Sunday, 1 July 2012

GMI: TUTUP SEGERA KEM KAMUNTING




Oleh : AHMAD FADLI KC


GERAKAN Mansuhkan ISA (GMI) menuntut agar kem tahanan di Kamunting, Perak ditutup segera dan dijadikan 'warisan negara'.

Saranan itu dibuat anggota sekretariat GMI, Ahmad Syukri Razab sewaktu upacara memasang lilin memperingati baki 45 tahanan ISA yang ditahan di kem berkenaan di Kamunting, Perak.

"Bebaskan semua 45 tahanan ISA. Kemudian kita minta wartakan kem ISA sebagai 'warisan negara' jadi tugu untuk memperingati hakikat rakyat negara ini pernah dizalimi," laung Ahmad Syukri penuh bersemangat dalam ucapan di perhimpunan itu.

Syukri jug menuntut agar dakwaan seksaan terhadap tahanan ISA disiasat Kementerian Dalam Negeri

Upacara itu yang berlangsung berhampiran Ibu Pejabat Polis Bukit Aman disertai kira-kira 40 aktivis GMI yang terdiri daripada isteri bekas tahanan ahli keluarga tahanan ISA.

Seorng daripadanya ialah Hadijah Veeravu, ibu kepada Fadzullah Abdul Razak yang turut hadir kelihatan sebak sewaktu bercerita tentang kerinduan terhadap anaknya yang sudah sepuluh hari melancarkan mogok lapar.

"Memang siang malam teringat, makan pun teringat.

"Dia tak cerita (tentang penyiksaan di kem) tapi sebagai ibu makcik dapat rasa.

"(Rindu) sampai badan makcik pun sakit-sakit," katanya ketika ditemui di program tersebut, malam tadi.

Wakil media yang hadir turut terkesan dan dan sebahagiannya kelihatan cuba menyembunyikan perasaan sebak mereka.

Selain dari ucapan-ucapan aktivis, upacara malam tadi turut diselang-seli deklamasi puisi mengutuk penahanan ISA yang masih berterusan walaupun akta itu sudah dimansuhkan.

Aktivis GMI, Benz Ali mendeklamasikan puisi berjudul 'Jentik dan Goblok' dengan penuh bersemangat selama kira-kira sepuluh minit.

Majlis berakhir selepas kira-kira satu setengah jam berlangsung.

Esok, sebahagian daripada mereka akan ke Kamunting untuk melawat tahanan.

10 comments:

  1. Hope that Najib will walk the talk to abolish the ISA and shut down the Kamunting camps.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. We should stop detaining people without giving them the chance to defend themselves in trial.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengganti ISA tidak akan membuat tahanan tanpa bicara.

      Delete
  3. ISA dan dimansuhkan, kem Kamunting mgkimn tidak digunakan lagi.

    ReplyDelete
  4. Kena kenalpasti mana tahanan ISA yang boleh dibebaskan dan mana yang tidak boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kem Kamunting ditutup, tahanan yang masih belum boleh dibebaskan letak mana juga nanti?

      Delete
  5. Kita sudah sedia maklum yang mana ISA akan dimahsuhkan. Jadi apa-apa yang berkaitan dengan ISA perlulah dibatalkan semua.

    ReplyDelete
  6. Pemansuhan ISA pasti akan diganti dengan akta yang relevant pada zaman kini.

    ReplyDelete
  7. sebelum tahanan ISA ini dibebaskan, baik mereka semua ini dibicarakan dahulu di mahkamah.. mana la tau ada antara mereka yang benar2 telah melakukan jenayah.. mana boleh suka2 dibebaskan..

    ReplyDelete