Oleh : MUTALIB M.D
BUKU 'Pengundi Untuk DiSewa' telah diharamkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammed hanya kerana di muka hadapannya saya petik kenyataannya kepada Wartawan Australia, Bob Reece yang antara lain berbunyi; ".....We must accept that there is not going to be a democracy in Malaysia; there never was and there never will be."
DARI MEJA PENGARANG
DENGAN nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Tidak ada yang lebih menyedihkan bagi saya, melainkan kehilangan seorang ayah yang telah memberikan semangat bagaikan seorang perwira di medan perang. Ketika ajalnya tiba, ayah pergi menemui Illahi dalam keadaan penuh pasrah dan begitu mencintai akhirat di pangkuan ibu yang amat dicintai.
Hajatnya untuk menemui Illahi di tanah tumpah darahnya dan wasiat untuk mengkebumikan jenazahnya berdekatan pusara ibunya di Kampung Sempeneh, Batu Kurau, Perak tercapai.
Hari-hari terakhirnya dilalui penuh tenang dan pasrah. Masih khusyuk dan tawadduk ketika menunaikan ibadah walaupun terpaksa memakai saluran kencing. Bagi saya dialah pejuang sebenarnya yang mencintai akhirat melebihi segala-galanya yang ada di dalam dunia. Dia sudah merintis jalan ke syurga sejak saya diputerakan ke dunia ini.
Apatah lagi sebagai bekas perajurit, ayah membawa bersamanya ke alam barzah dua butir peluru yang terbenam di betis dan pehanya yang dihadiahkan oleh Komunis kepadanya ketika berkhidmat di Gua Musang, Kelantan dan Bukit Berapit, Perak.
“Teruskan perjuangan. Jangan gentar. Allah berada di pihak yang benar. Ayah tidak akan balik lagi ke sini (Sabah) kerana sudah sampai seru, jaga ibu baik-baik," demikianlah kata-kata terakhir ayah yang masih terngiang di telinga ketika saya mencium dahinya dan memeluknya di kerusi roda sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (KLIA belum beroperasi), ayah mengalami sesak nafas namun masih berceloteh dengan anak dan cucunya sambil menasihati mereka agar sentiasa pasrah pada Illahi dan mengingatkan, dunia ini hanyalah landasan bagi sebuah kapal terbang. Dengan kalimah Tayyibah, ayah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibu ketika dalam perjalanan ke HKL.
Al-fatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama para tabiin dan menerima kurnia Illahi di alam barzah yang maha sepi dan menggerunkan. Sekembalinya ayah saya ke Rahmatullah, semangat saya membakar kembali dan menunaikan amanatnya untuk mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak walau terpaksa menggalang nyawa kerana Tuhan telah memilih saya untuk menyatakan kebenaran.
Saya teringat kata-kata Pujangga Iqbal yang berpesan, “Bangsa yang hidup akan tetap hidup selama bangsa itu tidak melupakan jasa pahlawannya."
Sebagai rakyat, berbangsa Malaysia yang merdeka, saya tidak melupakan jasa ayah saya bersama-sama berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dan menentang komunis durjana walaupun ketika itu saya belum lahir ke dunia ini.
Jika diizinkan Allah saya ingin menjadi seorang perajurit era baru, berjuang melalui pena dan tulisan sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Alaq (ayat l-5) marhumnya:
“Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekelian alam). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang amat pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia dari apa yang tidak diketahuinya.”
Walaupun pada mulanya saya bercadang untuk ‘menggantung pena’ kerana saya hidup di dalam masyarakat yang tidak berilmu dan dikelilingi oleh pelbagai ancaman dan ugutan sehingga tidak lagi sebebas dahulu berjalan ke sana ke mari,·namun apabila mendengar wasiat terakhir ayah saya, semangat saya berkobar-kobar kembali.
