ASTAGHFIRULLAH! Begitu teruk
dan keji tingkahlaku golongan kafir musyrikin ini menghina dan mempersendakan
solat. Solat yang menjadi tunggak keIslaman bagi setiap orang Muslim menjadi
bahan ejekan dan gurauan bagi puak-puak kafir laknatullah ini. Di mana nilai
untuk menghormati agama lain?
Permusuhan mereka yang amat
besar terhadap Islam dan umatnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya
kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang
yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [ Al-Maidah
(5):82].
Lihat sahaja bagaimana
mereka mempersendakan agama Islam dengan meniru cara bersolat dan salah seorang
daripada mereka menunjukkan mimik muka ketawa dengan penuh sindiran. Malah
pakaian mereka mempamerkan aurat jelas sekali bertentangan dengan cara bersolat
orang Islam. Adakah ini satu niat jahat kaum kafir yang jelas mahu
menghancurkan dan menjatuhkan nilai Islam di pandangan dunia?
Musuh-musuh Islam sentiasa
mencari jalan bersedia untuk memperlekehkan, menghina dan menjatuhkan maruah
Islam pada setiap ketika. Sebahagian besar agenda mereka telah pun berjaya
hinggakan tugas-tugas tersebut di ambil alih oleh manusia yang mengaku diri
mereka beragama Islam.
Sebagai individu yang
mengaku dirinya beragama Islam, amatlah tidak wajar jika kita hanya menganggap
bahawa isu ini hanyalah satu isu yang remeh, yang akan pudar ditelan dek
peredaran masa. (Palie Pixel).
No comments:
Post a Comment