KOTA KINABALU : Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan semua agensi di bawah
kementeriannya memberi sepenuh kerjasama kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) yang ditubuhkan khusus untuk menyiasat masalah berkaitan pendatang asing
tanpa izin di Sabah.
Katanya, pihaknya tidak mahu
mengecewakan harapan penduduk Sabah yang mahu melihat satu penyelesaian terbaik
dilakukan bagi menangani isu berkenaan yang tidak berkesudahan.
"Kita akan memastikan
matlamat pembentukan RCI ini akan menjadi satu kenyataan dan detik sejarah
Sabah. Ini adalah perkara yang amat dekat dengan hati rakyat Sabah sendiri.
"Daripada segi jangka
masa penyiasatan, kita tahu agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri akan
dipanggil, maka terserah kepada RCI. Kita akan buat apa yang patut,"
katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima darjah kebesaran negeri
Sabah, di Istana Negeri di sini hari ini.
Pada 21 Sept lepas, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan watikah pelantikan kepada pengerusi
dan anggota jawatankuasa RCI di Putrajaya. (Bernama)
semua agensi kerajaan harus memberikan kerjasama penuh kepada RCi untuk menyiasat projek IC di sabah khasnya JPN kerana semua rekod pendaftaran kewarganegaraan disimpan oleh JPN.
ReplyDeleteJPN harus bertanggung jawab ke atas kemasukan PATI yang berganda jumlahnya.
Deletedan diharapkan agar RCI dapat menjalankan siasatan tanpa sebarang kekangan dari mana2 pihak...
ReplyDeleteEveryone should not start undermining the credibility of the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in the state.
ReplyDeleteI believe the terms of reference of the RCI would include ways of tackling the issues, especially pertaining to the claims that people in possession of citizenship may be doubtful. That's why we come up with this RCI.-Masidi Manjun
ReplyDeleteItulah yang terbaik untuk memastikan masalah ini akan lebih berkesan ditangani.
ReplyDeleteKerjasama dapat memastikan usaha yang dibuat ini lebih baik. Maklumat akan lebih mudah diperolehi.
ReplyDeleteKerajaan pasti akan dapat memastikan RCI ini akan dapat menyelesaikan masalah PATI dan Projek IC yang berlaku di Sabah ini. Ini akan menambah lagi keyakinan rakyat kepada kerajaan jika perkara ini berjaya.
ReplyDeleteRCI harus membuktikan kepada rakyat bahawa pelantikan panel ini benar bertanggung jawab dan berkeupayaan menegakkan keadilan.
ReplyDeleteGolongan yang terlibat dalam projek ic harus dikenakan tindakan.
ReplyDeleteRCI dijangka memerlukan 6 bulan, rasa-rasa masa yang diperlukan adalah lebih panjang dari 6 bulan.
ReplyDeleteRakyat menaruh harapan kepada RCI. Semoga RCI tidak menghampakan rakyat.
ReplyDelete