Oleh : FAHMI REZA
PESAWAT aku tiba di Lapangan
Terbang Kuching dari Kota Kinabalu pada jam 9:15 pagi 24 September 2012. Setiba
di Check-Point Imigresen, IC aku telah ditahan dan aku diminta untuk mengikut Pegawai
Imigresen yang bertugas ke Pejabat Imigresen.
Foto di atas diambil di
Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kuching selepas aku ditahan dari memasuki
Sarawak dan diserahkan Notis Penolakan masuk oleh Timbalan Penolong Pengarah
Imigresen Sarawak.
Berikut adalah rakaman
perbualan aku dengan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sarawak, Norhayati di
pejabatnya pada jam 11:30 pagi 24 September 2012 lalu.
NORHAYATI: Jabatan Ketua
Menteri mengatakan yang encik ini tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.
FAHMI REZA: Sebab apa?
NORHAYATI: Itu kamu kena berhubung
dengan sana lah.
FAHMI REZA: Dia tak tulis
kenapa? Dia hanya tulis nama saya dalam senarai syak?
NORHAYATI: Dalam senarai
syak arahan dari Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Tentang kenapa tidak boleh
masuk itu saya tidak mengetahui lah.
FAHMI REZA: Boleh saya tahu
sejak bila?
NORHAYATI: Sejak 12 April
2011. Menerima arahan dari JKM untuk kemasukan kitak di sini lah. Jadi arahan
dia begini, tolak kemudahan masuk dan saya kena laporkan ke Bahagian
Keselamatan lah. Saya ini menerima arahan saja.
FAHMI REZA: Pn. Norhayati
bawah Imigresen?
NORHAYATI: Ya, saya bawah
imigresen. Imigresen menerima arahan dari sana. Faham?
FAHMI REZA: Sejak 12 April
2011? Dia ada cakap berapa lama?
NORHAYATI: Tak tahu lah
berapa lama dia cakap. Selagi nama tu masih di sana, selagi itulah...
FAHMI REZA: Jadi macam mana
saya nak check?
NORHAYATI: Encik boleh
berhubung dengan Bahagian Keselamatan di Sarawak ini lah. Kena berhubung di
sana. Nombor telefon 245661 extention to Bahagian Keselamatan Kuching. Saya
rasa Bahagian Keselamatan pun mengikut arahan jugak. Kami di bahagian pintu
masuk ni, terima arahan lah, listed memang tidak boleh masuk. Kenapa ada
apa-apa yang mahu share dengan saya kah?
FAHMI REZA: Saya nak tahu
kenapa saya tak dibenarkan masuk, itu saja. Ini first time saya datang Sarawak.
Rancang nak jalan-jalan di Sabah & Sarawak. Baru pergi KK (Kota Kinabalu)
tujuh hari...
NORHAYATI: KK dapat masuk
lah?
FAHMI REZA: KK tak ada
apa-apa masalah. Saya terkejut sebab sejak April 2011 lagi saya dilarang masuk
Sarawak. Sekarang dah September 2012.
NORHAYATI: Ini adalah notis
arahan yang tidak membenarkan kitak masuk bawah Seksyen 65(1). Ini salinan
untuk kitak.
NORHAYATI: Kami ni hanya
menerima arahan saja. Yang selebihnya kena berurusan dengan Jabatan Ketua
Menteri lah. Arahan tu dari sana lah. JKM Sarawak. Okay Fahmi. Fahmi kah nama
tu? Masih belajar kah?
FAHMI REZA: Tak, sudah
bekerja.
NORHAYATI: Kerja mana?
FAHMI REZA: Kerja sendiri.
Buat kerja graphic design.
NORHAYATI: Okay lah.
FAHMI REZA: Okay lah. Tak
ada apa saya boleh buat kan? Bukan boleh saya merayu ke apa?
NORHAYATI: Saya pun tidak
boleh apa-apa buat. Merayu dengan saya pun tidak guna juga. Saya menerima
arahan dari sana saja. You cakap sama lawyer nanti, merayu dengan saya pun
tiada guna juga. Kalau arahan dari sana cakap boleh masuk baru boleh masuk. Itu
saja.
Selepas 3 jam ditahan di
airport, aku kemudian telah di 'escort' oleh tiga pegawai imigresen beruniform
sehingga ke tangga pintu masuk pesawat AirAsia yang membawa aku pulang ke KL
dari Kuching pada jam 12:15 tengahari.
Inilah pengalaman aku
pertama kali hendak menjejakkan kaki di bumi Sarawak, terus dideportasi keluar
dari Sarawak tanpa diberi sebarang sebab atau penjelasan.
No comments:
Post a Comment