Wednesday, 3 October 2012

KEHADIRAN PTI BIMBANGKAN RAKYAT SABAH




Oleh: KREW  SABAHKINI.NET

TUARAN : Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyatakan kehadiran pendatang asing secara sah atau tanpa izin di Sabah tidak menggugat keselamatan dan keadaan adalah terkawal seperti di negeri lain, adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih berkata, kehadiran tidak terkawal begitu ramai pendatang asing secara mendadak melebihi penduduk di negeri ini mengundang kebimbangan terhadap kerharmonian dan keselamatan rakyat tempatan negeri ini akan tergugat pada masa akan datang.

Ghulabddin menyifatkan kenyataan Nazri itu sekadar melepaskan 'batuk ditangga' dan meminta agar menteri itu meletakan jawatannya kerana ia membuat perbandingan tidak tepat terhadap  permasalahan dan persoalan pendatang asing di Negeri Sabah yang dinyatakannya sama terkawal seperti di negeri lain di negara ini.

"Saya ingin menasihatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu apabila menyatakan mengenai pendatang asing di Sabah agar merujuk nasib dan masa hadapan rakyat tempatan di negeri ini yang akan terancam dengan kehadiran dan pengeluaran kerayataan kepada pendatang asing."

Ghulabddin kesal kerana Nazri berkata pemantauan berjalan dengan baik dan penguatkuasaan dikenakan kepada semua pendatang, baik sah atau tanpa izin.

"Hingga 19 September lepas, sejumlah 70,327 pendatang tanpa izin telah diusir dan dihantar pulang ke negara asal," katanya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing (Tuaran) di Dewan Rakyat, kelmarin.

"Kenyataan terbuka Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad baru-baru ini yang secara tiba-tiba  muncul menyuarakan sokongan kuat terhadap pemberian kerakyatan kepada bilangan warga asing yang besar di negeri ini boleh dijadikan rujukan oleh Nazri," kata Ghulabdin yang juga Timbalan Pengerusi Koperasi Serbaguna SANYA Berhad Sabah (KOSAN).

Beliau mempersoalkan jaminan Nazri yang kehadiran pendatang asing secara sah atau tanpa izin di Sabah tidak mengugat keselamatan dan keadaan adalah terkawal, sedangkan Tun Mahathir dalam kenyataan terbukanya itu yang disokong oleh penghasilan sebuah buku yang berjodol 'IC Projek: Agenda Tersembunyi Mahathir' mengandungi banyak kebenaran dan mengundang kebimbangan terhadap nasib masa depan rakyat negeri ini.

Berdasarkan kepada satu soalan di Parlimen tahun lepas, penduduk Sabah yang berjumlah 651,304 pada tahun 1970 telah meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian. Bagaimanapun, bagi tempoh dua dekad selepas itu, populasi Sabah meningkat secara ketara kepada 1.5 juta dan dicatat pada 2,468,246 orang menjelang tahun 2000.

Sehubungan dengan kenyataan tidak tepat dari Nazri ini, Haji Ghulabdin mengesa agar siasatan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bagi meneliti isu pendatang tanpa izin di Sabah dipercepatkan supaya perkara yang ditunggu sekian lama itu akan dapat menjalankan sisatan secepatnya secara menyeluruh serta melaporkan keputusan penuh siasatan tersebut dengan kadar yang segera.

"Kami selaku rakyat asal di Sabah mahukan agar sisatan RCI ini juga merujuk kepada peruntukan di bawah perjanjian 20 perkara yang menjadi dasar pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang menyebut walaupun isu-isu dokumen pengenalan tertakluk di bawah Kerajaan Persukutuan, namun pihak-pihak berkuasa tempatan negeri mesti juga dirujuk apabila meluluskan kerakyatan kepada orang asing.

"Rakyat negeri ini telah sekian lama menunggu untuk Kerajaan Persukutuan menyelesaikan kehadiran begitu ramai pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini, yang telah begitu selesa mendapat peluang dan menikmati pelbagai kemudaahan yang sepatutnya khusus untuk penduduk tempatan sahaja," kata Haji Ghulabdin dengan nada yang amat kesal.