Saya teringat amanat Sayyidina Ali Bin Abi Thalib. Katanya, “Aku tidak gentar berhadapan dengan seribu manusia yang berilmu. Tapi aku akan menjadi takut bila bersemuka dengan seorang manusia yang tidak berilmu." '
Namun setelah mengamati falsafah Sun Tzu yang berbunyi, "Jika kamu mengetahui siapa musuh kamu dan diri kamu sendiri, kamu tak perlu takut kepada keputusan seratus pertempuran pun," maka saya menguatkan tekad untuk terus berjuang. Berjuang dan terus berjuang selagi Allah memilih saya sebagai bala tenteranya untuk memerangi kebatilan.
Walaupun Sayyidina Ali pernah meriwayatkan bahawa kebatilan itu jika disusun dan dikemaskan dengan rapi dapat mengalahkan yang haq tetapi tidak teratur, namun saya percaya dengan janji Tuhan dan hukum karma bahawa setiap perbuatan jahat akan mendapat balasan yang setimpal.
Kepada para PTI yang merasa terluka atau dilukai oleh kilasan mata pena saya sama ada di dalam buku IC PALSU Mcrampas Hak Anak Sabah atau buku ini, saya mohon maaf dari hujung kaki hingga hujung nafas saya yang dipegang oleh Allah Subhana Wataala.
Sebagai sesama manusia saya tidak langsung berniat untuk menyusahkan anda kerana kita sesama manusia dan hidup berjiran di dalam sebuah negara bebas. Namun sikap anda yang memasuki negara ini tanpa melalui saluran yang sah dan menimbulkan kekacauan sehingga menganggu gugat keselamatan, kedamaian, kepermaian, kesentosaan, kedaulatan dan ketuanan rakyat tempatan amat dikesali.
Sebagai rakyat Malaysia yang peramah dan mempunyai nilai kejiranan yang tinggi, kami sedia menerima siapa sahaja warga dunia bertandang ke negara kami yang makmur untuk melancong atau mencari kesenangan hidup.
Namun bak kata pepatah, anda umpama orang yang diberikan betis, hendakkan peha. Selepas dapat peha, hendak pula yang di celah peha. Tidak mungkin kami sanggup menggadai maruah menyerahkan yang berada di celah peha yang selama ini kami pertahankan.
Insaflah jika anda masih manusia. Manusia bukanlah barang yang boleh diperdagangkan seperti lumrahnya apa yang berlaku kepada anda yang mendapat kad pengenalan secara tidak sah dan mencabul kehormatan negara ini dengan turun menjadi pengundi hantu atau gurkha politik yang terpaksa dicucuk hidung.
Anggaplah anda telah menceroboh rumah jiran anda dan merampas hak jiran anda tersebut dengan kejam. Perbuatan anda itu dengan apa juga alasan tidak akan dapat dimaafkan oleh manusia, apatah lagi Tuhan yang telah mengatur kehidupan manusia secara jelas melalui 6,666 ayat Al-Quran yang sepatutnya menjadi panduan sejagat.
Walaupun hanya 500 ayat Al-Quran yang menghuraikan masalah undang-undang, namun terdapat lebih 6,166 ayat lagi mencakupi keperluan hidup termasuk kewargancgaraan, kejiranan, ekonomi, kehidupan dan sebagainya yang belum dihuraikan secara meluas oleh manusia.
Namun hukum karma tetap berjalan. Jika dahulu para PATI ini begitu bebas mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk diri mereka, namun kini mereka mengalami kesulitan kerana generasi baru mereka tersekat oleh masalah mendapatkan kad pengenalan.
Saya kemukakan satu contoh pembalasan Allah sudah kelihatan di dunia lagi dan semoga Allah akan terus melindurigi Malaysia daripada sebarang pencerobohan.
Seorang warga Indonesia, Mappiare Bin Sokku yang datang ke Sabah sekitar tahun 1977 dan bekerja di sebuah estet kelapa sawit di Lahad Datu dengan menggunakan pasport Indonesia TAR/1A/3655/1977.
