AGAK menghairankan hanya 5
daripada 30 penderma Sabahkini.net adalah rakyat Sabah, manakala selebihnya
warga Malaya dan asing. Walaupun Sabahkini.net tidak menetapkan jumlah derma
yang boleh dimasukkan ke akaun semasa 564128621872 atas nama Sabakini Media Network
di Maybank; namun jumlah derma minima yang disarankan, RM10.
Sekiranya rakyat Sabah tidak
memerlukan khidmat Sabahkini.net; maka kami tidak mempunyai pilihan untuk
mengubah liputan ke Lembah Kelang dan Semenanjung Malaysia kerana kos yang
semakin meningkat dan mereka membantu Sabahkini.net berbanding rakyat Sabah
sendiri.
Atau memang rakyat Sabah
benar-benar miskin dan tidak mendapat liputan media? Tetapi berdasarkan hit dan
pengunjung tetap; ramai yang mampu 'berhibur dengan Sabahkini.net' lebih
daripada 12 jam sehari!
Bantulah kami kerana dengan
bantuan anda kami akan bantu menyalurkan keluhan, masalah dan harapan anda.
Mungkin agak memalukan, tidak ada parti politik di Sabah yang menghulurkan menderma
walaupun setiap hari berita mereka mendapat liputan langsung. Jika mereka
bakhil, bagaimana kami mahu meneruskan tugas kami memberi anda maklumat terkini yang tidak dapat dicapai media
alternatif lain? Atau memang benar kami tidak diperlukan lagi?
Sesuatu yang agak
mengejutkan kerana sebelum RCI diumumkan Perdana Menteri, ramai yang
terhegeh-hegeh memberikan pandangan, tetapi setelah Sabahkini.net membuka RCI
Sabah Official Page; terlalu sedikit yang 'Like' sedangkan melalui 'page'
berkenaan yang dibuat secara interaktif,
kita boleh bertukar maklumat dan pandangan.
Mungkinkah rakyat Sabah
dibayangi ketakutan atau memang mereka benar-benar takut setelah Penjanjian
Damai MILF-MANILA ditandatangani kerana bimbang kumpulan MNLF dan serpihan Abu
Sayyap akan kembali mengganas dan mengancamkan keselamatan sehingga tidak ramai
yang berani menurunkan komen atau berbahas secara langsung dengan editor?
Salam Hormat,
JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN
Sub-Editor Kanan.
No comments:
Post a Comment