Saudara Pengarang,
MERUJUK surat pembaca bertajuk ‘Bila D7 Bukit Aman Mahu Serbu Sabah?’ oleh Isteri Sengsara; Kami Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan juga ingin merayu ehsan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar mengarahkan Pegawai dari Unit FRU atau Pasukan PGA bersama Pegawai Tatatertib turun ke Sabah dan Labuan bagi membanteras semua kegiatan haram yang semakin berleluasa.
Kegiatan maksiat seperti pelacuran ‘berlesen’ yang mengunakan permit pelayan di Pusat Hiburan Labuan; Komputer judi haram; Empat ekor haram; judi pai kau dan sebagainya kerana penduduk di Pulau Labuan sudah tidak percaya dengan pihak berkuasa tempatan kerana serbuan mereka selama ini saling tak tumpah seperti ‘Gerak Khas The Movies.’
Tahun lepas kami pernah minta jasa baik Sabahkini.net menyiarkan satu artikel mengenai Komputer judi haram yang dibuka di sebelah Milimewa Supermarket (bekas Sugar Bun) di Labuan oleh Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) dan menerima Ahli (Membership) dengan bayaran RM20 seorang.
Kelab ini juga dikatakan mempunyai Lesen yang dikeluarkan Perbadanan Labuan dan Menteri Kewangan untuk menjalankan lesen komputer judi dan hanya ahli sahaja yang boleh masuk main judi; namun kami tidak percaya Malaysia ada keluar lesen komputer judi kepada persatuan tersebut atau persatuan lain selain dari Tan Sri Vincent Tan atau Kasino Genting World.
Yang amat menghairankan kami hairan ialah selepas artikel disiarkan oleh Sabahkini.net, Polis IPD Labuan terus menyerbu dan merampas lebih kurang 20 buah komputer dari premis itu dan berapa orang ditangkap. Dua minggu kemudian dipercayai komputer yang dirampas telah dikembalikan kepada PPPM dan kini beroperasi semula dengan tambahan beberapa komputer baru.
Di Labuan, bukan hanya premis tersebut yang menjalankan operasi mesin judi kerana sebenarnya ada 5 hingga 6 premis yang beroperasi sejak bertahun lalu tanpa diserbu.
‘Tauke Judi’ lebih tahu daripada anggota polis bawahan sepert Konstabel hingga Koperal jika ada pegawai dari Ibu Pejabat Polis Sabah turun ke Labuan. Anggota bawahan belum tahu, tetapi sindiket sudah mendapat maklumat awal yang tepat. Siapa yang membocorkan rahsia serbuan yang bakal dijalankan?
Kami pernah bertanya seorang pegawai kanan polis dan seorang lagi berpangkat Sarjan, kenapa mereka tidak serbu sedangkan kegiatan judi dan pelacuran kelihatan beroperasi di tengah Bandar? Alasan kedua pegawai ini ialah “Kami tak boleh buat apa. Cable OCPD dan sindiket dari KL itu besar sampai Bukit Aman dan IPK pun tak boleh buat apa.”
Pada mulanya kami berfikir kedua pegawai ini malas kerja atau terima rasuah dan memperbodohkan kami. Kawan saya cuba membuat aduan melalui Rakancop ke KL untuk meminta bantuan D7 Bukit Aman berapa kali tentang kegiatan haram beroperasi di pulau kecil ini dan tiada sebarang tindakan diambil sehingga sekarang.
Kami baru percaya bahawa kedua pegawai itu berkata benar dan kalau tidak kenapa sindiket boleh beroperasi sampai bertahun-tahun di Labuan. Cuba pembaca Sabahkini.net analisa sendiri bagaimana kita mahu percaya kepada pihak berkuasa seperti Polis, Kastam, Imigresen dan pendaftaran.
Mungkin lebih baik Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib memberi kuasa kepada Tentera untuk menyerbu kegiatan haram dan serah kepada Pihak polis kerana jika orang awam salur maklumat kepada pihak berkuasa tempatan, hanya memberi peluang mereka untuk membuat duit; tangkapan untuk berunding sahaja dan mereka mendedahkan identiti pihak yang membuat aduan sehingga membahayakan nyawa pemberi maklumat.
Jika Najib tidak dapat memantau Pemimpin dan Ketua Pengarah jabatan yang curang ini, kami percaya BN akan tumbang pada dalam PRU13 sekalipun rakyat meyaynagi BN namun mereka terpaksa memilih pembangkang disebabkan kegiatan buruk pegawai kerajaan ini yang rasuah dan salahguna kuasa.
Kami berpendapat bahawa Malaysia ada dua penyakit yang WAJIB diubat iaitu ‘Politik dan Rasuah’.
Melalui surat terbuka ini, kami sekali lagi beri TIPs pada pihak berkuasa dan lihat apa tindakan diambil selepas ini dan jika berfungsi kami akan teruskan salurkan lebih banyak maklumat akan datang melalui Sabahkini.net
A) Mesin/Komputer Judi Haram Di Labuan.
1. Disebelah kedai Milimewa Supermarket (Bekas Kedai Sugar Bun Labuan)
2. Di Pekan jati sebelah kedai Magnum 4D (tepi tangga Kedai Magnum tingkat 1)
3. Di kedai belakang kopi Kenturky (sebelah AM Bank)
B) GRO atau Pelacur berlesen mengunakan permit pelayan di pusat hiburan labuan.
1. Sport bar karaoke
2. Tip Top karaoke
3. Golden Key karaoke
4. Strawberry karaoke
5. Manila Cafe
6. Havana Karaoke
7. Ginza V 8
Hanya di beberapa premis ini sudah ada lebih 500 perempuan Filipina yang bekerja di lebih 42 pub dan karaoke dan kini kedai Pool House pun sudah mula menjual minuman keras dan GRO. Cuba anda teka berapa GRO dalam pulau kecil ini? Pihak berkuasa kata, Kerajaan bagi lesen Jadi ‘NO KOMEN’. Sekarang Labuan juga terkenal di seluruh dunia bukan IOFC tapi ‘Island Of Legal Prostitution’ atau Labuan Pulau Maksiat. Jika tidak percaya, lawat Labuan atau tanya kawan-kawan yang pernah ke Labuan.
Maklumat yang kami sampaikan ini hanya kulit kacang sahaja kerana jika ada tindakan, barulah kami akan salurkan lebih banyak kegiatan haram seperti Judi haram ‘Pai Kau’ dan Tauke Empat Ekor haram yg beroperasi berpuluh tahun dan dipercayai telah memberi rasuah lebih RM20,000 sebulan kepada pihak berkuasa tempatan.
Dalam tahun enam puluhan penduduk kampung nampak seorang anggota polis berpangkat L/koperal atau Sarjan, namun mereka hormat seperti OCPD, tapi zaman sekarang nampak Pegawai Kanan atau OCPD, mereka akan berludah dan menyumpah seranah. Kenapa? Pengarah jabatan pun sama dimaki hamun. Percaya atau tidak, tanya kepada saudara sendiri atau kawan rapat betulkah. Apa maksud INTEGRITI AMALAN KITA. Kami tak faham?
Salam Hormat.
TRUE MALAYSIAN & RETIRED OFFICER.
7 tahun dahulu saya pernah keja di Labuan selama 2 tahun....macam pula saya berada di bandar Manila...banyak gadis filipina seksi-seksi dan tahan sejuk pula tu ditengah-tengah malam...laku macam goreng pisang...arak?.murah-murah....GRO..cantik tahap dewi..Operasi Benteras Maksiat?...entahlah..
ReplyDelete