Thursday, 13 January 2011

MAMPUKAH PEGUAM NEGARA BELA MICHAEL CHIA?


BUDDY... Hubungan akrab Michael Chia (kanan) dengan Richard Barnes sentiasa kukuh bagi melindungi kegiatan jenayah mereka di Hong Kong.


Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

KETIKA Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dihujani pelbagai isu yang mencabar kredibiliti beliau, terutama kemelut dengan Panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ‘Lelaki Terkaya di Malaysia’ Michael Chia Tien Foh masih bergantung tali hayat dengan Jabatan Peguam Negara dalam Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong dan Kes Rasuah di Sabah yang akan disambung lagi selama dua hari mulai hari ini dan esok (13 hingga 14 Januari 2011).

Michael Chia yang memperdaya seorang usahawan tempatan, Datuk Agus Hassan Tan berhubung Skandal Peluamas yang melibatkan nama UMNO Sabah terpalit untuk mendapatkan suapan sejumlah RM3 juta; masih berjaya mengheret Ketua Menteri Sabah, merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman sehingga tidak menyambung kontrak Mohd Daud Tampokong sebagai Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah.

Pemberhentian Daud sebagai orang paling berkuasa di Yayasan Sabah sedikit sebanyak akan menyebabkan perbicaraan kes berkenaan terganggu kerana Daud menjadi saksi utama yang melibatkan kes rasuah tersebut disebabkan hubungan langsung dengan tertuduh, Michael Chia, yang diperkenalkan Daud sebagai Juruperunding dan Agen Yayasan Sabah bagi semua konsesi di Yayasan Sabah.

Akibatnya, Yayasan Sabah terpaksa menubuhkan Panel Khas untuk mentadbir urus yayasan berkenaan yang terdiri daripada Mohd Hatta Jaafar, Andrew Garcia, Robie Makajil dan Esther Lee.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Peguam Negara telah mengarahkan Timbalan Pendakwaraya, Kevin Morrais melalui telefon agar memaklumkan kepada Hakim Elsie Primus untuk menangguhkan perbicaraan tersebut kerana salah seorang saksi penting, Chong Shak Nyen ingin meminda keterangannya; sedangkan saksi berkenaan tidak tahu menahu dan tidak ada membuat sebarang permohonan; sehingga statusnya sebagai saksi kini akan dijadikan sebagai salah seorang ‘Defendan’.

Dikhabarkan Gani gagal membantu Michael Chia dalam kes Penggubahan Wang Haram di Hong Kong baru-baru ini sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) berjaya mendapat perintah mahkamah untuk membekukan wang sejumlah RM430 juta, tidak termasuk RM16 juta yang dirampas di Lapangan Terbang Cek Lap Kok pada 14 Ogos 2008.

Usaha untuk menentang ICAC di mahkamah Hong Kong ternyata gagal kerana tidak ada sebarang pihak muncul mewakili Michael Chia, setelah ada pihak yang berkepentingan bimbang akan menyebabkan pembangkang mempergunakan isu berkenaan pada pilihanraya kecil Batu Sapi.

Usaha untuk mencairkan RM446 juta berkenaan masih terus dilakukan termasuk untuk menggunakan pengakuan palsu Kerajaan Malaysia bahawa wang tersebut adalah wang parti, namun masih menemui jalan buntu setelah jet peribadi yang membawa Michael Chia ke Hong Kong berjaya dipintas ketika operasi besar-besaran menangkap mereka yang terlibat dengan Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong sedikit masa lalu.


PERANGKAP.... Michael Chia cuba memerangkap Musa Aman dengan menghantar lebih 10 gambarnya ke Sabahkini.net.


Walaupun Ketua Menteri Sabah mengakui tidak pernah mengenali Michael Chia secara peribadi, namun Michael Chia sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengaitkan Musa Aman dengan beliau yang menunjukkan kemesraan mereka sekalipun gambar tersebut merupakan gambar yang dikirimkan kepada Sabahkini.net diambil ketika majlis sambutan Hari Raya.

Bukan sahaja Michael Chia yang bersalaman dengan Musa Aman, malah semua tetamu juga turut bersalam kerana mereka menjadi tetamu di majlis rumah terbuka yang diadakan Ketua Menteri Sabah di kediamannya.

Berjayakah Michael Chia terus berselindung di sebalik nama Musa Aman dan menggantung tali hayat kepada Gani Patail? Jawapannya hanya diketahui Richard Christopher Barnes yang menjadi Pemegang Amanah bagi semua wang yang disimpan di Hong Kong and Shanghai Bank di Central Hong Kong!

30 comments:

  1. Kalaulah si Richard Christopher Barnes ni muncul dan dedahkan kebenaran.... noktah terus cerita ni:P hehe

    ReplyDelete
  2. Nampaknya kes ini sangat complicated. Saya harap kes ini dapat dieselesaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  3. Malah yang menghairankan si MC ni sibuk sangat mengaitkan dirinya dengan MA... hhhmmmmm

    ReplyDelete
  4. Kalau setakat bersalam dengan MA, saya yakin ramai yang pernah bersalam dengan MA juga terutamnya dalam majlis2 rasmi. Jadi bagaimana mungkin isu ini boleh dikaitkan kononnya MC dan MA mempunyai kaitan.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Saya yakin kebenaran pasti akan ditemui nanti.

