CENDERA……Awadnir Matanggal (tengah) Pengerusi Penganjur Majlis Penerangan Perdana Kota Belud menyampaikan cendera kenangan kepada Abdul Rahman (kanan sekali) sambil diperhatikan oleh Marali Adim (kiri sekali) Setiausaha Umno Bahagian Kota Belud sebagai tanda penghargaan pada majlis itu.
Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI
SETIAUSAHA Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah berhenti dan sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kadar kemiskinan penduduk keseluruhannya di negeri ini.
Menurutnya, Sebelum era merdeka kemiskinan di Sabah amat tinggi mencecah 70 % hingga 80 % dan terdapat juga kawasan-kawasan yang sampai 100 % kadar kemiskinannya pada ketika itu.
Katanya, tidak ada orang yang boleh menidakkan kejayaan Barisan Nasional untuk mengurangkan peratusan kemiskinan yang begitu tinggi dahulu sampai ke 16 %.
“Selepas merdeka, dalam tempoh 50 tahun kemiskinan di Sabah sudah turun ke 16 % pada tahun 2010 dan pada tahun 2012 kadar peratus kemiskinan di negeri ini semakin rendah.”
“Walaupun kadar kemiskinan itu masih tinggi dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain tetapi kerajaan yang ada sekarang sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk mengurangkan peratus kemiskinan. “
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah di Majlis Penerangan Perdana yang telah diadakan di Dewan Kompleks Sukan Botung, Kota Belud, baru-baru ini.
Sambil mengambil contoh perbandingan di Amerika Syarikat sebuah negara begitu maju, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menjelaskan kemiskinan di negara itu sekarang berada di tahap 15 %.
Menurut Abdul Rahman lagi, kemiskinan penduduk di kampung berbeza dengan kemiskinan penduduk yang tinggal di Kuala Lumpur.
Jelas beliau lagi, walaupun mungkin di kampung-kampung di Sabah penduduk kampung hanya mendapat pendapatan di bawah RM1000 sebulan tetapi oleh kerana mereka tinggal di kampung keadaan mereka itu mungkin lebih selesa sedikit dibandingkan seorang yang mempunyai pendapatan RM3000 sebulan di bandaraya Kuala Lumpur.
“Walaupun penduduk di Kuala Lumpur yang mempunyai pendapatan RM3000 sebulan tidak diiktiraf sebagai penduduk miskin dan di Sabah sebagai miskin, saya berpandangan dari segi perbandingan keperitan hidup itu lebih di Kuala Lumpur dibandingkan dengan di Kota Belud, sebab di Kota Belud penduduk memiliki tanah untuk bercucuk tanam, mereka ada sungai dan laut untuk mencari ikan dan sebagainya, kita kena lihat perspektif kemiskinan dari pelbagai sudut,“ tambahnya lagi.
Semoga usaha kerajaan akan diteruskan sehinggan kadar kemiskinan jatuh ke '0'.
ReplyDeleteusaha berterusan perlu dibuat untuk membasmi kemiskinan.
DeleteMungkin sukar untuk sampai pada kadar '0' kemiskinan. Namun dengan program2 yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat saya pasti kemiskinan akan dapat dikurangkan.
DeleteDiharapkan rakyat dan juga kerajaan akan bekerjasama untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah.
ReplyDeletekerjasama daripada semua pihak memang penting untuk membasmi kadar kemiskinan yang ada.
DeleteRakyat juga harus berusaha membaiki pendapatan.
ReplyDeletememang individu sendiri juga perlu sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri..
DeleteBantuan dan subsidi tu hanya untuk tempoh tertentu. Rakyat kena berfikir dan berusaha sendiri untuk memperbaiki nasib mereka.
DeleteEkonomi maju, pendapatan juga bertambah, pendapataan bertambah maka kadar kemiskinan juga turut diperbaiki.
ReplyDeletePembangunan harus buat di kawasan luar bandar agar golongan ini membaiki taraf kehidupan juga.
ReplyDeleteusaha untuk melaksanakan pembangunan perlu terus dibuat agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Deletekempen membasmi kemiskinan oleh krajaan juga harus diberi sokongan juga.
ReplyDeleteIndustri yang berpotensi seakan membawa ekonomi Sabah ke peringkat yang lebih maju dan berkembang.
ReplyDeleteusaha dalam mengurangkan kemiskinan akan terus dilaksanakan. kadar kemiskinan kini pun makin kurang. moga kemiskinan di Sabah dpt dibasmi sepenuhnya.
ReplyDeleteSemakin hari kemiskinan di Sabah semakin berkurangan. Maka kita harap kadar kemiskinan akan dapat dikurangkan dari masa ke semasa.
ReplyDeleteKerajaan telah berusaha bagi membasmi kadar kemiskinan di Negara kita ini terutama di Sabah. Pelbagai program dan skim telah dilaksanakan bagi memastikan rakyat dapat keluar dari kemiskinan. Yang kita tahu sekarang ada projek besar dari Petronas iaitu SOGT dan juga SAMUR.
ReplyDeleteKerajaan berterusan menangani masalah poverty melalui pelbagai program seperti 1 koperasi, program agropolitan dan 1Azam
ReplyDeleteteruskan usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan agar rakyat dan negara menjadi bertambah maju.
ReplyDeletekerajaan perlu memperbanyakkan lagi program ekonomi seperti projek agropolitin di kawasan2 pedalaman..
ReplyDeleteberkenaan dengan harga barang keperluan di negeri ini, rasanya ianya akan selesai setelah kerajaan membangunkan KR1M di semua daerah di negeri ini..
ReplyDelete