Oleh : DATUK SERI WILFRED
BUMBURING
RAKYAT di Sabah
sangat-sangat mengharapkan agar belanjawan kerajaan bagi tahun 2013 memberi
penekanan kepada masaalah yang besar di Sabah. Pertama-tamanya ialah masalah
Pendatang Tanpa Izin (PTI).
Namun semasa belanjawan ini
dibentang Perdana Menteri, tidak
menyentuh sama sekali masalah PTI di Sabah. Setelah RCI dibentangkan,
rakyat di Sabah mengharapkan kerajaan membentangkan program bagaimana masalah
ini diselesaikan.
Saya secara peribadi kecewa
kerana kerajaan seolah-olah tidak memberi perhatian terhadap masalah ini. Saya
telah membawa masalah ini berkali-kali dalam dewan ini dan akan saya terus
timbulkan perkara ini selagi tidak ada penyelesaian mutlak.
Pada 2 Oktober 2012 saya
bertanya dalam dewan ini mengenai penambahan mendadak jumlah penduduk di Sabah
sejak tahun 1960. Kerajaan menjawab dengan mengatakan bahawa kehadiran PTI yang begitu ramai itu tidak menggugat
keselamatan negeri Sabah.
Saya ingin menyatakan bahawa
jawapan ini tidak mencerminkan keadaan yang sebenarnya berlaku di Sabah. Laporan menyatakan bahawa 80% daripada jumlah
kejadian jenayah di Sabah adalah disebabkan oleh orang asing. Kehadiran PTI
sebanyak 889,779 di Sabah menyebabkan
timbulnya pelbagai masalah ekonomi dan social.
Orang asing sudah mula
menguasai aktiviti pekerjaan dan perniagaan di seluruh Sabah, seperti pemandu
teksi, menjual ikan dan menjual barangan runcit dan sayur-sayuran di
pasar-pasar mingguan. Kebun-kebun sayur hamper kesemuanya dikuasai olih mereka.
Penggunaan racun rumpai dan racun perosak yang tidak terkawal dan berlebihan di
kebun-kebun sayur yang mereka usaha adalah berleluasa.
Dalam perkara ini saya tidak
nampak apa-apa usaha oleh pihak berkuasan untuk mengawal keadaan ini kerana
kalau ini dibiarkan sudah tentu kesihatan rakyat Sabah akan terjejas dalam masa
panjang.
Di pasar mingguan di Sabah,
orang tempatan sudah kehilangan tempat berjual kepada orang asing. Sepatutnya
pihak kerajaan tempatan mengambil peranan untuk mempastikan rakyat Sabah diberi
keutamaan untuk berniaga. Kenapakah kerajaan terus menutup mata dan telinga
terhadap masalah ini?
Dewan Yang Mulia ini juga
harus tahu dan sedar bahawa kes-kes penyambungan air dan letrik di Sabah adalah
majoritinya disebabkan oleh orang asing. Oleh kerana activiti mencuri air dan
letrik ini sangat berleluasa di Sabah, maka ia menjadi bebanan yang besar oleh
pihak Jabatan air Sabah dan Lembaga Letrik Sabah untuk mengesan dan mengawal.
Ini menyebabkan kadar air
tak berpulangan (non-revenue water) tinggi di Sabah ia itu sebanyak 60 peratus,
yang tertinggi dalam Negara. Rakyat di Sabah juga masih bergelut dengan bekalan
elektrik yang sering kali terputus. Kehadiran pendatang asing ini memburukkan
lagi keadaan.
Dari segi perkidmatan awam
pula kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk menampung
perbelanjaan, umpamanya Kementrian kesihatan memaklumkan bahawa kementrian
tersebut membelanjakan sebanyak RM12 juta ke atas perkhidtmatan kesihatan
kepada orang asing sedanagkan rakyat tulen di Sabah terpaksa bergelut dengan
mutu perkhidmatan kesihatan yang masih rendah.
Saya minta kerajaan jelaskan
kepada rakyat di Sabah kenapa Sabah ini dibiarkan dibanjiri oleh PTI? Mereka
ini bukan saja berada kawasan bandar dan tempat-tempat tertentu; tetapi mereka ini juga berada di kawasan
perkampungan tempatan dan di ladang-ladang getah orang kampung.
Kenapa kerajaan gagal
melaksanakan tanggung jawap untuk menguatkuasakan undang-undang? Apabila orang
ramai melapurkan kehadiran PTI di sebuah kampung tidak ada tindakan yang
diambil sehinggakan orang ramai putus asa untuk melapur kepada pihak yang
berkenaan.
