Oleh: NASPAZI
NASIONALISME adalah mata air ilham paradigma bangsa manusia yang tidak pernah kering. Betapa kebijaksanaan paradigma para filosofi nasionalisme purba dan moden; bagaikan gunung-ganang yang tegak berdiri dan sungai-sungai yang mengalir di permukaan bumi; laksana lampu raksasa yang menerangi backdrop kearifan bangsa manusia, dalam menyelami ruangan makna kedaulatan hakiki dan kemerdekaan sejati dalam bermasyarakat dan bernegara yang muktamad di segala penjuru zaman dan dunia.
Kedaulatan bermaksud kekuasaan atau pemerintahan. Berdaulat bermaksud mempunyai kuasa penuh untuk mengaturcara pemerintahan sendiri. Yang demikian, negara yang berdaulat adalah negara yang memiliki kuasa penuh untuk mengaturcara pemerintahan sendiri.
Tegasnya, tidak ada kuasa asing atau negara luar yang boleh mengikat kebebasan sesebuah negara yang telah mengisytiharkan kedaulatan dan kemerdekaannya. Justeru, dalam konteks kedaulatan dan kemerdekaan Sabah dan Sarawak (Federation of Borneo) bermaksud warga tulen Borneo adalah bebas dan berhak menentukan halatuju pemerintahan mereka sendiri.
Sehubungan dengannya, warga tulen Borneo adalah bebas dan berhak mencari dan meneroka, menyimpan dan membelanjakan hasil negara dan kewangan mereka sendiri; warga tulen Borneo berhak dan berkuasa penuh membentuk keselamatan dan mata wang mereka sendiri; warga tulen Borneo berhak dan berkuasa penuh membina pertahanan.
Sesiapa yang boleh memasuki atau melepasi sempadan wilayah mereka sendiri; warga tulen Borneo juga berhak dan berkuasa penuh menentukan sistem pendidikan dan bentuk kebudayaan mereka sendiri, sebagaimana yang pernah saya jelaskan yang berhubung dengan orientasi pimpinan Persekutuan Great Britain dalam siri paradigma yang lepas.
Namun begitu, ada pihak tertentu atau proksi dan boneka barua kuda tunggangan Melayu UMNO yang pura-pura mempersoalkan kewajaran tarikh antara 31 Ogos dengan 16 September, lantas mengemukakan hujah atau cadangan untuk tujuan mengelirukan dengan mengatakan bahawa, tarikh 31 Ogos 1957 wajar disambut sebagai ‘Hari Kemerdekaan bagi seluruh Malaysia’ termasuk Sabah dan Sarawak (Persekutuan Borneo) atas alasan kononnya Borneo merdeka pada tarikh 16 September 1963.
Cis! Melayu UMNO jangan cuba menipu fakta sejarah. Berapa lama penipuan dan pendustaan Melayu UMNO boleh bertahan? Melayu UMNO jangan cuba membohongi sejarah, sejarah tidak pernah berdusta, melainkan mendedahkan tipu daya terkutuk bingkai kedustaan agung mereka dalam konteks sejarah yang diputar belit, waima menjalar ke dalam pelajaran buku teks sejarah yang berhubung dengan fakta pembentukan Malaysia dan kemerdekaan Persekutuan Borneo.
Justeru, siapa yang mengatakan bahawa, Persekutuan Borneo (Sabah dan Sarawak) merdeka pada tarikh 16 September 1963 melalui Malaysia memang ianya satu pendustaan terbesar. Bagaimana mungkin (Persekutuan Borneo) boleh dianggap atau dikatakan sebagai merdeka pada tarikh 16 September 1963 melalui Malaysia, sedangkan Sarawak telah mengisytiharkan kemerdekaannya pada 22 Julai 1963 dan disusuli oleh Sabah dan Singapura yang serentak mengisytiharkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963.
Oleh itu, dengan mengambil pengajaran dari mutiara wisdom pepatah leluhur silam yang mengingatkan bahawa, ‘sejarah adalah guru kehidupan’ maka sebarang bentuk dan usaha yang bersifat pembohongan dan pengkhianatan nyata yang berhubung dengan tarikh kemerdekaan sebenar Persekutuan Borneo oleh Melayu UMNO wajib dilawan dan dirempuh habis-habisan sampai mereka hancur dengan ungkapan ‘sekali merdeka tetap merdeka’.
Betapa gerombolan penipu, pendusta dan pengkhianat Melayu UMNO memang bukan lagi sering, bahkan saban hari, setiap hari melaungkan ungkapan kononnya ‘Persekutuan Borneo merdeka pada tarikh 16 september 1963 melalui Malaysia’ yang diperkasakan oleh media yang menjadi lidah kesyaitanan mereka. Cisss! Melayu UMNO memang mengigau di siang hari. Kalau begitu, apa makna pengisytiharan Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Kalau begitu, apa makna pengisytiharan Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963?
Justeru itu, sesungguhnya kemerdekaan adalah ‘jambatan emas’ demikian ungkapan paradigma Sukarno. lantarannya, dengan terbinanya ‘jambatan emas’ bagi Persekutuan Borneo pada tahun 1963, maka seluruh warga tulen Borneo sewajarnya sungguh-sungguh dapat menikmati aura keindahan fajar baru kebebasan dan nafas baru kedaulatan dalam berbangsa dan bernegara dengan penuh harapan baru melangkah ke arena masyarakat sejagat, sebagai sebuah masyarakat Borneo tulen yang merdeka, berdaulat, berintegriti, berbudaya, bertamadun, adil dan makmur.
