrik, jambatan, balairaya dan telefon awam sewajarnya dibina di setiap kampung tetapi sebaliknya semua keperluan ini dilupakan.

Tambah Halik lagi, Kerajaan UMNO/BN mesti ditukar dengan Kerajaan Pakatan Rakyat. Jika rakyat mahu berubah, ubah sekarang sebelum terlambat kerana PRU13 nanti rakyat akan menjadi hakim yang paling besar kuasanya kerana undi rakyat adalah penentu nasib BN berkuasa atau tidak?

“Kita semua tahu apa peranan para pemimpin BN? Kalau tidak mengaut kekayaan diri dan kroni tentu rakyat sudah kaya raya dalam masa hampir 48 tahun Sabah merdeka bersama Malaysia,” jelas Halik mengakhiri ucapannya.

Turut hadir Timbalan Ketua Cabang, Lampag Kurias, Setiausaha Cabang Masri Raisimin.

3 comments:

  1. although i'm not a big fan of halik, tahniah kpd bliau & pkr.

    **offtopic** kana hack lagi ka sabahkini boss?

    ReplyDelete
  2. joomla mmg salu bnyk masalah... pkai drupal lagi bagus

    ReplyDelete
  3. he he joomla yang terbaik setakat ini. tapi kalau hit sudah tinggi matikudasai. nak kena tambah bandwith. aiso tusin. he he. sabarlah gaman. tengah atur

    ReplyDelete