Tuesday 23 October 2012

JANGAN TERPENGARUH BUDAYA NEGATIF





BANTUAN....Dato Sri Nasir (dua kanan) diiringi Datuk Amri (tiga kanan); Ustaz Bungsu Aziz Jaafar (kanan) dan Darus Nasir (empat kanan) menyampaikan Cek Bantuan PZS kepada salah seorang pelajar perempuan dari Pitas (kiri) yang bakal melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Oleh : ARSHAD HUSSIN
KOTA KINABALU: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan pelajar-pelajar baru ke Mesir memanfaatkan peluang yang diberikan kerajaan dengan belajar bersungguh-sungguh dan tidak terpengaruh dengan budaya negatif serta sentiasa menghargai sumbangan kerajaan.

Katanya,kerajaan benar-benar tulus ikhlas ingin melihat rakyat negeri ini berpendidikan tinggi mampu bersaing dengan rakyat Negara di dunia sekaligus harapan Negara di masa depan.

Nasir menjelaskan, kerajaan negeri sanggup berbelanja besar semata-mata ingin membina sebuah Negara yang maju membangun dengan memiliki rakyat berpendidikan serta berminda kelas pertama berlandaskan gagasan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Datuk Nasir menjelaskan, setakat ini kerajaan negeri Sabah telah menghantar lebih 300 orang pelajar ke dalam pelbagai bidang termasuk bidang termasuk Hafiz; Perubatan, Usuludin, Syariah dan Bahasa Arab di pelbagai universiti di Mesir.




 




KENANGAN.....Dato Sri Nasir (duduk lima kanan); Datuk Amri (enam kanan); Ustaz Bongsu Aziz Jaafar (empat kanan) dan Aspah Abdullah Sani (empat kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama 40 orang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir.




Beliau menambah, seramai 19 orang pelajar juga dalam bidang perubatan dijangka akan menamatkan pengajian mereka pada awal tahun 2013.

Nasir berkata demikian sempena merikan dan menyampaikan cek bantuan pelajaran daripada Pusat Zakat Sabah kepada 40 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah JHEAINS,Datuk Amri  A. Suratman ;Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar; Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah, Haji Aspah  Haji Abdullah Sani; AJK Pengajian Dermasiswa MUIS, Haji Darus Nasir; Pegawai Kanan Pusat Zakat Sabah, Pengiran Raemy Hj.Abdul Rahman

Sehubungan itu, Nasir menasihatkan kesemua ibubapa para pelajar itu tidak merasa risau mengenai keadaan anak-anak mereka selama di Mesir kerana kerajaan negeri sentiasa memantau dan memberikan dermasiswa sepanjang pengajian.

No comments:

Post a Comment