BANTUAN....Dato
Sri Nasir (dua kanan) diiringi Datuk Amri (tiga kanan); Ustaz Bungsu Aziz
Jaafar (kanan) dan Darus Nasir (empat kanan) menyampaikan Cek Bantuan PZS
kepada salah seorang pelajar perempuan dari Pitas (kiri) yang bakal melanjutkan
pelajaran ke Mesir.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
KOTA KINABALU: Menteri Di Jabatan
Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan pelajar-pelajar
baru ke Mesir memanfaatkan peluang yang diberikan kerajaan dengan belajar
bersungguh-sungguh dan tidak terpengaruh dengan budaya negatif serta sentiasa
menghargai sumbangan kerajaan.
Katanya,kerajaan benar-benar
tulus ikhlas ingin melihat rakyat negeri ini berpendidikan tinggi mampu
bersaing dengan rakyat Negara di dunia sekaligus harapan Negara di masa depan.
Nasir menjelaskan, kerajaan
negeri sanggup berbelanja besar semata-mata ingin membina sebuah Negara yang
maju membangun dengan memiliki rakyat berpendidikan serta berminda kelas
pertama berlandaskan gagasan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian
diutamakan.
Datuk Nasir menjelaskan, setakat
ini kerajaan negeri Sabah telah menghantar lebih 300 orang pelajar ke dalam
pelbagai bidang termasuk bidang termasuk Hafiz; Perubatan, Usuludin, Syariah
dan Bahasa Arab di pelbagai universiti di Mesir.
KENANGAN.....Dato
Sri Nasir (duduk lima kanan); Datuk Amri (enam kanan); Ustaz Bongsu Aziz Jaafar
(empat kanan) dan Aspah Abdullah Sani (empat kiri) mengabadikan gambar kenangan
bersama 40 orang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Beliau menambah, seramai 19
orang pelajar juga dalam bidang perubatan dijangka akan menamatkan pengajian
mereka pada awal tahun 2013.
Nasir berkata demikian
sempena merikan dan menyampaikan cek bantuan pelajaran daripada Pusat Zakat
Sabah kepada 40 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Universiti
Al-Azhar, Mesir.
Hadirsama sempena majlis itu
Pengarah JHEAINS,Datuk Amri A. Suratman
;Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar;
Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah, Haji Aspah Haji Abdullah Sani; AJK Pengajian Dermasiswa
MUIS, Haji Darus Nasir; Pegawai Kanan Pusat Zakat Sabah, Pengiran Raemy Hj.Abdul
Rahman
Sehubungan itu, Nasir
menasihatkan kesemua ibubapa para pelajar itu tidak merasa risau mengenai
keadaan anak-anak mereka selama di Mesir kerana kerajaan negeri sentiasa
memantau dan memberikan dermasiswa sepanjang pengajian.
No comments:
Post a Comment