PENGIKTIRAFAN......Nik Zafri (kanan) sedang menerima Sijil Penghargaan kerana menyumbangkan idea-idea innovatif kepada kerajaan demi untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Oleh : NIK ZAFRI NIK ABDUL MAJID
SETIAP kali ada sahaja projek mega atau projek berteknologi tinggi, sudah tentu akan ada pihak yang tidak menyukainya, terutama Projek Nadir Bumi di Gebeng, Kuantan Pahang sebagaimana yang dilaporkan dengan menyeluruh oleh Sabahkini.net melalui artikel bertajuk 'Lynas, Bukti Kepandiran Pembangkang?'
Semasa Projek Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA; Projek Menara Kembar Petronas (KLCC); Projek Terowong LRT Ampang Park dan sebagainya, ketika itu saya terlibat secara langsung sebagai Juru Perunding bertauliah dalam projek-projek tersebut sejak mula dicadangkan sehinggalah siap; maka ramailah yang datang menyuarakan protes terhadap pelaksanaan projek tersebut.
Antara isu yang paling popular, ialah isu alam sekitar yang mungkin rosak, isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan isu remeh temeh yang dibangkitkan; semata-mata untuk mendapatkan mementum politik atau lonjakan pengaruh.
Saya ambil contoh Projek KLCC; antara isu yang diungkit dan dibangkitkan pihak tertentu termasuk pembangkang ialah pembinaan jejantas udara yang menghubungkan antara Menara 1 dan Menara 2.
Ada yang menyatakan, menara ini akan menjadi senget kerana 'loadnya' tidak kuat; 'piling' tidak kukuh dan sebagainya. Akhirnya ramailah 'jurutera' dan 'orang teknikal' yang mengaku diri mereka bertauliah, bertubi-tubi memberikan komen.
Saya percaya; ketika itu; sebagai salah seorang yang menjawab persoalan-persoalan mereka; ada yang mempunyai kepentingan dalam projek-projek seperti ini; namun oleh kerana mereka gagal mendapat kepentingan berkenaan dan akhirnya mereka mula mengungkitkan masalah-masalah yang mereka sendiri bukan pakar dalam bidang berkenaan.
Saya juga sudah masak dengan isu politik yang negatif, semua yang dilaksanakan tidak disukai di sana sini. Tidak pernah ada satu cara yang boleh memuaskan mereka yang menjadi pengkritik destruktif.
Tetapi apabila ditanya mengenai peluang kerja dan pemindahan teknologi termasuk pelaburan terus asing, mereka akan terdiam. Mahunya tidak, ada di kalangan yang memprotes itu, bekerja dengan projek berkenaan.
Lebih menyedihkan saya ialah ada pihak dari luar yang tidak berkaitan dengan negara kita, mencucuh api supaya berlaku pergaduhan dan protes terhadap kerajaan.
Natijahnya, selepas projek-projek ini dilaksanakan dengan jayanya, maka tidak ada lagi suara-suara dan komen secara negatif ini berbunyi. Sepi, malah mereka turut menggunakan dan memuji projek tersebut; sekalipun sebelum ini atas dasar 'kepandiran' (meminjam kata Mutalib M.D) mereka mengutuk agensi pelaksana.
Tujuan saya menulis artikel penting ini bukanlah kerana saya mempunyai kepentingan atau kepakaran yang tinggi; mahupun untuk menyekat kebebasan bersuara pihak tertentu, tetapi saya terpanggil untuk menulisnya berdasarkan pengalaman-pengalaman saya sendiri bekerja di projek-projek mega; termasuk pelbagai industri berteknologi tinggi selama hampir 25 tahun lamanya.
Seperti yang telah dijangka, isu yang paling panas yang saya jangka akan diselesaikan ialah Lynas dan pemerosesan Nadir Bumi (Rare Earth).
Isu pertama yang dibangkitkan ialah Lynas tidak mempunyai pengalaman dalam projek berkenaan. Dalam hal ini, izinkan saya memberikan pendapat secara professional.
