Tuesday, 11 January 2011

PEMIMPIN SABAH BAGAI KERBAU DICUCUK HIDUNG?



Saudara Pengarang,

BETULKAH bukan salah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman tetapi salah Menteri Persekutuan? Apa bezanya Musa dengan Menteri Persekutuan yang dimaksudkan oleh Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Kunsul Nahul?

Bagi saya rakyat bawahan ini, para pemimpin di Sabah ini sudah seperti kerbau yang dicucuk hidung kerana terlalu taksub kepada perintah Kerajaan Persekutuan sedangkan 20 Perkara mengatakan sebaliknya.

Berapa bilion sumbangan Sabah kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi kenapa kita seperti dianak tirikan? Saya kurang faham apa sebenarnya aspirasi dan hala tuju perjuangan pemimpin-pemimpin di Sabah ini kerana semakin jauh menyimpang daripada kehendak rakyat.

Saya harap semoga dengan pendedahan ini bukan sahaja Menteri Persekutuan akan berubah malah semua menteri Kabinet Sabah turut berubah dengan tidak terlalu menyalahkan Menteri Kabinet Persekutuan yang dianggap sebagai ‘musuh politik’ sebaliknya menjadikan mereka rakan kongsi bestari demi untuk memajukan Sabah yang terketinggalan 20 tahun di belakang Perlis!

Salam Hormat,

SABAHAN

No comments:

Post a Comment