Wednesday, 9 February 2011

POLIS MARIN WAJAR DAPAT HABUAN KERAJAAN



Saudara pengarang,

SEKALI lagi kami penduduk Labuan ingin mengucap syabas dan tahniah kepada seorang Sarjan Mejar pasukan Marin Polis bernama SM Meron yang telah berjaya menahan sebuah Tugbot yang membawa kayu balak di Kuala Tatau, Bintulu, Sarawak dengan harga rampasan lebih kurang RM 1.5 juta seperti yang disiarkan oleh Borneo Post pada 30 Januari 2011.

Artikel yang disiarkan oleh Sabahkini.net bulan lepas oleh Pegawai Pencen Kastam mengenai kes penyeludupan rokok, minuman keras, kayu balak dan minyak diesel bersubsidi yang dikhuatiri ada hubung kait dengan Ketua Pengarah Kastam dan kroninya di Bintulu dan Kuching adalah benar kerana kini terbukti dalam masa yang dekat tidak sampai sebulan maklumat disalurkan oleh Pegawai Pencen Kastam dan Pasukan marin boleh cekup sebuah Tugboat yang menyeludup balak.

Kalau boleh Pasukan Marin wajar menyiasat siapa dalang penyeludupan balak yang di cekup dan jangan serah kepada agensi lain kerana takut terlepas dengan guna dokumen palsu.

Kami juga minta SM Meron memantau di laut sempadan Labuan-Sipitang dan Labuan- Limbang kerana banyak ‘supply boat’ menjual minyak diesel subsidi dan ini amat merugikan kerajaan.

‘Kastam yang menjadi ‘Raja’ di Malaysia tidak ada kuasa untuk menangkap penjenayah yang menjual diesel bersubsidi, jadi kami meminta ehsan Pasukan Polis Marin dan Pasukan APMM yang tangkap.

Kami harap agar setiap tangkapan kes besar seperti kes balak dengan rampasan bernilai jutaan ringgit akan disiasat juga oleh SPRM kerana kecenderungan sindiket membeli barang lelongan adalah besar dan inilah yang sering terjadi sehingga sukar dikawal.

Kejayaan Pasukan Polis Marin dan Pasukan APMM mencekup kes seludup minyak bersubsidi yang dijual oleh ‘supply boat’ yang disewa oleh Shell dan Petronas di Labuan. Rampas kapal yang menjual diesel bersubsidi dan lelong terus kapal tersebut.

Sewajarnya kerajaan harus memberi 10 peratus wang lelongan tersebut kepada Pasukan Polis Marin yang membuat tangkapan kes di Bintulu supaya mereka lebih bersemangat untuk membuat lebih banyak tangkapan kes besar tanpa menerima rasuah dari sindiket.

Sekian, salam hormat.

PEGAWAI ANTI RASUAH LABUAN.

1 comment: