Oleh
: JEFRON JAIMIN
SETIAUSAHA
Agung, Datuk Henrynus Amin, menyelar Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kerana Dr.
Jeffrey menegur abangnya, Tan Sri Pairin Kitingan yang tidak berhenti-henti
menghimpunkan pujian ke atas Ketua Menteri Datuk Musa Aman dan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau
berkata, PBS pastinya kecewa dengan tindakan terbaru Dr Jeffrey Kitingan yang
mengkritik abangnya sendiri yang merupakan presiden PBS, anggota Parlimen
Keningau dan anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan, kerana memuji kepimpinan
BN negeri dan persekutuan.
"Apa
salahnya untuk menyatakan penghargaan parti kepada kepimpinan BN negeri dan
persekutuan atas semua perkara baik yang telah dilakukan demi manfaat rakyat
Sabah?" soalnya. “Ini mencerminkan keyakinan PBS terhadap kepimpinan dan
dasar-dasar Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.”
Saya
ingin menjawab soalan Henrynus, seperti berikut:
Para
pemimpin atasan PBS nampaknya tidak sedar atau sengaja tidak menerima hakikat,
bahawa sebenarnya kedudukan mereka di hati rakyat, terutama rakyat Kadazandusun
dan Murut di Sabah, sudah lama luntur, pudar dan basi.
Kita
tidak lagi nampak apa-apa yang membanggakan dengan tindakan Pairin yang
mempunyai imej pengampu, berdiri di belakang Musa dengan senyum akur, menyokong
dan memuji para pemimpin Umno, seolah-olah Pairin sudah menemui satu barisan
idola yang disembahnya; yang kasut mereka mesti digilap siang dan malam.
Orang
KDM sudah lama memandang ini sebagai sesuatu yang sangat memalukan bangsa
mereka! Mereka malu Huguan Siou mereka bersikap pengampu, seperti kerbau
dicucuk hidung, seolah-olah Huguan Siou itu telah kehilangan pedangnya, telah
tumpul giginya dan telah bisu mulutnya.
Paling
terasa juga, Pairin sebagai Huguan Siou, ketara sudah buta matanya kepada
kehilangan maruah bangsanya dan telah pekak telinganya kepada rentetan 1001
rungutan, resah gelisah, kekecewaan, frustrasi dan ketakutan mereka sebagai
satu bangsa gagah berani yang telah mewarisi tanah Kinabalu ini sejak zaman
puntung berasap!
Apa
erti 'Huguan Siou'? 'Hugu' (lugu) bermakna teras (bahagian keras di bahagian
tengah batang kayu) dan 'Siou' bermakna berani. Maka 'Huguan Siou' bermakna 'Yang
Paling Berani'.
Di
zaman dahulu 'Huguan Siou' di Penampang adalah 'Ketua Pejuang' untuk melindungi
wilayah yang diduduki oleh orang Kadazan daripada serangan musuh. Dia berani
berkorban, berani berperang, berani mati semuanya untuk kepentingan bangsanya.
Dalam
makna perjuangan yang agak berbeza, tetapi dengan konsep yang sama, Huguan Siou
hari ini juga diharapkan untuk berjuang menentang apa juga pihak yang cuba
menjatuhkan bangsa Kadazandusun sama ada secara halus atau terang-terangan.
Dalam
keadaan Pairin, Umnolah musuhnya sejak dari mula, Umnolah yang telah mengganggu
gugat pemerintahan PBS sejak 1985 hinggalah kuasa PBS yang diperolehi dari undi
sah telah dirampas oleh Umno pada tahun 1994.
Sejak
itu juga Umnolah yang berusaha menjatuhkan kedudukan KDM sebagai peneraju
kepimpinan di Negara Kinabalu. Orang Semenanjung selalu berkata bangsa Kadazan
adalah ”Bangsa yang paling degil di Malaysia”; semenjak zaman Donald stephens
dan Peter Mojuntin, maka bangsa perlu dikontrol dan diajar.
Kerana
satu masa dulu KDM merupakan bangsa yang majoriti di Sabah dan jumlah dan susunan
kawasan pilihanraya negeri memberi kelebihan bagi KDM untuk membolehkan mereka
memerintah, maka Umno telah mengubah kembali sempadan-sempadan pilihanraya. Sekarang
sudah mustahil kawasan KDM boleh melebihi yang lain dan memerintah sebagai
kumpulan majoriti.
Di
samping itu Kuala Lumpur juga telah melaksanakan Projek IC secara rahsia.
Tetapi rahsia ini sudah terbongkar dan semua orang tahu inilah yang telah
menyebabkan penduduk Sabah meledak begitu dahsyat (meningkat 400% sejak
1970-an) hingga kita sekarang dibanjiri oleh para pendatang dari Filipina dan
Indonesia.
Akhirnya
Umno telah berjaya 'mengajar' orang KDM dan sekarang kita bukan lagi bangsa yang
paling degil tetapi bangsa yang sudah ditundukkan, sudah patah, sudah jinak,
sudah kalah. Untuk hidup mesti mahu pandai mengampu pada Umno!
Dalam
keadaan ini Pairin yang dipanggil 'Huguan Siou' dengan senyum lebar telah
meletakkan senjata dan tunduk dan mengampu kepada bekas musuhnya yang terus
memotong kaki KDM, menikam kita dari belakang dan dari depan, terus berusaha
untuk menjatuhkan maruah dan kedudukan KDM.
