KOTA MARUDU : Peruntukan RM120 juta oleh kerajaan bagi
membina jalan berturap dan melaksanakan program Agropolitan bagi menyediakan
kegiatan ekonomi dan pembangunan bagi 450 keluarga yang ditempatkan semula di
Gana di sini adalah satu contoh baik Barisan Nasional menunaikan janji, kata
Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau yang juga Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi berkata peruntukan RM60 juta bagi menaik taraf
jalan lori balak dan RM60 juta lagi bagi program Agropolitan adalah "satu
komitmen yang pemurah dan penyayang" bagi 3,000 penduduk di sana.
Keluarga berkenaan adalah
dari 10 perkampungan yang bertaburan dalam lingkungan dan berdekatan dengan
Hutan Simpan Lingkabau yang ditempatkan semula melalui Projek Pembangunan
Bersepadu dan Penempatan Semula Gana pada 1997.
"Program Agropolitan
membolehkan penduduk kampung menjalankan kerja-kerja penanaman getah untuk
menjana pendapatan manakala jalan yang dinaik taraf akan membolehkan Gana boleh
diakses dan membawa pembangunan kepada kampung-kampung berkenaan," katanya
semasa majlis pecah tanah fasa keempat projek menaik taraf Jalan Talantang-Gana
di sini.
Ongkili berkata peruntukan
asal hanyalah untuk menaik taraf jalan lori balak sepanjang 19.7km dan oleh itu
jalan berdebu sepanjang 6km menuju ke perkampungan itu kekal teruk. (Bernama)
kerajaan menunaikan janjinya..
ReplyDeleteperuntukkan rm60juta untuk projek agropolitan sememangnya disambut baik oleh penduduk...
ReplyDeletesemoga projek ini akan dimulakan awal tahun depan. Kita ingin melihat pembangunan di KM berkembang dengan pesat dan tidak lagi ketinggalan dalam arus pembangunan.
ReplyDeleteMenurut salah seorang penduduk KM, Daerah Kota Marudu telah berkembang sedikit demi sedikit dan sudah merasakan limpahan faedah daripada apa yang dirancang khusus oleh YB Datuk Dr. Maximus J. Ongkili.
ReplyDeleteAntaranya:
Deletei. Pusat Pembangunan dan Pembuatan Makanan Ikan Kelah (Pelian) di Kg Togudon, Kota Marudu.
ii. Pusat Pembenihan dan Pembiakan Ikan Kelah (Pelian) di Kg Tangkol, Kota Marudu.
iii. Bengkel Pemprosesan Kupang di Kg. Tanjung Batu Laut. Projek ini bertujuan untuk memajukan industri ternakan kupang khususnya di Kota Marudu.
Selain itu,
Deleteiv. Penghasilan Benih Vannila Kultur Tisu Berkos Rendah dan Sistem Kawalan Sekitaran pada Peringkat Pertumbuhan Awal di Kg Toporoi Kota Marudu.
v. Program Inovasi Pembangunan Usahawan Desa-Usahawan Minyak Kelapa Dara di Kg. Guoman Matunggong, Kudat.
vi.Projek penyelidikan dan pembangunan usahawan Tongkat Ali di kg. Mengaris, Kota Marudu.
vii. Projek InfoSTI@MOSTI di Pekan Kota Marudu.
Deleteviii. Projek e-GeoFarmer@FAMA, di Pasar Tani Kota Marudu.
Penduduk Kota Marudu sebenarnya bertuah kerana diwakili seorang Yang Berhormat berstatus Menteri Persekutuan. Ini merupakan sejarah bagi P168 Kota Marudu kita diwakili seorang Menteri Persekutuan. Sebelum ini kita hanya YB kita hanya berstatus Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah Sahaja.
ReplyDeleteSebagai Menteri Persekutuan, YB Datuk Dr. Max boleh memperolehi peruntukan yang lebih daripada ADUN biasa. Dikatakan bahawa, sebagai Menteri Persekutuan, YB Dtk Dr Max memperolehi peruntukkan 2 juta setahun ( 1 juta ahli parlimen + 1 juta menteri persekutan). Manakala pula, setakat YB ADUN biasa saja cuma memperolehi RM500,000 setahun.
DeletePeruntukan tahunan YB. Dtk Dr. Max sama seperti 4 tahun peruntukan tahunan seorang ADUN biasa. Oleh itu, Parlimen Kota Marudu sangat-sangat berbangga dapat seorang YB Datuk Dr. Maximus J. Ongkili.
Delete*http://n5tandek.blogspot.com/2009/02/bertuah-kota-marudu-dapat-yb-datuk.html
Dr Yee pointed out that the ‘Janji ditepati’ was not merely a slogan but proof that the government is working for the people.
ReplyDeleteMore than 800 families received 1Malaysia water tanks from the government as part of the 1Malaysia Water Tank programme
ReplyDeleteSemoga kerajaan terus berkhidmat dan memperjuangkan yang terbaik untuk semua golongan.
Deletethe government is working hard to honour all its pledges using the " Janji Ditepati " approach
ReplyDeleteDatuk Musa Aman said BN is the best coalition party in the country because it is capable of honouring its promises to the people, irrespective of race, religion and even political ideologies.
DeleteDatuk Musa Aman said the people won't hesitate to continue giving their support to the party despite attempts by the oppositions to sway them by hurling allegations at the government
DeletePenduduk perlu bersabar sebaiknya. Pasti kerajaan tidak akan lupa akan janji yang diberikan. Kerana apa-apa perkara akan dikaji sebaiknya dan melalui pelbagai proses kelulusan.
ReplyDeleteAkhirnya Kota Merudu mendapat apa yang dijanjikan oleh kerajaan kepada kawasan tersebut.
ReplyDeleteSyabas dan semoga rakyat di Kota Merudu pandai menilai siapakah yang benar dapat memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.
DeleteSemoga kerajaan akan memastikan yang mana apa yang dirancang itu akan dilaksanakan sepenuhnya.
ReplyDeleteKegagalan menunaikan janji akan mendatangkan impak yang amat negatif.
ReplyDeleteSemoga peruntukan ini dapat membangunkan lagi ekonomi tempatan.
ReplyDeleteSemoga projek ini mencapai kejayaan.
ReplyDelete