Yang demikian, betapa pemasyhuran dan pengisytiharan kemerdekaan Federation of Borneo pada 22 Julai 1963 bagi (Sarawak) dan pada 31 Ogos 1963 bagi (Sabah) wajib dipertahankan dengan apa cara sekalipun, sebagai tanda wibawa ketinggian semangat dan kesedaran nasionalisme murni warga tulen Persekutuan Borneo, hatta dengan darah dan air mata di bawah payung ungkapan bahawa sanya ‘sekali merdeka tetap merdeka’.
Betapa kesedaran nasionalisme murni di persada hati negara bangsa Borneo di khalayak dunia, tegasnya ‘Orang Asal Borneo’ wajib bertekad untuk mengekal dan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Persekutuan Borneo, yang telah dicapai dan dimasyhurkan pada tahun 1963 dengan keazaman dan prinsip unggul, bahawa sanya keamanan dan kemakmuran berkerajaan dan bernegara tidak lain, melainkan kesedaran tinggi terhadap ‘in crucial things, unity’ dengan menginsafi ungkapan jitu pepatah silam, iaitu ‘bersatu teguh, bercerai roboh’!
Oleh itu, semangat nasionalisme murni warga tulen Borneo mestilah disemarakkan sekarang. Perasaan cintakan tanah air dan tradisi budaya leluhur warga Borneo silam dalam konteks masa kini mesti dipertahan dan dipelihara. Sesungguhnya, betapa kebangkitan dan keunggulan tradisi budaya sesuatu bangsa, bukannya dengan menyerap masuk ke dalam tradisi budaya asing atau menjadikan tradisi budaya asing sebagai tradisi budaya baru bagi warga tempatan yang hanya tahu meniru tanpa halatuju dan misi untuk memperkasa budaya bangsa yang mantap.
Sementelahan, agungnya gagak kerana hitamnya, agungnya bangau kerana putihnya, agungnya harimau kerana belangnya dan agungnya gajah kerana gadingnya, maka agungnya Borneo kerana warisan alam dan tradisi budaya leluhur orang asalnya.
Lantaran itu, warga tulen Borneo atau ‘orang asal’ Borneo mesti tegas, serius dan dedikasi dalam usaha menjaga dan memelihara tradisi budaya leluhurnya, kerana tradisi budaya leluhur silam Borneo adalah inti dari kekuatan dan ketahanan, identiti dan jatidiri warga tulen Borneo berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan multibangsa di persada dunia zaman-berzaman.
Oleh itu, betapa nilai dan watak asli orang asal Borneo adalah peradaban mukaddas agung warisan dunia yang dapat membezakan ras dan tradisi budaya warga tulen Borneo dengan ras dan tradisi budaya multibangsa manusia di seantero dunia. Justeru, sebarang penyerapan atau penempelan tradisi budaya ‘orang asal’ Borneo kepada ras dan tradisi budaya bangsa manusia pinggiran (ras Amerika-Eropah contohnya) atas alasan demi kecanggihan penampilan dan kehormatan diri kononnya, sah yang demikian adalah suatu kezaliman abadi sebagai pengkhianatan nyata terhadap identiti dan jatidiri leluhur ‘orang asal’ Borneo.
Sesungguhnya, lambat laun cendekiawan sarjana sejarah akan membuktikan bahawa, orang asal Borneo (Austrolomelanesia) telah memulakan kehidupan awal mereka bermasyarakat di pulau ketiga terbesar di dunia ini semenjak (8000 SM) dengan beberapa sebutan klasik seperti ‘Poni’ versi Mesir purba atau ‘Burni’ versi China purba dan kini Borneo versi Eropah moden.
Dengan ungkapan lain, orang asal Borneo sebenarnya memiliki sejarah panjang dan susun lapis keturunan masyarakat yang dengan sendirinya menghantar isyarat tegas, bahawa sanya oral asal Borneo tidak semudah itu boleh diperleceh atau diperbodoh oleh Melayu UMNO sebagaimana yang dinyatakan oleh cendekiawan sarjana Barat.
“...The whole island was subject to the dominion of the Sultanate of Brunei. ‘Borneo’ and ‘Brunei’ are basically the same word, and indeed no more than 100 years ago Brunei was referred to as ‘Borneo Proper’...” L.W. Jones (1966).
Oleh itu, seluruh warga Borneo wake-up sekarang dan segerakan proses penghancuran dan penguburan UMNO! Betapa politik Melayu UMNO adalah kurap eh silap gamaknya ‘cycle evil of corruption’ seburuk wabak yang tidak berakhlak. Betapa hakikat politik Melayu UMNO begitu nyata dan tidak lain, melainkan hakikat apa nama aaa.., apa nama aaa.. kononnya, kononnya dan kononnya hanya demi ‘power for the sake of power’ untuk merompak kuasa di Borneo dan Perak dan kini bakal merompak kuasa lagi di Selangor gamaknya.
Arakian plus syahdan, betapa Melayu UMNO bukan sahaja kelihatan mabuk kuasa, bahkan ternampak sudah menjadi gila kuasa. Melayu UMNO mabuk kuasa plus gila kuasa untuk memutar belit kebohongan mereka seolah kebenaran dengan mengencing ‘perjanjian 20 perkara’ asas kenegaraan Malaysia seolah isu sensitif di samping projek gigantik produk munafik yang menjadi kosmetik diri mereka di khalayak dunia gamaknya.
No comments:
Post a Comment