Sekarang
dengan secara halus dan rahsia Umno sedang membantu orang Pakistan, Suluk dan
Bugis untuk menjadi lebih kukuh kedudukan mereka di Sabah. Orang Bugis sekarang
menuntut untuk diiktiraf sebagai Bumiputera dan juga anak Negeri (Native). Manakala
Pairin terus berdiam diri.
'Huguan
Siou' dengan ekor disembunyikan di celah-celah kangkangnya, terus senyum lebar
dan mengangguk-angguk dan akur pada setiap cadangan dan perbuatan Umno.
PBS
mendakwa ia berunding dengan Umno (Henrynus berkata mengadakan 'constructive
engagement') untuk kebaikan KDM. Ini satu pembohongan besar yang dibuat hanya
sebagai alasan untuk terus menikmati gaji, elaun, pencen dan segala
kesitimewaan yang mereka nikmati dalam kerajaan BN. Sama ada bangsa mereka
terus ditindas dan terus tenggelam itu tidak penting bagi mereka!
Itulah
hakikatnya! Huguan Siou di sana sini dianggap oleh bangsa KDM sebagai 'Huguan
Talau' (Raja Penakut).
Di
sebaliknya Dr. Jeffrey, adiknya, pula yang paling lantang menentang rejim
Umno/BN, mendedahkan segala rupa penindasan dan penipuan yang dilakukan oleh
Umno.
Sejak
1980-an beiau telah mendedahkan perlanggaran-perlanggaran terhadap 20 Perkara; ditangkap dan masuk penjara dan kini terus
bersikap sebagai pejuang dan pembela yang tidak pernah lelah.
Saya
berpendirian bahawa 'Huguan Siou' sebenar ialah Datuk Dr. Ffrjeey Kitingan, bukan
Pairin yang penakut dan tidak bertanggungjawab. Pairin telah mengkhianati
bangsanya sendiri.
Maka
saudara dan saudari sebangsa saya, itulah sebabnya 'Sangat Silap' bagi Pairin
tunduk dan terlalu memuji Musa dan Najib. Pairin harus sedar bahawa setiapkali
dia memuji begitu, maruah bangsanya turun selangkah lagi dan mereka merasa
bertambah malu, kecewa dan terhina oleh perbuatan ’Huguan Siou’ mereka sendiri!
Henrynus berkata, ”Apa salahnya memuji?” Nah sekarang dia sudah dapat
jawapannya.
Henrynus
harus sedar bahawa dia juga adalah pengkhianat bangsanya. Dia pelakon pintar
yang terus mengangkat kaki, untuk kepentingan sendiri!
tidak ada salahnya pairin memuji Musa dan Najib, mereka adalah rakan seperjuangan.
ReplyDeleteCuma mereka yang tahu apa yang berlaku.
Deletejeffrey sering menyerang abangnya, kerana politik mereka tak sefahaman.
ReplyDeletePolitik tidak mengenal talian persaudaraan. harap perkara ini tidak menjadi lebih rumit.
DeleteConflict of interest that is why both can't work together.
DeleteHarap Pairin sebagai Huguan Siou dapat menjalankan peranannya dengan baik untuk kebaikan kaum KDM.
ReplyDeletePasti lagi satu persaingan hebat antara adik berdua ini.
ReplyDeleteSekarang dengan secara halus dan rahsia Umno sedang membantu orang Pakistan, Suluk dan Bugis untuk menjadi lebih kukuh kedudukan mereka di Sabah.
ReplyDeleteIni bukannya rahsia lagi sebenarnya, semua golongan jelas apa tindakan UMNo untuk mengukuhkan kedudukannya.
Jangan buat cerita. Kerajaan berusaha mengetatkan kawalan di sempadan dan segala undang2 untuk melindung negara dan rakyat.
DeleteRasanya Jeffrey takut dengan Pairin, yang mungkin akan bertanding lagi di Keningau & Tambunan. Jeffrey pasti akan bertanding di kawasan tu.
ReplyDeletePBS mampu membantu penduduk Sabah dengan sebaiknya. Jika tidak percaya cuba lihat yang mana PBS sentiasa mencuba yang terbaik untuk penduduk Sabah.
ReplyDeleteRAJA SEGALA KATAK dalam parti Sabah ialah JK. Inilah yang sesuai untuk JK yang tidak ada pendirian sendiri dan takut berjuang dan bersuara semasa dalam kerajaan. Memang tidak patut bertindak keluar Parti. Ini seperti mementingkan diri sendiri sebenarnya. Jeffrey perlu mencontohi abangnya sendiri yang mana tidak pernah undur walaupun apa yang diinginkan tidak diterima dan ditolak.
ReplyDeleteJeffrey Kitinga..
ReplyDeleteBukankah itu boleh dikatakan sebagai penakut dan pentingkan diri sendiri. Memang ada pendirian sendiri. Tapi ini sememangnya lebih kepada seorang yang penakut. Meninggalkan kawan yang berjuang bermati-matian, seperti Jeffrey meninggalkan kawan untuk mendapat apa yang diinginikannya.
sejarah menunjukkan bahawa banyak organisasi yang telah berusia puluhan tahun hancur. Apa sebab ini berlaku? Semuanya sejarah juga menunjukkan dalam kebanyakkan kes kehancuran organisasi itu bukanlah disebabkan oleh faktor luaran tetapi faktor dalaman organisasi itu sendiri.
ReplyDelete