    ReplyDelete
  6. kebenaran kes ini blum lagi diketahui kerana ia masih lagi dalam siasatan. namun telah muncul perbagai teori dan spekulasi hingga mengaitkan Musa Aman. padahal tk ada asas langsung nk dikaitkan beliau dalam kes ini.

    ReplyDelete
  7. Sebaiknya tidak perlu untuk mengaitkan orang lain dalam kes ini. Biarkan kes ini diselesaikan oleh pihak yang tertentu saja. Kita tidak perlu untuk memberikan khabar angin tetang kes ini.

    ReplyDelete
  8. Semoga kes ini dapat diselesaikan oleh Peguam bela Negara ini. Bukti itu yang penting bagi membuat sesuatu andaian. Tanpa bukti tidak ada guna tuduhan itu.

    ReplyDelete
  9. Sooner or later Michael Chia will eventually found guilty. We will just have to wait for a solid prove to be found.

    ReplyDelete
  10. Sebagai seorang peguam, mampu atau tidak membela seseorang itu bergantung kepada bukti yang ada untuk menentang tuduhan berkenaan. Maka Peguam bela negara tidak dapat menjawab soalan itu. Jadi sebaiknya kita tunggu saja apa berita selanjutnya berhubung kes ini.

    ReplyDelete
  11. Michael Chia must have thought Sabahkini.net would be that dumb to believe that he is friends with Musa. Sending few pics of him shaking hands with MA in a function doesn't prove that they are friends. Comon, everyone shakes hand with the CM in a function!

    ReplyDelete
  12. I hope this case will be solved by this year.

    ReplyDelete
  13. penjenayah seperti Micheal Chia sepatutnya tidak perlu dibela kerana kesalahan beliau terlalu berat malah banyak melakukan huru hara serta mendatangkan masalah kepada kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  14. sebenarnya Micheal Chia juga tidak mempunyai bukti kukuh yang boleh mengaitkan KM Sabah dengan jenayah yang dilakukan oleh beliau selain menggunakan gambar2 yang boleh dipertikaikan kebenaran tentang keakraban mereka malah kesahihan gambar tersebut..

    ReplyDelete
  15. saya harap kes ini dapat diselesaikan segara sebelum ianya bertambah rumit dan sebelum lebih banyak masalah ditimbulkan oleh Micheal Chia.

    ReplyDelete
  16. Michael Chia harapkan bantuan daripada KM dengan menyiarkan gambar mereka bersama?

    ReplyDelete
  17. michael Chia mgkin sengaja kaitkan Musa Aman untuk menyelamatkan diri. namun, ia tk berjaya kerana Musa Aman mmg tak ada kena mengena langsung dgn kes ini.

    ReplyDelete
  18. kes michael Chia adalah kes berprofil tinggi dan mendapat perhatian ramai pihak. harap kes ini akan dpt diselesaikan secepat mgkin.

    ReplyDelete
  19. Mungkin michael Chia tidak perlu dibantu, kerana beliaulah telah memburukkan nama baik negara kita di hong kong. Sudah tertangkap mahu mengaitkan orang lain pula lagi. Bukankah ini menjadikan perkara ini menjadi lebih rumit. Harap Michael Chia mengaku saja kesalahan ini dan bukan mahu menuduh orang lain terlibat dengan semua apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  20. Hakim saja yang boleh menentukan nasib si Michael Chia ini.

    ReplyDelete
  21. Bilalah kes ini akan selesai??? Dah masuk tahun 2011 tetapi kes ini belum lagi selesai.

    ReplyDelete
  22. Serahkanlah kes ini kepada pakar, kita tunggu dan lihatlah perkembangan lanjut.

    Sejak bila Michael Chia ini menjadi lelaki terkaya di Malaysia?

    ReplyDelete
  23. kita belum tahu adakah Michael Chia benar2 terlibat dalam skandal ini. lagipun kes ini masih dalam siasatan. kes ini bukankah kes kecil kerana ia melibatkan nama baik negara kita juga. harap kebenaran dalam kes ini akan diketahui jg nnti.

    ReplyDelete
  24. Bagi saya gambar konon-konon Micheal Chia bersalaman dengan Musa Aman tu macam fake saja.

    ReplyDelete
  25. Dia ingin terlepas dari tuduhan itu dan dia ingat bila kaitkan nama Musa Aman trus dia akan terlepas?? Heloo...sory2 yerrr...

    ReplyDelete
  26. Biasa la orang kalau sudah ingin melepaskan diri semuanya akan dilakukan tanpa memikirkan tentang logik dan tak logik. Sudah buat Salah mengaku jak la!!

    ReplyDelete
  27. Micheal Chia bersungguh2 menyatakan bahawa Musa Aman terlibat dengan aktiviti yang dilakukan oleh beliau. Jika betul Musa Aman terlibat, beliau tidak perlu lagi menyandang Jawatan Ketua Menteri Sabah dan bersusah payah untuk mentadbir Sabah!!!

    ReplyDelete
  28. kes ini sukar difahami. apa pun tidak wajar jika membuat sebarang spekulasi sedangkan kita sendiri pun tidak tahu kebenarannya. lebih baik tunggu saja sehingga kes ini selesai nanti.

    ReplyDelete
  29. Complicated betul kes ini. Dari tahun lepas hingga sekarang belum lagi kes ini diselesaikan.

    ReplyDelete
  30. Sesiapa saja boleh mengambil gambar dengan MA. Bukannya susah. Oleh itu, gambar2x tersebut tidak cukup untuk mengaitkan MA dalam kes ini.

    ReplyDelete