21 comments:

  1. kalau rakyat sabah bimbang, kenapa banyak diurang kasi sewa tanah sama PTI? hairan butul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..Kehadiran warga asing yang tidak terkawal boleh menguggat keamanan Negera juga.

      Delete
  2. what nazri said has some truth in it....sabahans should note this that sabah, in spite of the immigrants from philippines and indonesia, sabah is still very safe...

    ReplyDelete
  3. if this was such a worrying state, why dont sabahans stand and voice out instead of politicians doing it...

    ReplyDelete
  4. sooo, it would be better to hear from the rakyat rather than the opposition leaders...

    ReplyDelete
  5. "Rakyat negeri ini telah sekian lama menunggu untuk Kerajaan Persukutuan menyelesaikan kehadiran begitu ramai pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini, yang telah begitu selesa mendapat peluang dan menikmati pelbagai kemudaahan yang sepatutnya khusus untuk penduduk tempatan sahaja..." >>>>>>>>>> what about the indonesian and filipino government? they should do something about this too...

    ReplyDelete
  6. Menurut berita yg saya baca, jabatan imigresen telah memperkenalkan program 3+1 bagi mengatasi masalah kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.

    ReplyDelete
  7. Kenyataan Pengarah Jabatan Imigresen tentang permohonan PTI:

    Pengarah Jabatan Imigresen, Mohammad Mentek berkata di bawah program itu, semua permohonan yang melibatkan PTI akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan pas khas (RM100), dan majikan dibenarkan untuk memohon Journey Perfomed Visa (JP Visa) dengan bayaran RM500 tertakluk pada kelulusan.

    ReplyDelete
  8. Banyaj permintaan & kelewatan pengeluaran passport antara fakto mengapa program ini dijalankan:

    Menurut Mentek lagi, program itu diperkenalkan setelah menyedari hakikat kelewatan pengeluaran pasport oleh konsulat berkenaan khususnya kepada pekerja asing yang berdaftar di bawah Program 5P (Pendaftaran, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran) di negeri ini.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan negeri pun sudah bagi persetujuan:

    Tambah Mentek, “Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperkenalkan program 3+1 bagi mengatasi masalah kebanjiran PTI di negeri Sabah,”

    ReplyDelete
  10. Jangan bimbang tentang PTI & program imigresen ini, kerana:

    "program ini hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai pasport dikeluarkan oleh konsulat masing-masing dan mestilah berada di negeri ini ketika pasport dikeluarkan".

    ReplyDelete
  11. Tambahan kepada 'assurance' yg diberikan oleh Jabatan Imigresen:

    “Dan pasport berkenaan tidak mempunyai sebarang endorsemen ataupun kosong di dalamnya. 3+1 ini hanya sah sehingga 30 November 2012,” (Mohammad Mentek)

    ReplyDelete
  12. Of course we do. We are genuine Sabahans!

    ReplyDelete
  13. The influx of illegals in Sabah has caused so many problems.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pati adalah ibu segala masalah di sabah...maka memang patut punca masalah2 ini diselesaikan segera.

      Delete
    2. PATI membebankan kerajaan dengan hutang2 hospital, kos untuk banduan PATI di penjara, malah rakyat Sabah tidak lena tidur sebab sering dihantui dengan kejadian2 jenayah yang banyak dilakukan oleh PATI kebelakangan ini.

      Delete
  14. I'm awaiting the RCI to help us get rid of this.

    ReplyDelete
  15. Dompok said today it is unfair for people to criticise the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in Sabah as it had yet to begin its duties.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita harus beri ruang dan peluang kepada RCI ini untuk melakukan tanggungjawab mereka sebelum kita kritik..

      Delete
    2. buat apa kritik kalau laksana pun belum. kita belum tau RCI ni berkesan ka tidak. kalau tidak berkesan, baru cuba kaedah lain pula nanti.

      Delete
  16. the government was serious in handling issues worrying Sabahans such as the increasing number of illegal migrants in the state.

    ReplyDelete