KAMPUS tetap Kolej Kadazandusun Murut atau Kolej KDM dijangka dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jun depan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Beliau berkata serentak dengan pelancaran itu Perdana Menteri juga akan melakukan upacara pecah tanah kampus tetap kolej berkenaan di Kaingaran, dalam daerah Tambunan.
Berucap pada majlis perasmian persidangan Tri-Tahunan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) di Dewan Hongkod Koisan, di sini, Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata kabinet Sabah telah bersetuju 'membantu' menubuhkan kolej universiti berkenaan.
"Kita bersyukur kerana kerajaan telah meluluskan penubuhan kolej komuniti itu dan tapaknya sudah disediakan di Tambunan. Diharapkan kerajaan negeri atau persekutuan dapat menyediakan peruntukan untuk tujuan ini," katanya.
Cadangan penubuhan kolej berkenaan dibuat oleh Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun dan Murut Sabah (PEKADIN). (BERNAMA)
Mudah2an dengan adanya kolej KDM tu dapat memberi manfaat kepada KDM dan tidak perlu pergi jauh untuk sambung belajar. Kolej tu juga harus lengkap dengan kemudahan infrastruktur dan pengajian2 yang ditawarkan harus mengikut keperluan industri M'sia terutamanya di Sabah.
ReplyDeletekolej ini harap dpt memberi manfaat bukan sahaja kepada KDM tetapi jg kepada kaum lain.
DeleteSemoga lebih banyak belia dapat keperluan pendidikan yang diperlukan.
ReplyDeleteSyukur sebab lebih banyak belia mendapat pendidikan yang wajar.
ReplyDeleteTerbukti kerajaan juag prihatin dengan rakyat.
ReplyDeleteSemoga projek dijalankan dengan lancar dan mencapai kejayaan yang memuaskan.
ReplyDeletePersatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) di Dewan Hongkod Koisan, di sini, Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata kabinet Sabah telah bersetuju 'membantu' menubuhkan kolej universiti berkenaan.
ReplyDeleteBudaya kerjasama antara parti amat dialu-alukan.
Kolej KDM ini mungkin dapat membantu penduduk Sabah untuk memastikan KDM di Sabah akan terus dikekalkan.
ReplyDeletepastikan kolej KDM ini benar2 dapat direalisasikan..
ReplyDeleteBelum sampai setahun Pairin mengumumkan kolej KDM akan dibina, kini kampus tetap akan dilancarkan oleh PM sendiri Jun depan. Akhirnya, cadangan ini menjadi suatu realiti.
ReplyDeleteSemoga KDM dapat memanfaatkan kewujudan kolej ini demi kelangsungan hidup KDM pada masa hadapan. Jangan biarkan KDM terus jauh ketinggalan.
ReplyDeletedengar khabar akan dijadikan kolej berpaksikan minyak dan gas
ReplyDeleteMemang benar. satu juga kelebihan kepada penduduk Tambunan.
Delete