Oleh: KREW SABAHKINI.NET
SEORANG Ketua Jabatan Kerajaan Negeri yang berpangkat ‘Datuk’ suka melancong ke luar negara untuk berehat, membeli belah, mencari ‘hiburan’ atau bermain golf seolah-olah ‘Tokoh Korporat’ yang berjaya dan mempunyai pendapatan lumayan setiap bulan.
Ketua Jabatan berkenaan sering meninggalkan pejabat dan menyerahkan urusan pentadbiran kepada Timbalannya menyebabkan banyak kerja tertunggak dan menjadi salah satu Jabatan yang menjadi ‘lubuk rasuah’.
Menurut sumber, ramai pelanggan tidak dapat menemui ‘Datuk’ tersebut untuk berurusan dan membuat aduan rasmi kepada menteri bertanggung jawab sehingga tembelangnya pecah kerana ‘ponteng kerja’ untuk tugas urut mengurut dan bermain golf.
Dengan gaji yang tidak seberapa, tidak mungkin ‘Datuk’ tersebut dapat berbelanja sakan mengalahkan Menteri Kabinet. Siapakah Datuk berkenaan? Hanya SPRM yang tahu kerana mereka sedang memantau pergerakannya ke luar Negara.
Kalau pasti dengan fakta cerita dedah kan saja siapa orang ini.Rakyat berhak untuk tahu bukan SPRM saja.
ReplyDeleteDi Bawah Seksyen 26 Akta SPRM tidak boleh dedahkan maklumat lanjut kerana ganggu siasatan. bila siasatan selesai kita akan dedahkan. jangan bimbang. rakyat perlu tahu, tapi ada pihak perlu rahsiakan sehingga semua saksi diambil kenyataan.
ReplyDelete