Monday 12 March 2012

KOLEJ KDM DILANCARKAN JUN

KAMPUS tetap Kolej Kadazandusun Murut atau Kolej KDM dijangka dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jun depan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata serentak dengan pelancaran itu Perdana Menteri juga akan melakukan upacara pecah tanah kampus tetap kolej berkenaan di Kaingaran, dalam daerah Tambunan.

Berucap pada majlis perasmian persidangan Tri-Tahunan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) di Dewan Hongkod Koisan, di sini, Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata kabinet Sabah telah bersetuju 'membantu' menubuhkan kolej universiti berkenaan.

"Kita bersyukur kerana kerajaan telah meluluskan penubuhan kolej komuniti itu dan tapaknya sudah disediakan di Tambunan. Diharapkan kerajaan negeri atau persekutuan dapat menyediakan peruntukan untuk tujuan ini," katanya.

Cadangan penubuhan kolej berkenaan dibuat oleh Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun dan Murut Sabah (PEKADIN). (BERNAMA)

13 comments:

  1. Mudah2an dengan adanya kolej KDM tu dapat memberi manfaat kepada KDM dan tidak perlu pergi jauh untuk sambung belajar. Kolej tu juga harus lengkap dengan kemudahan infrastruktur dan pengajian2 yang ditawarkan harus mengikut keperluan industri M'sia terutamanya di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kolej ini harap dpt memberi manfaat bukan sahaja kepada KDM tetapi jg kepada kaum lain.

      Delete
  2. Semoga lebih banyak belia dapat keperluan pendidikan yang diperlukan.

    ReplyDelete
  3. Syukur sebab lebih banyak belia mendapat pendidikan yang wajar.

    ReplyDelete
  4. Terbukti kerajaan juag prihatin dengan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Semoga projek dijalankan dengan lancar dan mencapai kejayaan yang memuaskan.

    ReplyDelete
  6. Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) di Dewan Hongkod Koisan, di sini, Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata kabinet Sabah telah bersetuju 'membantu' menubuhkan kolej universiti berkenaan.

    Budaya kerjasama antara parti amat dialu-alukan.

    ReplyDelete
  7. Kolej KDM ini mungkin dapat membantu penduduk Sabah untuk memastikan KDM di Sabah akan terus dikekalkan.

    ReplyDelete
  8. pastikan kolej KDM ini benar2 dapat direalisasikan..

    ReplyDelete
  9. Belum sampai setahun Pairin mengumumkan kolej KDM akan dibina, kini kampus tetap akan dilancarkan oleh PM sendiri Jun depan. Akhirnya, cadangan ini menjadi suatu realiti.

    ReplyDelete
  10. Semoga KDM dapat memanfaatkan kewujudan kolej ini demi kelangsungan hidup KDM pada masa hadapan. Jangan biarkan KDM terus jauh ketinggalan.

    ReplyDelete
  11. dengar khabar akan dijadikan kolej berpaksikan minyak dan gas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar. satu juga kelebihan kepada penduduk Tambunan.

      Delete