Oleh : MUTALIB M.D
MANTAN Timbalan Presiden
UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing meminta media dan pemimpin
politik di Sabah tidak membuat spekulasi berhubung hala tuju beliau dalam politik
kerana beliau akan membuat pengumuman rasmi pada ahad ini.
Bumburing berkata demikian bagi mengulas artikel Free Malaysia Today (FMT) bertajuk
'APS, Bumburing’s New Vehicle'.
"Angkatan Perubahan
Sabah atau Sabah Reform Front (SRF) bukanlah sebuah parti politik sebagaimana yang
didakwa oleh FMT. SRF juga bukan satu organisasi yang akan ditubuhkan oleh saya,"
kata Bumburing yang menolak spekulasi pelbagai pihak terutama pemimpin BN dan
pembangkang.
Tegas Bumburing, SRF
hanyalah satu alogan untuk satu pergerakan politik yang akan berjuang bersama-sama
dengan parti politik lain dalam Pakatan Rakyat.
"Seeloknya tunggulah
saya buat pengumuman rasmi pada ahad nanti dan menjelaskan halatuju politik
pergerakan ini," kata Bumburing yang mengakui terus mengekalkan hubungan
baik dengan pemimpin UPKO sekalipun telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi
Barisan Nasional Tuaran.
SRF juga kata Bumburing, tidak
ada kaitan langsung dengan Dr Jeffrey Kitingan atau STAR.
"Oleh itu, saya menyeru
kepada pihak tertentu, khususnya mereka yang gemar membuat laporan berasaskan
andaian untuk mendapat fakta sebenar sebelum menerbitkan laporan mereka,"
kata Bumburing yang menghargai peranan media yang menjaga kredibiliti dan
profesionalisme mereka.
SRF bukan parti politik, tapi ia akan digunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.
ReplyDeleteSRF dikatakan satu alogan untuk satu pergerakan politik yang akan berjuang bersama-sama dengan parti politik lain dalam Pakatan Rakyat. Jadi maksudnya Bumburing memang akan sertai PR.
ReplyDeleteMungkin akan ke arah pembangkang la Bumburing ni
DeleteBa, tunggu sajalah pengumuman ayang akan dibuat oleh Bumburing ahad ni. biar terjawab semua persoalan tu.
ReplyDeleteBaik Bumburing bersara sahajalah dari dunia politik.
ReplyDeleteIm sure Bumbering will still strike the best for the people either he is leaving to opposition.
ReplyDeleteLet wait and see where Bumbering will go after thi.
ReplyDeletePasti ramai yang membuat spekulasi mengenai halatuju Bumburing
ReplyDeleteApa pun yang pasti SRF ini dikatakan sebagai sebuah persatuan NGO.
ReplyDeleteYang pasti sekarang ini persoalan yang timbul mengenai Datuk Bumburing terjawab juga. Yang mana beliau telah pun meletakkan jawatan dan juga keluar daripada BN.
ReplyDeleteBumburing tahu dimana yang patut dituju selepas ini. Tambahan lagi APS antara pilihannya nanti.
ReplyDeleteKalau kita lihat sekarang ini isu yang paling hangat di Tuaran adalah mengenai Bumburing Keluar UPKO/BN. Di Beaufort pula mengenai Datuk Lajim keluar UMNO/BN. Apa sudah jadi sekarang ini? Mahu ikut jejak Jeffrey dalam politik katak si Lompat katak.
ReplyDelete