Sekiranya terbukti (saya sebut jika ada bukti) bahawa Lynas tidak mempunyai pengalaman dalam projek berkenaan; tetapi saya tidak fikir ini adalah isunya; jika ingin meneruskan juga projek berkenaan, Lynas perlu mendapatkan semua lesen-lesen, persijilan-persijilan termasuk melantik Pakar-Pakar Perunding serta bekerjasama dengan semua pihak berkuasa bagi memastikan projek ini berjalan lancar.
Dari apa yang saya perhatikan, Lynas sangat telus dalam menerangkan mengenai aliran prosesnya dari mula sehingga akhir; mendapat komen teknikal serta 'lampu hijau' dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Semua ini mandatori kerana Malaysia terlibat secara aktif dalam 'Asian Nuclear Safety Network' dan Malaysia pernah diiktiraf sebagai antara negara yang paling selamat (bebas-radioaktif) jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia.
AKRAB..... Nik Zafri bersama rakan akrabnya, Dr Maximus Ongkili.
Izinkan saya menyentuh sedikit mengenai cara-cara penilaian ini dilakukan. Setiap penilai perlu mempunyai pengalaman teknikal yang luas dalam bidang-bidang berikut :
a) Keselamatan radiologi yang berkaitan dengan pemprosesan 'rare earth' (di mana 'rare earth' diperiksa mengikut aras Bahan Radioaktif yang berlaku secara semulajadi iaitu Naturally Occurring Radioactive Materials);
b) Kawalan perundangan;
c) Perlindungan pekerja terhadap pendedahan kepada radiasi;
d) Perlindungan masyarakat dan persekitaran kepada radiasi;
e) Penilaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
f) Penilaian dan pemantauan alam sekitar;
g) 'Decomissioning';
i) Keselamatan pengangkutan keluar dan masuk.
Malaysia mempunyai 'track record' yang baik dengan IAEA serta telah banyak menandatangani memorandum bahawa Malaysia akan mematuhi semua syarat-syarat berhubung projek-projek yang ada potensi radiasi atau projek-projek bersabit dengan atom dan nuklear.
Dengan kata lain, jika pengusaha melanggar mana-mana syarat-syarat ini, dengan sendirinya, IAEA boleh mencadangkan kepada kerajaan Malaysia umpamanya menerusi DOE atau DOSH atau lain-lain pihak termasuk pihak berkuasa tempatan untuk menutup atau menangguhkan projek ini sehingga semua aspek keselamatan, kesihatan dan alam sekitar dilakukan.
Isu yang kedua ialah kerosakan alam sekitar, pokok-pokok ditebang dan sebagainya. Untuk pengetahuan ramai, ada satu lagi aspek yang WAJIB disentuh oleh pengusaha iaitu :
Pemulihan alam sekitar jika ada, termasuklah pemulihan (restoration) kembali struktur tanah kepada asal, penanaman kembali pokok-pokok, kerja-kerja 'landscaping' jika ada dan sebagainya iaitu semasa dan selepas projek ini ditamatkan. Jadi Lynas telah mengambilkira isu ini, termasuk penilaian terhadap langkah-langkah pencegahan mengenai aspek pemulihan telah dilakukan oleh IAEA.
Mengenai isu ketiga iaitu pembuangan bahan radioaktif. Perlu saya tekankan di sini, Lynas dan pemprosesan 'rare-earth' tidak boleh dibandingkan dengan loji-loji nuklear yang lain kerana 'rare-earth' mempunyai tahap thorium yang rendah dibandingkan dengan uranium atau plutonium. Kilang 'rare-earth' bukan loji nuklear atau loji atom!
Saya lihat protes ini banyak berdasarkan fakta yang diambil dari bahan uranium atau membandingkan dengan peristiwa tertentu di Negara China, maka rasa saya ia adalah perbandingan-perbandingan yang kurang tepat. Ini kerana apa yang berlaku di China adalah TIDAK mengambilkira kehendak perundangan dan piawaian yang ditetapkan. Malah pihak berkuasa China sendiri telah mengambil tindakan yang sangat tegas terhadap loji-loji haram ini kerana didapati telah merosakkan alam sekitar.
