Oleh : AHMAD FADLI KC
KETUA PEMBANGKANG, Datuk
Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu
beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat
lalu.
"Secara tradisinya Menteri
Kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani.
Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan
perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.
Menurut Anwar, Najib
sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet
itu.
Namun tambahnya, mereka
bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri
dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.
Beliau berkata demikian
sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan
mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak
daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.
"Permatang Pauh (Anwar)
boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik,"
katanya.
Anwar kemudian menjawab yang
statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.
"Tidak benar pendapatan
Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari
mana wang itu diperolehi?" kata Anwar.
No comments:
Post a Comment