Saudara Pengarang,
PADA 16 September lalu, satu
sejarah lagi telah tercatat di bumi Tuaran kerana pada malam itu seramai 10,000
penduduk Tuaran, telah hadir di Resturan Singgarung, Pantai Dalit bagi
merayakan hari pembentukan Malaysia ke 49 tahun.
Walaupun majlis itu telah
dikejutkan dengan ribut hujan, akan tetapi, para rakyat jelata Tuaran tetap
tidak berganjak. Sekalipun dibasahi hujan, mereka tetap bersemangat untuk tidak
berganjak dari tempat masing-masing.
Pada malam itu juga kesemua
pemimpin PR turut serta di majlis yang bersejarah itu. Dari Pemimpin terbilang
PR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Tuan Guru Hadi Awang, Datuk Lajim
serta pejuang KDM Datuk Wilfred Bumburing.
Di sini, kita boleh lihat kesungguhan
rakyat Sabah, terutamanya penduduk Tuaran, bersungguh-sungguh mahu melihat satu
perubahan tampuk pemerintahan negara Malaysia dan negeri Sabah.
Sesungguhnya bagi penduduk
Tuaran, inilah peluang terbaik bagi orang Sabah meruntuhkan rejim BN. Mereka
merasa bertuah kerana pemimpin berani mereka, dari Tuaran, telah mengejutkan
rejim di Kuala Lumpur itu dengan mengisytiharkan dirinya keluar dari BN.
Tindakannya sangat mujarab, kerana
akhirnya RCI diumumkan setelah sekian lama bermain teka-teki. Ini satu kejayaan
besar bagi Bumburing; kemahuan penduduk Tuaran ingin melihat satu tsunami
politik melanda Sabah.
Jika dilihat keramaian
sewaktu majlis pengumuman keluar BN oleh Bumburing pada 29 Julai lalu, hampir
15,000 penduduk Tuaran hadir; nampaknya tidak Bumburing tidak tersilap congak
dan meyakini bahawa kerusi Parlimen Tuaran dan DUN Tamparuli dan Kiulu sudah
pasti dalam genggaman Pakatan Rakyat.
Mungkin tidak keterlaluan
jika dikatakan cawangan UMNO, PBS, UPKO hanya tinggal nama dan ketua cawangan sahaja
kerana semuanya sudah berhijrah bersama Bumburing.
Peribadi Bumburing dan
intipati perjuangan Bumburing selama ini mendapat sokongan dan simpati rakyat
kerana perjuangan tidak terhad kepada isu IC palsu atau kerakyatan songsang;
malah isu tanah adat, royalti minyak dan Borneonisasi.
Jika dahulu agar sukar bagi
PR menawan Parlimen Tuaran, tetapi dengan adanya Bumburing sebagai 'Wira Rakyat
Sabah', nampaknya bukan lagi penghalang kejayaan sekalipun terpaksa menghadapi
Kubu Kuat UMNO di Tuaran kerana DUN Tamparuli dan Kiulu akan mudah ditawan PR
dengan bantuan Bumburing.
Dipercayai Bumburing akan
bertanding di kerusi DUN Tamparuli bersama seorang peguam terkenal di DUN Kiulu
kerana Parlimen Tuaran akan dilepaskan kepada PKR sebagai kaedah penyelesaian terbaik.
Walaupun peluang PR di DUN
Sulaman masih dilihat 50:50, namun dengan kemerosotan pengaruh Hajiji dan UMNO,
maka tidak mustahil DUN Sulaman akan terlepas kepada PR.
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ADULLAH
jangan terlalu yakin kerana sudah pasti akan berlaku pertandingan 3 atau 4 penjuru di mana undi pembangkang akan pecah.
ReplyDeletemungkin kemenangan di kawasan2 tertentu ada juga yang diperolehi oleh pembangkang tapi kalau kemenangan secara keseluruhan memang mustahillah.
Deleteapa2 pun, rakyat yang akan menentukan pada pru13 nanti.
ReplyDeleteDari rakyat saja tu mahu undi PR ka tak. Susah mahu ramal juga.
ReplyDeleteIni juga terpulang kepada rakyat sendiri untuk menentukannya.
DeleteKita tunggu saja apa keputusan PRU13. Yang mennag tu pasti pilihan rakyat.
ReplyDeletebiar rakyat yang akan tentukan siapa yang akan menang.
DeleteBukan mudah rasanya PR untuk menawan Tuaran itu.
ReplyDeleteKalau orang Tuaran sendiri melihat di Resturan Singgarung, Pantai Dalit itu bukan besar sangat pun. Menampung 10,000 itu mungkin tidak pasti dapat atau tidak. Bukan besar sangat kawasan tersebut.
ReplyDelete10,000 orang yang datang belum tentu akan menjadi pengundi pembangkang PRU nanti. kadang2 orang yang datang saja2 untuk melihat2 dan mendengar politik semasa yang timbul di Sabah ni.
Deleterestoran Singgarung tu kecil saja.. tempat tu mmg tak boleh menampung 10,000 ribu orng.
Deletesetuju, restoren tu kecil saja, memang tidak mampu menampung sampai 10 000 orang.
DeletePR's policy is deceiving, Populist Romantically policy just to lure and seduce the heart of the public.
ReplyDeleteBumburing sertai PR tak bermakna PR akan menang di Tuaran.
ReplyDeletemacam tiada apa-apa sumbangan pun PR tu di Tuaran.
ReplyDeletePastikan mana-mana parti yang menag dapat melaksanakan tugas dengan baik.
ReplyDeletePersaingan semakin hebat terutama politik di Sabah.
ReplyDeleteAmat mudah untuk melafazkan janji, namun tidak mampu untuk melaksanakannya. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan kepada pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Selangor hari ini, walaupun sudah berada di hujung penggal PRU12, namun segala janji yang dibuat pada PRU yang lalu, janji hanya hanya tinggal janji..
ReplyDeleteSetelah lebih empat tahun ternyata segala janji-janji Pakatan yang ditabur pada pilihanraya sebelum ini adalah pembohongan dan omong-omong kosong semata-mata.
ReplyDeleterakyat sabah perlu berhati2 dengan pemimpin pakatan seperti Anwar.. beliau tidak akan serik2 membongi rakyat semata2 mahu merampas kerajaan..
ReplyDeleteketika Anwar beriya2 mahu merampas kerajaan Sabah, negeri2 pakatan di semenanjung terus terabai.. malah ada ura2 bakal jatuh ketangan BN semula..
ReplyDeletekeengganan pemimpin2 STAR untuk bekerjasama dengan pakatan juga menunjukkan bahawa parti ini tidak layak memerintah Sabah..
ReplyDelete