Beliau telah bernikah dengan wanita sesuku dengan beliau Rabasia Bte Tagi yang lahir di Indonesia dan memegang resit kad pengenalan sementara FA 438660. Rabasia melahirkan anak sulung di Hospital Lahad Datu, Masliyanah Bte Mappiare pada 2 Julai 1978 dan mendapat sijil kelahiran bernombor 868/78.
Mappiare amat bertuah kerana mendapat kad pengenalan projek H0305565 pada tahun 1980, manakala isterinya Rabasia pula mendapat kad pengenalan hijau H8025536 pada 24 November 1977. `
Mappiare kemudiannya mendaftar sebagai pemilih pada 1 Januari 1983 dan telah menjadi pengundi yang setia pada setiap pilihanraya di DUN Lahad Datu atau Parlimen Silam. Mungkin atas ‘kesetiaannya’, akhirnya pada 7 Oktober 1994, Mappiare telah ‘dianugerahi’ kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) 490413-12-5085 oleh Kerajaan Malaysia.
Maka sahlah sudah proses penulenan seorang PATI menjadi warga Malaysia. PATI yang dilahirkan di Indonesia tetapi diberi pengiktirafan sebagai lahir di Sabah melalui kod 12 yang terdapat dalam KPTnya.
Namun hukum karma terus berjalan tanpa memilih mangsa. Generasi baru, Masliyanah merupakan pelajar yang cemerlang di sekolah, namun apakan daya kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi semata-mata kerana tidak mempunyai kad pengenalan walaupun telah memohon sejak 21 Februari 1991 dan kini hanya memegang resit JPN 1/9 bernombor 9235020.
Masliyanah gagal memperoleh kad pengenalan kerana perlu memohon semula dan mendapat taraf kewarganegaraan kerana identiti ibubapanya meragukan. Maafkan saya kerana terpaksa memaparkan dokumen Masliyanah sebagai pengajaran kepada para PATI yang masih belum insaf di atas kesilapan mereka meremehkan kedaulatan negara ini.
Saya beranggapan para PATI yang kebanyakannya penganut agama Islam telah menghina agama mereka dengan melakukan pencerobohan secara terbuka dan merampas hak orang lain.
Saya mendoakan agar PATI yang terdiri daripada kaum Bugis, Suluk, Pakistan agar tidak mengikut perangai Iblis yang mencabar Allah semata-mata kerana enggan mengakui kemuliaan Nabi Adam a.s.
“Wahai Tuhanku, kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala janis maksiat kepada Adam a.s. dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali di antara zuriat-zuriat Adam a.s.; itu hamba-hambaMu yang dibersihkan daripada sebarang syirik, " Surah Al·Hijrah, ayat 39-40 (Janji Iblis pada Allah).
Berpandukan sabda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, “Hubbul watan minal iman" (Cintakan tanahair itu separuh daripada iman), maka saya mohon agar rakyat Malaysia mempertahankan tanah air daripada pencerobohan PATI dan kembali kepada ajaran Islam yang mendaulatkan Al-Quran sebagai piagam hidup.
Kata seorang pujangga Islam, Quran itu hancur sebab dikoyak-koyak tangan orang Islam sendiri dan Islam itu mundur juga disebabkan oleh orang Islam.
Oleh itu kita perlu peka kepada pesanan baginda Rasulullah ini, “Hendaklah kamu ikhlas kepada Allah, ikhlas kepada Rasul, ikhlas kepada Pemimpin, ikhlas kepada setiap orang.”
Untuk itu, ‘Demi Allah’ saya telah memaafkan setiap orang yang pernah berlaku kasar atau pernah memukul saya, semoga Allah memaafkan mereka dan memberikan taufik dan hidayah kepada mereka.
Saya amat berterima kasih kepada para pemimpin kita yang begitu prihatin terhadap isu kewarganegaraan dan kedaulatan undang-undang seperti Datuk Yong Teck Lee, Datuk Joseph Pairin Kitingan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Philip Yong, Radin Malleh, Henrynus Amin, Yunof Maringking, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Syed Hussien Al Attas (Pak Habib) dan semua Warga Malaysia yang telah bersusah payah membuat laporari polis, memberikan ulasan dan membaca buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah walaupun, harganya agak mahal.