Saya mengalu-alukan
penubuhan Royal Commission of Inquiry (RCI) ke atas PTI di Sabah. Bagaimanapun
pertanyaan timbul kenapa kerajaan mengambil masa begitu lama membuat
pengumuman?
Kabinet telah meluluskan
penubuhannya dalam bulan Febuari 2012 tetapi pengumuman dibuat hanya pada bulan
Ogos. Inipun berikutan tekanan daripada kami. Terma yang diberi kepada RCI ini
hanyalah berbentuk penyiasatan dan tiada peranan untuk membuat cadangan atau
ketetapan ke atas apa-apa tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang
terlibat melanggar undang-undang.
Adakah kerajaan tunduk
kepada Bekas Perdana Menteri yang menentang penubuhan RCI? Rakyat di Sabah
berpendirian bahawa penubuhan RCI ini tidak serius, hanya setakat untuk cuba
meredakan kemarahan rakyat menjelang PRU 13.
Tugas pertama yang harus
dibuat oleh RCI ini ialah membersihkan senarai pengundi sabelum PRU 13 diadakan
kerana terbukti ramai daripada PTI ini sudah tersenarai dalam daftar pemilih.
Dalam semakan kami tidak
kurang daripada 250,000 dari mereka ini sudah disenaraikan sebagai pengundi di
Sabah. Ini termasuk mereka yang memegang kad pengenalan palsu.
Contohnya ialah pada 29
September 2012 dilapurkan seorang bangsa asing yang bernama Hasanudin Manna
yang memegang no kad pengenalan palsu bernombor 741029-12-5463 telah dijatuhi
hukuman satu tahun penjara dan denda RM3,000.00 ringgit.
Beliau mengaku membeli kad
pengenalan palsu tersebut dengan harga RM1,000.00. Saya percaya ini adalah
hanya sample yang kecil daripada beribu kad pengenalan palsu yang dimiliki oleh
PTI di Sabah.
Yang penting ialah panama
ini adalah dalam senarai pengundi. Beliau ini terdaftar sebagai pengundi di
Daerah mengundi Inanam Laut dalam kawasan DUN Karambunai dan kawasan Parlimen
Sepanggar.
“Pihak Suruhanjaya
Pilihanraya telah memberi jaminan bahawa tiada PTI terdaftar dalam senarai
pengundi. Bolehkah Suruhanjaya menjelaskan perkara ini? Kenapakah kerajaan
biarkan orang asing terlibat dalam sistem demokrasi Negara kita? Bukankah ini
satu penghianatan kedaulatan Negara?
Perkembangan Perdamaian
Kerajaan Pilipina
Kita sangat mengalu-alukan
pengumuman pelan perdamaian antara keajaan Filipina dan MILF baru-baru ini.
Sudah tentu ia akan mencetus satu kesetabilan politik di rantau ini. Saya
mengesah kerajaan mengambil peluang untuk mengambil langkah secepat mungkin
untuk mengatur kepulangan balik pelarian dari Negara itu yang diberi IM13.
Saya percaya mereka ini
inginkan balik ke tanah air mereka setelah wujudnya damai di negara mereka
sendiri. Peluang ini juga adalah yang terbaik bagi kerajaan untuk menyelesaikan
masaalah pendatang tanpa izin.
Saya menyeru kerajaan
berunding dengan kerajaan Filipina untuk mewujudkan satu kedutaan di Sabah
untuk membolehkan pengeluaran Passport kepada ribuan PTI di sana. Kad-kad
pengenalan yang telah diberi kepada PTI mesti ditarik balik dan diganti dengan
pasport demi untuk mempertahan dan menjaga kedaulatan Sabah di Malaysia.
Pengeluaran Padi/Beras Yang
Tidak Mencukupi
Saya ingin menyentuh
beberapa perkara dalam belanjawan. Pertamanya saya ingin menarik perhatian
kerajaan mengenai dengan kedudukan pengeluaran beras di Sabah. Pada ketika ini
Sabah hanya mengeluarkan 30% keperluan beras. Penurunan peratusan beras ini
disebabkan dua factor ia itu pertambahan penduduk khasnya kehadiran PTI yang
begitu banyak dan banyak sawah padi tradisional telah berkurangan kerana tukar
penggunaan.
Saya alu-alukan pembangunan
dan perluasan jelapang padi di Kota Belud. Namun saya kira ini tidak mencukupi.
Kawasan-kawasan padi lain harus dibangunkan. Sawah-sawah padi yang terbiar
perlu diusahakan semula secara sistematik.
