KOTA KINABALU : Seramai
8,735 warga asing telah dihantar semula ke negara masing-masing sepanjang
tempoh Januari hingga September lepas.
Pengarah Pasukan Petugas
Khas Persekutuan (PPKP) Sabah, Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata daripada
jumlah itu, 6,314 adalah warganegara Filipina; 2,223 warga Indonesia dan 198
orang dari negara lain.
Menurut beliau, ia merupakan
tangkapan daripada 20 operasi digelar OPS Tanduk yang telah dilaksanakan
sepanjang tahun ini bagi membasmi kebanjiran PTI di Sabah.
Proses penghantaran
menggunakan feri telah dilakukan daripada dua lokasi ke Filipina iaitu dari
Sibuga, Sandakan ke Zamboanga dan Semporna ke Bongou sementara dari daerah
Tawau ke Nunukan, Indonesia.
“Menangani isu kebanjiran
PTI terutamanya dari negara Filipina terus menjadi agenda utama kerajaan dan
usaha untuk memastikan masalah terbabit diselesaikan kini giat dilaksanakan,”
katanya pada sidang media di sini kelmarin.
Sementara itu, Suhaimi
berkata seramai 3,777 warga asing berada di tiga Pusat Tahanan Sementara (PTS)
yang terdapat di negeri ini iaitu di Papar, Sandakan dan Tawau di mana 3,059
daripadanya adalah rakyat Filipina.
“Manakala 650 daripadanya
adalah rakyat Indonesia dan baki jumlah itu dari lain-lain negara yang kini
dalam proses penghantaran ke negara asal mereka,” katanya.
Mengulas perkembangan lain,
Suhaimi berkata pembinaan semula PTS di Menggatal kini berjalan dengan lancar
dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2014.
“Projek yang menelan kos
hampir RM14 juta itu bakal memiliki 14 blok tahanan yang baru dan lebih luas di
samping kemudahan asas lain seperti mahkamah dan pejabat imigresen,” katanya.
(UB)
No comments:
Post a Comment