Oleh : CHANG SHAK HUNG
SKIM Rumah Pertamaku yang telah dilancarkan pada Mac 2011 yang lalu, telahpun genap berusia setahun.
Namun apa yang mengejutkan ramai pihak adalah tiada satu pun permohonan pinjaman bank telah diluluskan untuk pembelian pinjaman perumahan melalui skim ini.
Skim tersebut khas untuk belia yang berusia 35 dan ke bawah serta berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. Pelancaran tersebut yang telah mendapat pujian ramai pihak dan apabila Perdana Menteri melancarkannya, ramai pemimpin dari Barisan Nasional membantu dalam mempromosikan berita tersebut yang kononnya kerajaan ini merupakan kerajaan untuk rakyat.
Jadi apa yang telah anda lihat sehingga ke hari ini hanyalah mimpi di siang hari? Ia telah menemui kegagalan yang begitu teruk sekali dan langsung memberikan janji-janji kosong dalam membantu golongan muda untuk memiliki sebuah rumah.
Entah mengapa kerajaan langsung tidak mengendahkan peranan dan pandangan rakyat apabila mereka hendak membeli rumah melalui skim ini, telah dimaktubkan bahawa pendapatan gaji rendah yang diperolehi oleh golongan muda, memang tidak melayakkan mereka untuk membeli rumah.
Senario ini ditambah dengan kesulitan pinjaman bank yang mana Bank Negara telah mengumumkan bahawa mulai Januari 2012, pinjaman bank hanya boleh dibuat setelah pendapatan kasar ditolak EPF, SOCSO, lain-lain tanggungan seperti pembayaran kad kredit, bayaran pinjaman kereta dan lain-lain lagi.
Cuba bayangkan bagaimana seorang belia yang berpendapatan RM2,000 dengan tanggungan sebuah kereta, anak isteri dan perbelanjaan rumah, boleh mampu untuk membeli sebuah rumah? Harga rumah yang telah meningkat dari saban hari ditambah kenaikan harga barangan yang mendadak, begitu membebankan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.
Setiausaha Agung National Homebuyers Association, Chang Kim Loong memberitahu bahawa mustahil seseorang pembeli rumah yang mampu untuk membeli rumah apabila kerajaan menetapkan bahawa tiada potongan melebihi 55% daripada pendapatan kasar untuk pembayaran balik pinjaman perumahan.
Cuba bayangkan untuk membeli rumah berharga RM200,000 dengan gaji RM1,500. Setiap bulan mereka perlu membayar RM1,000 lebih untuk jangka masa 30 tahun. Tinggal hampir RM500 untuk meneruskan hidup?
Yang peliknya apabila kesengsaraan rakyat terutamanya kaum belia tidak dibela, Datuk Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan memberitahu bahawa kerajaan akan mengkaji pembeli rumah yang mempunyai pendapatan RM6,000 hingga RM7,000 juga layak dalam skim pembelian Rumah Pertamaku.
Mengapakah ketelusan pihak kerajaan langsung tidak menggunakan akal fikiran dalam membantu rakyat? Sudahpun diberitahu bahawa gaji pekerja adalah kurang dan tidak mampu untuk membeli rumah, ini pula nak cuba mengumumkan mereka yang berpendapatan tinggi juga boleh diserapkan dalam skim tersebut!
Sepatutnya kerajaan harus mendapatkan tanah khas untuk tujuan pembinaan rumah dan bekerjasama dengan bank, yang mana kawasan perumahan ini adalah khas untuk program Rumah Pertamaku.
Maka dengan ini, ramai kaum belia mampu untuk memiliki rumah melalui Skim Rumah Pertamaku dan tidak hanya gembira setelah ia dilancarkan, namun duka dan kecewa apabila tidak layak untuk membelinya walaupun syarat gaji RM3,000 telah dipenuhi.
Bukan semua yang mampu memiliki rumah sendiri, perlulah menilai sendiri sama ada pendapatan mencukupi untuk tanggungan ini.
ReplyDeleteharap kerajaan akan dapat mencari jalan terbaik bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri.
DeleteMembayar hutang rumah adalah satu tanggungjawab yang berat, walaupun ada skim seperti ini.
ReplyDeleteya..pinjaman perumahan sememangnya merupakan penting dan tanggungjawab yang besar terhadap setiap orang,.
DeleteKos rumah semakin bertambah, lebih banyak golongan yang tiada kemampuan untuk memiliki rumah sendiri.
ReplyDeleteya..makin hari, harga rumah semakin meningkat. hrap kerajaan dapat mencari jalan terbaik bagi memasti setiap orang mampu untuk memiliki rumah.
Deleteapa yang mengejutkan ramai pihak adalah tiada satu pun permohonan pinjaman bank telah diluluskan untuk pembelian pinjaman perumahan melalui skim ini.
ReplyDeleteKenapa ini terjadi? Harus juag Skim tersebut untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan.
ramai kaum belia mampu untuk memiliki rumah melalui Skim Rumah Pertamaku dan tidak hanya gembira setelah ia dilancarkan, namun duka dan kecewa apabila tidak layak untuk membelinya walaupun syarat gaji RM3,000 telah dipenuhi.
ReplyDeleteApakah yang sedang berlaku dimana yang layak tetapi gagal juga mendapat permohonan tersebut? Harus juga memberi penjelasan agar rakyat tidak memikirkan yang negatif terhadap kerajaan.
sebaiknya penjelasan lebih lanjut diberikan berkaitan skim ini.
Deletekondisi pinjaman harus dilonggarkan agar lebih banyak golongan dapat pinjaman untuk perumahan.
ReplyDeleteNot easy to buy a house, its a burden for about 30 years.
ReplyDeletesebaiknya Skim ini dikaji semula bagi memastikan ia benar2 dpt membantu rakyat memiliki rumah.
ReplyDeleteSKIM ini masih belum ada kepastian lagi. Maka kita harap akan terus ada kajian dilakukan bagi memastikan skim rumah pertama ku ini berjaya.
ReplyDeleteKerajaan telah menerima 1623 permohonan untuk pinjaman di bawah Skim Rumah Pertama Saya sehingga Januari 2012. 280 peminjam berjumlah RM41.1m telah diluluskan. Menjalankan 56 projek perumahan kos rendah, rendah sederhana kos dan kos sederhana yang melibatkan 37757 unit sehingga bulan Januari.
ReplyDeleteNampaknya, dakwaan pembangkang bahawa tiada satu pun permohonan pinjaman bank telah diluluskan untuk pembelian pinjaman perumahan melalui skim ini adalah tidak tepat sama sekali.
Deletepembinaan lebih banyak rumah mampu milik mungkin antara jalan yang boleh dilakukan untuk membantu setiap rakyat memiliki rumah.
ReplyDeletetidak ada gunanya kerajaan bersungguh2 hendak membantu rakyat memiliki rumah jika pada masa yang sama institusi kewangan terlalu berkira untuk memberikan pinjaman.. skim ini gagal adalah disebabkan oleh institusi kewangan yang mengenakan syarat yang ketat terhadap pemohon..
ReplyDeleteskim rumah pertamaku patut dirombak semula supaya matlamat & tujuan benar2 dinikmati oleh golongan sasaran dan dalam masa yang sama memberi tekanan kepada 'kapitalis2' yang berada dalam sektor tersebut..
ReplyDelete