KOTA KINABALU: Parti MCA
Bahagian Penampang memutuskan tidak akan menerima dan menyokong mana-mana
‘orang luar’ yang dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) N.19 Kepayan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Ketua Bahagian MCA
Penampang, Senator Datuk Paul Kong, berkata bahagian itu hanya akan menerima
dan menyokong mana-mana pemimpin atau ahli dari bahagian MCA Penampang yang
telah dicalonkan untuk bertanding kerusi berkenaan dalam Pilihanraya Umum
ke-13.
Ia adalah antara resolusi
yang dibangkitkan pada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian MCA Penampang yang
dirasmikannya di Hotel Tang Dynasty di sini kelmarin.
Paul berkata MCA Penampang
juga menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengumumkan dengan serta-merta
pengerusi, ahli-ahli dan terma rujukan (TOR) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
untuk menyiasat pendatang haram/isu projek IC yang telah diumumkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, awal bulan ini.
“Kami juga menggesa kerajaan
mendaftar semula semua rakyat Sabah dalam usaha untuk menyingkir rakyat
Malaysia di Sabah yang haram,” katanya.
Selain itu, Paul berkata MCA
Penampang menggesa Kerajaan Persekutuan untuk segera membina sebuah sekolah
baru Cina utama di Kepayan, Penampang kerana permintaan untuk kemudahan
persekolahan itu banyak kali disuarakan.
“Kami juga menggesa Kerajaan
Persekutuan dengan segera meluluskan pengiktirafan Sijil Pelajaran Bersepadu
(UEC) untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah Cina, dan
membenarkan bangunan sekolah menengah Cina bebas yang baru,” katanya.
Resolusi lain yang
dibangkitkan oleh MCA Penampang ialah menggesa Kerajaan Persekutuan untuk
segera membina Klinik Kesihatan Penampang baru yang dicadangkan dan telah
diluluskan beberapa tahun lalu.
Ia juga menggesa kerajaan
negeri untuk segera mengkaji semula dasar yang mengurangkan hak milik 999 tahun
pajakan tanah asal kepada 99 tahun selepas sebidang tanah pajakan 999 tahun
telah dibahagikan untuk pembangunan.
Selain itu, ia menggesa
kerajaan negeri segera mengkaji semula dasar perlu mendapatkan Lembaga Pusat
untuk ‘menyokong’ semua pelan pembangunan yang telah diluluskan oleh pelbagai
pihak berkuasa tempatan di negeri ini serta menggesa kerajaan negeri mengkaji
semua undang-undang bangunan tahun 1950-an yang telah lapuk. (UB)
Hopefully the government will consider appointing candidates from MCA Sabah.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
May the best candidate win during the next general elections.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
sebaiknya ambillah calon orang tempatan berbanding orang luar.
ReplyDeleteBagus pilih calon yang asalnya dari kawasan itu juga.
ReplyDeleteMemang ramai penduduk yang menyuarakan agar pemimpin yang mewakili kawasan mereka biarlah anak jati dari kawasan tersebut.
DeleteMungkin kerajaan boleh mempertimbangkan permintaan MCA.
ReplyDeleteApa pun buatlah perbincangan yang terbaik bagi perkara ini. Ini bagi memastikan kata sepakat dapat diterima.
ReplyDeletepenyelesaian yang berkesan pasti memberi impak yang positif kepada parti.
DeleteOrang luar yang hanya membawa agenda peribadi memang patut ditolak.
ReplyDeletesaya sangat2 bersetuju dengan point ini “Kami juga menggesa kerajaan mendaftar semula semua rakyat Sabah dalam usaha untuk menyingkir rakyat Malaysia di Sabah yang haram,”..
ReplyDeletesaya harap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan untuk mendaftarkan semula warga Sabah atau semua rakyat Malaysia.. dan pastikan warga tempatan yang telah mendaftar diberikan MyKad baru yang lebih berkualiti dan tahan lama,, berbeza dengan MyKad sebelumnya..
ReplyDelete