Saya turut berbangga dengan layanan pegawai penyiasat Inspektor Azmir Bin Abd Razak yang menyoal siasat saya selama empat jam setengah kerana begitu berminat untuk mendapatkan gambaran sebenar dan menjalankan tugas beliau dengan penuh dedikasi sehingga memulihkan kepercayaan saya dan orang ramai terhadap kewibawaan polis.
Saya tetap akan berkata benar walau sepahit manapun yang akan saya katakan, terutama dalam buku ini.
Menurut Victor Hugo, "Betapa kuatnya pengaruh pemikiran manusia sehingga tidak ada askar di dunia yang dapat menentangnya."
Begitu jugalah dengan minda saya yang tidak akan terbatas oleh ugutan dan ancaman. Saya percaya Allah akan menugaskan malaikat rahmat bersama saya memerangi kebatilan.
Seperti pesanan Imam Malik Bin Anas, bahkan apa sahaja yang dipaksakan dan tidak sesuai dengan kehendak rakyat, menurut hukum lslam batal dan tidak sah.
Berkatalah saya dalam hati, "Wahai jiwaku, telah berlaku suatu perkara yang besar. Jika kau berdiam diri, maka kau berkongsi dosanya."
Walaupun Allah telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa tiada sesiapapun yang dapat memberikan petunjuk, memberi hidayah pada sesiapa yang dikasihi, sesiapa yang disayangi, walaupun ayah, anak, istcri, abang, adik atau cucu, melainkan Allah.
Namun dari sudut hati saya yang luhur saya memohon limpah kurnia lllahi agar menginsafkan para pemimpin negara yang telah terpesong jauh agar segera kcmbali ke pangkal jalan memimpin manusia ke jalan yang benar.
Saya langsung tidak berasa megah kerana menghasilkan sebuah buku yang mencetuskan kontroversi kerana saya insaf akan lumrah dunia yang lazimnya setiap keajajban itu paling lama, dapat bertahan sekadar seminggu sahaja.
Selepas itu masyarakat mula lupa dan melupakan kisah tragis PATI dan akan muncul semula menjelang pilihanraya umum.
Hati saya begitu tersentuh apabila penduduk tempatan di Keningau Sabah memberontak di hari pembuangan undi kerana mendapati begitu ramai PATI yang hadir di pusat pembuangan undi tanpa sebarang halangan daripada pihak berkuasa dan agak aneh apabila PATI diescort ke pusat pembuangan undi oleh agen parti dan anggota keselamatan kerana bimbang tindak balas penduduk tempatan.
Izinkan saya rakamkan dua peristiwa yang berlaku di daerah pedalaman Sabah (Keningau, Tambunan) di hari pembuangan undi;
Kes Pertama
Pusat Pengundian Sekolah St. Francis Xavier
Senario pagi itu agak gamat kerana beberapa kumpulan rakyat tempatan bertindak mengawal pusat pembuangan undi di Sekolah St. Francis Xavier dan ada sebahagian daripada mereka menangkap PATI dan menyerahkan mereka kepada polis.
Pemuda A: "Ini sepatutnya jangan buat begini, undi secara demokrasi, bukan menipu."
Pemuda B: "Kita bantah ini untuk anak cucu kita, kenapa PATI kena escort? Jangan balik. Kalau kita balik semua PATI masuk."
Para pengundi yang terdiri daripada rakyat Pakistan, Filipina dan Indonesia berkumpul di satu sudut dan perIahan-lahan menyusup masuk ke kawasan pembuangan undi yang dikawal ketat oleh polis dan bercampur dengan rakyat tempatan yang berbaris menunggu saat untuk membuang undi.
Pemuda C: "Sepatutnya Polis Berkhidmat untuk masyarakat, tetapi mereka berkhidmat untuk rakyat asing."
