Monday, 22 October 2012

MURUT JADI PELARIAN DI NEGERI SENDIRI?



  


SAMPAH......Junis menunjukkan 'sampah sarap' yang diberikan JPN kepadanya dan sekaligus menafikan hak anak-anaknya mendapatkan dokumen pengenalan diri.

Oleh : HJ WAHAB TIMPAI

KETIKA 3.1 juta warga asing mendapat kerakyatan Malaysia melalui jalan sonsang, sebahagian besarnya di Sabah; Shamsudin @ Akuci Junis bin Amat, anak jati Sabah dari Kaum Murut Timugon, masih 'berperang' dengan Jabatan Pendaftaran Sabah untuk mendapatkan kad pengenalan untuk anak-anaknya.

Junis yang menetap di Kampung Kalang, Tenom memberitahu bahawa JPN mempersulitkan permohonan MyKad anak lelakinya tanpa alasan munasabah sehingga masa hadapan anaknya berada di dalam dilema.

"Anak lelaki saya mahu menduduki PMR tahun hadapan tetapi tanpa MyKad tidak mungkin dia dibenarkan menduduki peperiksaan," kata Junis dalam keadaan bingung.


 


MALANG..... Kanak-kanak malang ini akan menghadapi kesukaran jika keadaan berterusan.






SOKONG.......Rakan-rakan anak Junis memberikan sokongan moral agar JPN membantu menyelesaikan kemelut yang dihadapi keluarga malang ini.

Tambah menyedihkan, kata Junis, dua anak perempuannya tidak dapat mengubah data di dalam Sijil Lahir mereka yang mencatatkan agama Kristian sehingga menimbulkan pelbagai masalah di sekolah kerana mereka beragama Islam.

"Semoga JPN Tenom tidak menjadi penghalang visi Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan 'Janji Ditepati'," kata Junis yang kesal kerana tidak ada Wakil Rakyat yang sudi membantu menyelesaikan kemelut identiti yang dihadapi anak-anaknya.

No comments:

Post a Comment