Friday, 2 March 2012

'SAMSENG' BUNG MOKHTAR MENGAMUK?


Oleh : SHAIMON S JUMADI

EKORAN tersiarnya berita bertajuk 'Kerajaan BN Di Sukau Kerajaan Terpakai' yang tersiar di Sabahkini.Net pada 27 Februari lalu berhubung dakwaan Ketua Cawangan UMNO Kampung Dumundung, Abdul Amir Hamza bahawa kampung Dumundung terlalu mundur telah dipertikaikan oleh beberapa orang penyokong tegar Datuk Bong Mokhtar Radin.

Abdul Amir yang menghubungi Sabahkini.Net melalui telefon sebentar tadi memaklumkan bahawa penyokong tegar Bung Mokhtar mengancam untuk memukul beliau ekoran kritikannya di dalam Sabahkini.net.

Kata Abdul Amir, jika mereka benar-benar ingin memukulnya, beliau tidak gentar tetapi bimbang UMNO akan dituduh tidak bertamaddun kerana masih ada spesis manusia yang tidak boleh menerima teguran dan mengamalkan hukum rimba.

"Saya tidak ada masalah mahu buat laporan polis tetapi saya tidak mahu seret UMNO ke mahkamah. Saya suarakan masalah kampung kami yang tidak pernah dapat projek prasarana selain menukar papan sekeping dua; sama lah itu dengan projek second hand ataupun terpakai," ujar Abdul Amir membetulkan tafsiran penyokong tegar Bung Mokhtar.

Amir menegaskan, janga kerana Bung gagal mengawal penyokong tegar yang membawa 'samseng'; peluangnya untuk dipilih semula atau mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan hancur berkecai.

Dalam artikel tersebut saya tidak memburuk-burukan sesiapa hanya sekadar mengeluh dan merintih kepada Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen saja tetapi telah disalah tafsirkan oleh mereka salah kah kita sebagai rakyat untuk menegur bagi kebaikan bersama” tanya Amir.

Kata Abdul Amir lagi, berhubung artikel 'Ahli Parlimen Kinabatangan Lindungi PATI' yang disiarkan pada 29 Februari lalu, adalah berita benar yang disampaikan oleh penduduk kampung, Yusri, bahawa PATI mendapat 10 buah rumah PPRT.

"Rumah itu sepatutnya untuk rakyat tempatan tetapi kenapa PATI pula yang tinggal? Saya tinggal di kampung ini sejak lahir dan saya tahu siapa PATI dan siapa anak jati. Jadi apakah keterlaluan jika kita katakan mereka lindungi PATI?" tanya Abdul Amir yang menggesa agar Bung menasihati penyokongnya agar tidak bertindak liar; semata mata untuk menutup mulut mereka agar tidak menghebahkan kepincangan Bung kepada dunia luar.

Tegas Abdul Amir, salahkah mereka meminta diwujudkan jawatan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK kerana selama ini terpaksa meminta khidmat Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK kampung berhampiran sedangkan kampung mereka adalah kampung tradisi?

"Jangan marahkan nyamuk, Bung arahkan orangnya membakar kelambu?," pesan Abdul Amir seraya membidas penyokong tegar Bung dan menganggap ugutan yang diterimanya adalah reaksi positif daripada Ahli Parlimen yang sedang menghitung hari.

17 comments:

  1. Hopefully the complaints by the villagers regarding the illegal immigrant will be looked into.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak telah komplain tetapi masih tiada perubahan.

      Delete
  2. If Bung Moktar wanted to retain the villagers support for him, he should work harder to serve the people.

    ReplyDelete
  3. terima kritikan dengan terbuka. ia salah satu cara untuk memperbaiki diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree with you. Bung must be willing to accept the criticism and improve. The villagers have every right to voice out their complaints if they are not satisfied with Bung performance.

      Delete
  4. The chances for Bung to win in this coming election taken that he is the candidate could be low based on his performance. Bung better buck up his performance if he wants to win.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hearsay he will not be nominated for this coming GE. Whatever it is, he shall continue his duty to help the people as long as he still the MP.

      Delete
  5. Critism that meant for better improvement, should have accept it with open heart.

    ReplyDelete
  6. Bung harus membaiki kelemahan agar rakyat masih berkeyakinan dengan beliau.

    ReplyDelete
  7. "Saya tidak ada masalah mahu buat laporan polis tetapi saya tidak mahu seret UMNO ke mahkamah. Saya suarakan masalah kampung kami yang tidak pernah dapat projek prasarana selain menukar papan sekeping dua; sama lah itu dengan projek second hand ataupun terpakai," ujar Abdul Amir membetulkan tafsiran penyokong tegar Bung Mokhtar.

    Seharus juga diberi keutamaan kepada penduduk tempatan juga.

    ReplyDelete
  8. Pasti ada sebab jika rakyat tidak terus menyokong, harus melihat kelemahan masing-masing.

    ReplyDelete
  9. setiap pemimpin kena menerima kritikan dan perbaiki kelemahan yang ada.

    ReplyDelete
  10. Semoga apa masalah yang ada dikampung akan dilaporkan kepada wakil kampung yang telah diamanahkan.

    ReplyDelete
  11. Of course he is upset after reading that slanderous article that was written after him.

    ReplyDelete
  12. Sabahkini should practice more accountability so that its credibility as a news portal would not be effected

    ReplyDelete
  13. perkara biasa ba tu.. ada pihak yang berpuas hati dengan khidmat pemimpin masyarakat itu dan ada juga yang kurang berpuas hati dengan khidmat mereka..

    ReplyDelete
  14. mungkin selepas ini Bung sendiri perlu kerap melihat sendiri kawasanya.. dan rajin2 la menjawab pertanyaan rakyat..

    ReplyDelete