Pemuda B : "Kami ada hak bah. Ini semua tidak ada demokrasi bah."
Beberapa anggota polis pencegah rusuhan sedang memujuk penduduk tempatan yang marah dengan kehadiran PTI dan cuba menenangkan keadaan. ’
Inspektor Polis : Minta bantuan satu lori. Ada Iebih kurang sepuluh orang. Kes IC palsu.
Inspektor tersebut mengarahkan pemandu lori segera ke Iokasi kerana bimbangkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku. Ketika bercakap melalui walkie talkie tersebut terdapat sepuluh orang PATI termasuk seorang kanak-kanak Ielaki.
Pemuda D: "Kalau begini sudah tidak hormat undang-undang. Lain kali kalau orang Filipina jadi KM baru tau. Bagus bakar itu undang-undang. Suruh Mahathir bakar itu undang-undang."
Pemuda E: "Tidak ada undang-undang, undang-undang duit."
Melihatkan ramai rakan mereka dijebak polis, ramai warga Pakistan melarikan diri dan membatalkan niat mereka untuk mengundi.
Pemuda A: "Kami cuma bersuara. Banyak sudah rakyat Sabah mati dibunuh orang asing. Kami rakyat Sabah semakin menderita."
Pemuda B: "Saya sanggup mati. Saya Patrick Duliman sanggup mati!"
Kata-kata pemuda B yang meluahkan perasaan sambil mengalir air mata begitu menyentuh perasaan saya. Apatah lagi apabila ada orang telah mengundi bagi pihak bapanya.
Tiba-tiba muncul seorang pengawal peribadi seorang pemimpin kanan PBS membawa seorang PATI yang didapati cuba mengundi dengan menggunakan kad pengenalan orang mati untuk diserahkan kepada polis.
Namun disekat oIeh penduduk tempatan dan seorang daripada mereka menumbuk PATI tersebut. Polis Pencegah Rusuhan berjaya menenangkan keadaan dan membawa pergi PATI tersebut.
Keadaan semakin panas apabila matahari mula tegak di kepala kerana semakin ramai PATI berkumpul di kawasan Iuar pagar sekolah berkenaan kerana tidak dapat masuk untuk membuang undi.
Tiba-tiba seorang PATI melemparkan batu ke arah penduduk tempatan yang menghalang mereka memasuki kawasan pengundian.
Sekumpulan rakyat tempatan membalas serangan tersebut dan mengejar para PATI dengan berbekalkan kayu dan batu yang terdapat di Iokasi. Berlaku kejar mengejar sehingga sejumlah lima puluh orang PATI tersebut kabur dari pandangan.
Polis segera bertindak menyabarkan penduduk tempatan dan berjaya merampas sebilah parang daripada PATI. (Mungkin serangan tersebut telah diatur tetapi kurang berjaya kerana dihidu terlebih awal oleh beberapa orang pemuda tempatan yang melihat PATI mengacukan pisau belati dan kerambit).
Kes Kedua:
Pusat pengundian SK Patau, Tambunan
Keadaan di Pusat Pembuangan Undi ini agak terkawal dan ramai PATI kelihatan datang lebih awal dan berjaya membuang undi. Namun ada di antara mereka gagal membuang undi kerana dokumen peribadi dikhuatiri palsu.
Kelihatan seorang wanita Filipina begitu gelisah melihat suaminya terlalu lama di bilik pembuangan undi kerana dokumen suaminya diragui oleh pegawai petugas pilihanraya.
Wanita tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Zubaida mengaku PATI Filipina yang masuk secara haram ke negara ini, tetapi ketika program pemutihan diberikan kad banci. Pada tahun 1991 mendapat kad pengenalan lama.
“Dulu pakai banci. Itu Task Force punya. Ini betul-betul IC. Saya urus dengan Ketua Kampung di Sandakan sama Pakcik saya. IC lama empat tahun baru keluar. Sekarang kena tukar baru. Itulah resit dikasi anu, Yang lama ditarik. Itulah yang ditukar. Sudah tiga kali mengundi. Dulu Kota Marudu. Kemudian Sandakan. Sekarang di Tambunan," kata Zubaida.
