Oleh : ABU BAKAR ESAH
REPLIKA....Azizah
menyampaikan replika cek bantuan sebanyak RM22,624.60 untuk peyambungan bekalan
elektrik di Kg Bakalau, Beaufort, baru-baru ini.
BEAUFORT: Penghuni 25 rumah
Kg Bakalau yang bergelap untuk beberapa lama di sini akan menikmati cahaya
kehidupan yang baru selepas bantuan talian penyambungan bekalan elektrik oleh
kerajaan Barisan Nasional.
Bantuan talian bekalan
elektrik dan pemasangan 14 tiang menuju ke rumah penduduk berkaitan itu
membabitkan kos berjumlah RM22,624.60.
Majlis penyerahan bantuan
disempurnakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk
Azizah Mohd Dun.
Azizah berkata bantuan itu
membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin terhadap keprrluan rakyat
dalam kehidupan seharian.
“Kerajaan mendengar denyut
nadi rakyat dan pemimpin BN sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah
rakyat. Hari ini dengan bantuan ini peduduk di sini tentu akan menjalani
kehidupan yang lebih selesa,” katanya sambil menyeru penduduk agar terus
menyokong kerajaan BN demi kesinambungan pembangunan.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias juga mengingatkan agar penduduk tidak terpedaya
dengan putar belit dan dakya pihak pembangkang yang hanya mahu meracuni fikiran
rakyat untk membenci kerajaan BN.
“Pembangkang hanya pandai
berjanji tapi tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikan kata-kata manis
mereka. Kerajaan BN telah lama berbakti kepada rakyat dan berjaya membangun
negera ini dengan baik. Justeru kita kita mesti terus beri sokongan kepada BN
dan menolak pihak pembangkang,” katanya.
No comments:
Post a Comment