Persoalan pokok di sini ialah cara pengendalian. Jika cara pengendalian itu betul, maka impak terhadap alam sekitar adalah 'zero' dan 'sangat minima'. Tahap Thorium bukanlah dikeluarkan secara kumulatif seperti tuduhan seorang doktor yang merawat pesakit yang terkena radiaktif dari loji nuklear dan atom yang melibatkan uranium dan plutonium. Tahap Thorium adalah terkawal dan dikeluarkan secara berjadual.
Seperkara lagi, cubalah dapatkan pendapat majoriti pakar dari pelbagai bidang yang berkaitan dan janganlah kerana satu pakar sahaja yang mengeluarkan kenyataan; maka kita perlu menerimanya bulat-bulat. Itupun dakwaan yang dibuat oleh doktor berkenaan telah pun dibuktikan oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing.
Malah Radiasi Alpha yang dikeluarkan dalam keadaan terkawal tidak boleh menembusi kulit manusia. Thorium adalah pyrophonic dan boleh terbakar di udara secara semulajadi.
Hanya jika terdedah (yang mana tidak mungkin berlaku) terlalu lama lama terhadap aerosol Thorium sahaja, barulah risiko-risiko terhadap kemungkinan berlakunya penyakit kanser paru-paru, pankreas, kekotoran darah dan paru-paru akan berlaku.
Kesimpulannya, kesan negatif hanya akan berlaku sekiranya ianya tidak terkawal atau cara pengendalian yang salah. Jika pengendaliannya betul, maka rasa saya, rakyat Pahang Darul Makmur tidak perlu bimbang. Kenapa perlu takut kepada igauan manusia oportunis seperti Fuziah Salleh, Wong Tack dan Anwar Ibrahim yang tertidur di siang hari bahawa Malaysia telah kiamat kerana Lynas akan meletup seperti Chernobyl?
Kita telah pun berteguh cita-cita, berusaha ikhtiar, memanjatkan doa dan akhirnya marilah kita serahkan kepada Allah SWT semoga negara kita sejahtera dan selamat. InsyaAllah, Amin.
(NOTA : Nik Zafri Bin Nik Abdul Majid merupakan Perunding Bebas Pengurusan Pengetahuan, Alam Sekitar, Kualiti Dan Keselamatan Kerja dan merupakan Penasihat Sains dan Alam Sekitar kepada Sabahkini.net)
The Lynas issue should be resolved accordingly to the people's wishes.
ReplyDeleteHopefully the government will try to listen to the people's opinion on the Lynas issue.
ReplyDeletehanya pihak pembangkang yang cuba memperbesar2kan isu ni untuk kepentingan politik mereka.
ReplyDeletesampai bila2 pun negara tidak akan maju jika tidak berani mengambil risiko dan membuat perubahan.
ReplyDeleteSemoga maslaah Lynas ini akan dapat diselesaikan.
ReplyDeleteThere are many initially oppose such mega project which in the short term being labeled with all negative connotations, but fail to see the long term benefits that such mega projects will bring to the nation.
ReplyDeleteAs for the case of the LYNAS issue, the possibility of radioactive exposure is at minimum, at the same time precautionary steps are taken to minimize these threats.
ReplyDeleteIf they conduct the processes accordingly, the impact will be at its minimum.
DeleteHopefully the government will take all accounts into consideration thus responding to the massive protest with a clear resolution.
ReplyDeletekadang2 ada pihak yang lebih suka menggunakan pertimbangan politik berbanding dengan pertimbangan yang melalui kajian dalam membuat kenyataan atau ulasan berkenaan dengan sesuatu isu..
ReplyDeletesaya lebih suka jika debat diadakan antara pemimpin2 politik pembangkang dan juga pakar dalam bidang nuklear ini.. barulah gambaran jelas dapat dihidangkan kepada rakyat..
ReplyDelete