Zubaida menunjukan resit Kad Pengenalan Sementara bernombor siri H032057 yang menyatakan kad pengenalannya bernombor H0481286 dan lahir pada 21 Oktober 1962.
Nama Zubaida terdapat di dalam daftar pemilih dengan menggunakan nombor kad pengenalan H0481286 yang mengundi di sekolah berkenaan bagi daerah (1572704013) Keningau, Tambunan, Sabah.
Menurut Zubaida, suaminya Salim B Matu Salem yang mendapat kad pengenalan H0480272 pada tahun 1991 turut menjadi pemilih berdaftar di lokasi yang sama dengannya.
Zubaida menunjukkan surat akuan milik suaminya, namun nombor kad pengenalan di dalam surat akuan (H0380272) tersebut bercanggah dengan nombor resit kad pengenalan (H0480272) suaminya. Salim mengaku dilahirkan di Kampung Sembulan, Sabah pada 22 September 1957.
Bagaimanapun Salim dan lebih lima puluh PATI lain tidak dapat mengundi, namun mereka dilepaskan begitu sahaja oleh pegawai petugas walaupun perkara ini boleh dirujukkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Zubaida dapat membuang undi pada hari tersebut bersama beratus PATI lain yang ditugaskan mengundi di daerah tersebut.
Sebagai warganegara Malaysia, saya amat kagum dengan ketaatan para PATI ini terhadap ‘Kerajaan‘ atau parti yang mengupah mereka kerana sanggup menghadapi risiko dibelasah oleh penduduk tempatan semata-mata untuk membuang undi.
Mesti ada sesuatu yang tersirat atau rahsia yang terpendam sehingga mereka membelakangkan keselamatan diri mereka semata-mata untuk menjalankan tugas yang diarahkan.
Kalau mahu dibandingkan dengan semangat rakyat tempatan, saya malu dan terpaksa menyorokkan kepala bagaikan kura-kura yang ketakutan kerana walaupun bas telah disediakan, namun masih menunggu habuan RM dari parti masing-masing sebelum turun membuang undi dan ramai mereka memboikot dan ponteng di hari pembuangan undi semata-mata kerana marah kepada calon yang terlembut gigi daripada lidah.
Para PATI ini sudahlah terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh dan tidak dapat tidur, namun sanggup berbaris di bawah bahang terik mentari semata-mata untuk membuang undi bagi pihak yang sanggup mengupah mereka.
Walaupun jumlahnya tidaklah banyak di antara RM50 hingga RM200, namun ketaatan mereka begitu mengkagumkan, mungkin kerana terbiasa melakukan kcrja kasar di sektor perladangan walaupun menerima gaji yang hanya dibuat pencungkil gigi oleh rakyat tempatan.
"Nasib sesebuah negara itu ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Walaupun ncgara itu mempunyai pemimpin dan pemerintah tetapi mereka itu yakni pemimpin dan pemerintah itu merupakan wakil kepada rakyat yang boleh bertukar ganti, datang dan pergi. Tetapi negara atau negeri tempat kita berpijak, tetap setia menyerahkan nasibnya kepada rakyat. Kalau ibu mencorakkan hitam atau putihnya si anak, maka dan putihnya negara berada di tangan rakyat. Bukan individu tertentu, bukan golongan tertentu, bukan hanya dibebankan kepada pemimpin tetapi kepada semua, saudara saudari sekaliannya," kata Muhyiddin Yassin.
Daripada huraian di atas, maka saya bertekad untuk memerangi mereka sekarang selagi masih belum terlambat. Di sudut hati saya, jika saya boleh dicederakan PATI dan ramai rakyat tempatan menjadi; apatah lagi anak cucu saya kelak yang bukan sahaja terpaksa bersaing dengan anak cucu PATI, malah mungkin terpaksa menjadi pelarian dan merempat di negeri sendiri.
