KUALA LUMPUR : Lari mengikut
teman lelaki adalah antara punca Pembantu Rumah Rakyat Asing (PRA) bertindak
meninggalkan majikan masing-masing, demikian menurut Biro Pengaduan Pengaduan
Awam MCA.
Pengerusinya, Datuk Michael
Chong berkata daripada sembilan kes yang diterima setakat ini, rata-rata
majikan menyatakan keyakinan tindakan pembantu rumah mereka berbuat demikian
disebabkan faktor itu.
"Kemungkinan sebab
utama pembantu rumah warga asing itu melarikan diri adalah kerana mengikut
teman lelaki masing-masing dan mereka yang berbuat demikian kebanyakannya baru
bekerja selama tiga bulan," katanya kepada pemberita selepas menerima
aduan berhubung perkara itu di sini, Khamis.
Beliau berkata bagi mengelak
kes seumpama itu berlaku, mereka yang ingin mendapatkan pembantu rumah
dinasihat berurusan dengan ejen pembantu rumah berdaftar bagi memastikan
pembantu rumah yang dihantar menepati syarat yang ditetapkan.
Sementara itu, seorang
doktor gigi Ong Beng Tuck, 34, yang hadir membuat aduan, berkata pembantu
rumahnya Angelica C. Dominguez, 33, dari Filipina melarikan diri pada Ahad
lepas ketika mereka sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di sini. (Bernama)
No comments:
Post a Comment