Tuesday 2 October 2012

AGENSI KDN KERJASAMA DENGAN RCI




KOTA KINABALU : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan semua agensi di bawah kementeriannya memberi sepenuh kerjasama kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan khusus untuk menyiasat masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Katanya, pihaknya tidak mahu mengecewakan harapan penduduk Sabah yang mahu melihat satu penyelesaian terbaik dilakukan bagi menangani isu berkenaan yang tidak berkesudahan.

"Kita akan memastikan matlamat pembentukan RCI ini akan menjadi satu kenyataan dan detik sejarah Sabah. Ini adalah perkara yang amat dekat dengan hati rakyat Sabah sendiri.

"Daripada segi jangka masa penyiasatan, kita tahu agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri akan dipanggil, maka terserah kepada RCI. Kita akan buat apa yang patut," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima darjah kebesaran negeri Sabah, di Istana Negeri di sini hari ini.

Pada 21 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan watikah pelantikan kepada pengerusi dan anggota jawatankuasa RCI di Putrajaya. (Bernama)

12 comments:

  1. semua agensi kerajaan harus memberikan kerjasama penuh kepada RCi untuk menyiasat projek IC di sabah khasnya JPN kerana semua rekod pendaftaran kewarganegaraan disimpan oleh JPN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPN harus bertanggung jawab ke atas kemasukan PATI yang berganda jumlahnya.

      Delete
  2. dan diharapkan agar RCI dapat menjalankan siasatan tanpa sebarang kekangan dari mana2 pihak...

    ReplyDelete
  3. Everyone should not start undermining the credibility of the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in the state.

    ReplyDelete
  4. I believe the terms of reference of the RCI would include ways of tackling the issues, especially pertaining to the claims that people in possession of citizenship may be doubtful. That's why we come up with this RCI.-Masidi Manjun

    ReplyDelete
  5. Itulah yang terbaik untuk memastikan masalah ini akan lebih berkesan ditangani.

    ReplyDelete
  6. Kerjasama dapat memastikan usaha yang dibuat ini lebih baik. Maklumat akan lebih mudah diperolehi.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan pasti akan dapat memastikan RCI ini akan dapat menyelesaikan masalah PATI dan Projek IC yang berlaku di Sabah ini. Ini akan menambah lagi keyakinan rakyat kepada kerajaan jika perkara ini berjaya.

    ReplyDelete
  8. RCI harus membuktikan kepada rakyat bahawa pelantikan panel ini benar bertanggung jawab dan berkeupayaan menegakkan keadilan.

    ReplyDelete
  9. Golongan yang terlibat dalam projek ic harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  10. RCI dijangka memerlukan 6 bulan, rasa-rasa masa yang diperlukan adalah lebih panjang dari 6 bulan.

    ReplyDelete
  11. Rakyat menaruh harapan kepada RCI. Semoga RCI tidak menghampakan rakyat.

    ReplyDelete