Tibalah masa dan ketikanya seluruh rakyat Malaysia berganding bahu menghalau para PATI ini daripada setiap inci bumi Malaysia sebelum kita menerima nasib seperti rakyat Kosovo yang tidak lagi mempunyai negara dan dilayan seperti binatang ternakan yang digiring ke rumah sembelihan.
Selamat membaca dan menyelamatkan negara ini dari petualangan luar dan musuh negara.
Dirgahayu Sabah, Dirgahayu Malaysia. lnsha Allah!
MUTALIB M.D
Dunia Fana
(NOTA : Selepas Tun Mahathir turun dari 'takhta' buku ini boleh dijual dan sesiapa yang berminat boleh pesan terus daripada Sabahkini.net dengan klik 'Buku' di bawah Banner Sabahkini.net)
RCI harus disegerakan dan dilaksanakan sebelum PRU13.
ReplyDeletenampaknya isu pemberian Kad Pengenalan Projek kepada PATI kini kembali hangat diperkatakan..
ReplyDeleteSenario ini telah menyebabkan rakyat Sabah keliru dan khuatir; bahkan marah kepada kerajaan yang ada pada hari ini kerana begitu mudah memberikan kerayatan kepada PATI tanpa memikirkan risikonya untuk generasi akan datang
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKerajaan Persekutuan, seharusnya dapat merombak kembali
ReplyDeleteDasar Maritim dan Undang-Undang Imigresen serta mengetatkan kawalan keselamatan perairan negara bagi menjamin sempadan negara terutamanya Sabah ini tidak
mudah dibolosi dan dicabuli PATI.
harap kerajaan memandang serius akan masalah ini, jika tidak generasi Sabah yang asalnya dari negeri ini tentu akan pupus
ReplyDeletesemoga perjuangan ini akan diteruskan oleh para pemimpin Sabah tidak kira pihak kerajaan ataupun pembangkang walaupun selepas PRU-13 nanti
ReplyDeleteJust setup the RCI so that all doubts can be answer.
ReplyDeleteWarganegara tulen diancam wargenegara palsu. Ini perkara yang amat serius dan harus dipandang serius juga.
ReplyDeleteBN harus buat tindakan bijak dan pantas.
ReplyDeleteSiasatan harus dibuat untuk mengenalpasti punca masalah. Masalah ini tidak harus ditangguhkan lagi.
ReplyDeleteImigresen should do their part to filter those illegal. JPN should do their part to give the ID to the real qualify Malaysian only.
ReplyDeletebegitu byk PATI dan diperkatakan ada antara mereka yang memiliki mykad. perkara ini mmg amat membimbangkan kerana ia boleh menggugat kedudukan kita sebagai orang tempatan.
ReplyDeleteRCI diprlukan bagi atasi masalah ini, kini RCI dah persetujui oleh semua pihak dan hnya menunggu ia diumumkan oleh PM. moga ia diumumkan secepat mungkin.
ReplyDeleteDengan perlaksanaan RCI inilah yang akan dapat menyelesaikan masalah PATI dan pengundi hantu ini.
ReplyDeleteUndi adalah rahsia..Maka siapa yang sampai umur itu cubalah tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat untuk memilih kerajaan untuk masa hadapan.
ReplyDeletesudah tiba masanya pemimpin2 di negeri ini mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini.. tidak ada apa2 yang perlu dikhuatirkan lagi kerana Tun M sudah turun takhta..
ReplyDeleteRasanya memang wajar untuk mendedahkan apa saja berhubung dengan PATI dan pemberian IC kepada PATI tidak kira siapa saja pelakunya. Lambat laun akan diketahui juga. Perbuatan yang salah seperti ini memang wajar untuk mendpat hukuman.
DeleteJika semua PATI dihantar pulang ke negara asal mereka mungkin Sabah ni terus bersih. Harap2 RCI yang dicadangkan akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini.
ReplyDeletepihak kerajaan tak mungkin akan ambil tindakan buat masa ini..fixed deposit mereka.
ReplyDelete