Saudara Pengarang,
PEMBANCI di kawasan kinabatangan hanya dibayar hanya RM 999.50 untuk Sembilan setengah hari bagi tuntutan penginapan dan makanan. Sepatutnya kami dibayar sebanyak RM 4,830 bagi tugas yang kami jalankan selama 46 hari x RM 105. Kami terkilan kerana seolah-olah dipermainkan oleh pihak yang mengambil kesempatan ke atas projek kebangsaan ini. Mohon ehsan agar Sabahkini.net memaparkan keluhan kami agar Jabatan Perangkaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi dan menyelesaikan kemelut yang kami hadapi kerana komitmen kami bekerja pada masa itu terlalu tinggi sehingga sanggup meninggalkan keluarga dan menempuh pelbagai cabaran semasa banci di jalankan.
Salam Hormat,
PEMBANCI MALANG
No comments:
Post a Comment