SERAH….Radin sedang menyerahkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban Patrick sekeluarga.
Oleh: MAIL MATHEW
PEMBANTU Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Radin Malleh melawat dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran pada awal pagi rabu lalu, Patrick Gentiu, 49, bertempat diKg Naluyan, kira-kira 5 kilometer dari pekan Tenom.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap melahirkan rasa dukacitanya di atas kejadian tersebut yang menimpa keluarga mangsa, seterusnya menjadikan keluarga Patrick tinggal sehelai sepinggang selepas kejadian itu.
Dalam lawatan itu, Radin turut diiringi Pemimpin Kemajuan Rakyat, Blasius Masuning; CDO Charlton Madis Suman dan para Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda dan Wanita PBS.
Dalam pada itu, Patrick yang juga Pengerusi JKKK Kg Naluyan turut merasa terharu di atas keprihatinan pemimpin dan juga para dermawan yang datang silih berganti menemui beliau untuk menghulurkan sumbangan selain memberikan kata-kata semangat dan meminta beliau dan keluarga bersabar di atas insiden itu.
Pada awal pagi rabu, kira-kira jam 1.30 pagi rumah kediaman Patrick Gentiu hangus dijilat api memaksa beliau dan 6 orang anaknya bergegas pindah menyelamatkan diri ke sebuah rumah Kebudayaan yang daif, terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.
Dalam kejadian tersebut Patrik dan keluarga tinggal sehelai sepinggang kerana semua harta benda tidak dapat diselamatkan.
No comments:
Post a Comment