Saudara Pengarang,
SETELAH Ustaz Pajudin Nordin dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Sabah yang baru oleh Presiden parti, Dato’ Sri Wan Azizah Wan Ismail, melalui surat Setiausaha Agung pada 13 Jan 2011.
Kini bermula lagi agenda konspirasi kumpulan Anti-Islam dalam PKR Sabah apabila mereka cuba menguling Ustaz Pajudin sebagai Pengerusi Negeri PKR Sabah; kononnya 17 ketua cabang menyokong agar Presiden mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Negeri Sabah.
Yang amat mendukacitakan penyokong dan ahli-ahli PKR Sabah, seorang yang bergelar YB PKR iaitu Fuziah Salleh, merangkap Naib Presiden PKR Pusat yang telah menjadi dalang konsprasi ini. Sewaktu mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Sabah pada 24 Jan 2011, ketua cabang yang hadir pada ketika itu hanya 9 orang dan 3 daripadanya pemangku ketua cabang. Sepatutnya, mesyuarat tersebut sah, akan tetapi bila dimaklumkan kepada Fuziah Salleh dia tidak mengiktiraf mesyuarat tersebut sebagai sah.
Dalam masa yang sama Fuziah (Raja Dalang ini) mengatur satu mesyuarat khas bersama KC Anti-Islam ini di suatu tempat, jemputan mesyuarat diatur khas oleh Setiausaha Kerja tanpa memaklumkan Pengerusi Perhubungan Negeri, Majlis Pimpinan Negeri atau Setiausaha.
Tindakan ini jelas mencabul ‘AUTONOMI’ yang dijanjikan oleh Ketua Umum PKR kepada MPN serta rakyat Negeri Sabah belumpun PKR memerintah. Bagaimana pula ceritanya kalau PKR sudah memerintah Sabah kelak? Ada mungkin seorang Ketua Menteri Sabah didatangkan daripada Semenanjung ataupun Presiden PKR sendiri yang akan memangku jawatan Ketua Menteri.
Kalau Konspirasi ini diterima pakai oleh Ketua Umum dan Presiden supaya seorang yang bergelar Al Hafiz dan Ustaz ini ditarik balik perlantikannya sebagai Pengerusi Negeri; maka saya tidak segan silu menasihatkan pemimpin-pemimpin ini agar bersedialah menghadapi konspirasi kedua iaitu undi tidak percaya kepada Presiden oleh kumpulan anti Islam seperti yang di dalangi oleh Fuziah.
Modus operandi mereka ini sama seperti yang dirancang oleh Dr.Jeffry Kitingan ketika Azmin Ali menjadi Pengerusi PKR Negeri Sabah. Percaya atau tidak kita lihat kesudahannya.
Salam Hormat,
007
No comments:
Post a Comment