Teknologi moden harus diguna
secara meluas dan bantuan jentera pembajak ditambah kerana salah satu masalah
yang besar di kalangan pesawah di Sabah sekarang ini ialah kekurangan jentera
pembajak. Saya berharap Skim Perlindungan Takaful Padi yang diperkenalkan dalam
belanjawan dapat mengalakkan petani padi untuk membangun semula sawah yang
telah terbiar.
Skim Bantuan Kebajikan
Perkara kedua yang saya
ingin sentuh ialah berkaitan dengan bantuan kebajikan kepada keluarga miskin.
Kementrian kebajikan telah membatalkan ramai penerima baru-baru ini. Saya ingin
bertanya kepada kementrian apakah sebabnya bantuan ini dibatal tanpa memberi
sebab yang jelas.
Di kawasan saya sendiri,
Tuaran, saya dimaklumkan seramai 900 bantuan telah dibatalkan. Saya perhatikan
ada di antara mereka yang sangat memerlukan juga dibatalkan. Saya melawat
seorang penerima yang sakit terlantar lebih dari 10 tahun dan beliau memaklumkan
saya bantuannya juga dibatalkan.
Projek Sekolah Menengah
Pekan Nabalu Yang Terhenti
Saya ingin bertanya kepada
Kementerian Pelajaran apakah sebab pembinaan SMK Pekan Nabalu tidak berjalan seperti
yang telah dijanjikan? Timabaln Menteri berjanji bahawa kerja-kerja pembinaan
akan bermula dalam tempuh 3 bulan semasa lawatan beliau dulu. Sekarang sudah
lebih setahun namun kerja-kerja pembinaan belum bermula. Di mana sudah janji ditepati?
Cyber
Café Haram
Saya ingin menarik perhatian
Kementerian Dalam Negeri mengenai kewujudan Cyber Cafe yang menjalankan
perjudian di kawasan saya di Tuaran. Saya dimaklumkan oleh orang ramai bahawa
terdapat 3 buah Cyber Cafe di pekan kecil Tamparuli dan 4 buah di Pekan Tuaran.
Tempat-tempat ini beroperasi
sekian lama dan dalam pengetahuan umum tetapi tiada tindakan dari pihak yang
berkenaan dan ada di kalangan orang tempatan bertanya sama ada tempat ini
mendapat perlindungan dari pihak tertentu. Saya minta kementrian mengambil
tindakan yang sewajarnya.
Permohonan Projek Mendesak
YAB Perdana Menteri pernah
meminta permohonan projek mendesak dari ahli-ahli Parlimen. Saya telah
menyampaikan permohonan 2 jambatan yang sangat diperlukan di kawasan saya.
Namun sehingga hari ini
tiada berita. Saya kecewa kerana peruntukan pembangunan tidak diagehkan sama
rata sebab peruntukan sebanyak $430 juga dibahagi kepada satu pulau saja di
Semporna; sedangkan kawasan-kawasan lain sangat memerlukan projek mendesak.
“Memandangkan masa untuk
saya tidak mengizinkan, saya hanya menyentuh beberapa perkara secara ringkas
sahaja. Pertamanaya saya tertarik dengan cadangan kerajaan udntuk membina Pasar
Ikan Rakyat.
Saya mengalu-alukan cadangan
ini kerana ia sangat bersesuaian untuk Sabah disebabkan orang asing hampir
menguasai pemasaran ikan di Sabah. Harga ikan sudah melambung tinggi hingga ke
tahap lebih 100%.
Saya juga ingin menyentuh
tentang pengumuman pelan pembangunan pendidikan untuk tempuh 2013 hingga 2025.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan sama ada perundingan dan perbincangan
dengan pihak-pihak yang berkaitan seperti kumpulan ‘educationist’, NGO dan
lain-lain sudah dijalankan untuk mendapat pandangan mereka?
Kita mengharapkan dengan
pelan ini mewujudkan dasar pendidikan yang tetap dan berpanjangan. Nampaknya
dasar pendidikan kerajaan banyak berubah dalam tempoh yang singkat seperti
bahasa pengajar mata pelajaran Sains dan Matematik.
Saya juga ingin menarik
perhatian kerajaan kepada projek perumahan Kg Mengkabong di Kawasan saya di
Tuaran yang menelan perbelanjaan sebanyak RM80 juta. Sudah tentu projek ini di
alu-alukan namun saya lihat ia dilaksanakan tanpa perancangan yang teliti.
No comments:
Post a Comment