Saudara Pengarang,
Dalam isu tanah yang berlaku di Semporna, salah seorang pemilik tanah di jalan Kastam Semporna telah membuat laporan dan bantahan kepada pihak Hasil Bumi di Kota Kinabalu bagi mendapatkan pengesahan tindakan PPHT Semporna terhadap isu berkenaan.
Ternyata PPHT Semporna yang bertindak tergopoh-gapah itu telah menyebabkan pihak atasan mengarahkan supaya PPHT Semporna menjawab surat dari Setiausaha Hasil Bumi dan surat Ketua Menteri Sabah sendiri yang pernah diketepikan oleh Kedua-dua Pegawai Daerah Semporna dan Pemangku Penolong Pegawai Daerah Semporna ini.
Adalah dimaklumkan juga Pegawai Daerah dan PPHT ini dengan gahnya mendakwa bahawa mereka tidak ingin mendengar arahan Ketua Menteri Sabah serta tidak berminat untuk menjawab surat berkenaan atau tunduk kepada arahan mengenai isu itu.
Jika inilah tingkah laku dan etika kerja yang diperlihatkan oleh Pegawai Daerah Semporna dan Penolongnya, maka satu lagi tragedi malang bagi rakyat Negeri Sabah yang mempunyai pegawai-pegawai Kerajaan yang engkar arahan serta menjadi pegawai yang menjadi duri dalam daging dalam perkhidmatan awam Negeri Sabah.
Berdasarkan tinjauan kami dalam laman web soasial, kami mendapati PPHT Semporna sebagai pegawai kerajaan yang mendapat cemuhan yang sangat banyak dari rakan-rakan FB dan pengguna Internet di Semporna.
Di samping itu, tinjauan awam di Daerah Semporna adalah dilaporkan bahawa Pegawai Daerah yang Ke 37 ini adalah Pegawai yang tidak popular serta dianggap bongkak dan temberang oleh hampir keseluruhan penduduk tempatan di kawasan ini.
Rakyat di kawasan ini juga beranggapan bahawa Pegawai Daerah ini adalah Pegawai Daerah peribadi Adun Senallang, Semporna yang bekerja dan bertindak hanya mengikut arahan serta telunjuk Adun berkenaan kerana sebelum ini beliau adalah Pegawai di Kementerian Adun berkenaan.
Rakyat sangat muak dan muntah dengan tingkah laku pegawai ini yang dilihat hanya berurusan dengan mereka yang ada wang seperti kumpulan Kapitalis dan bagi kebanyakan rakyat di kawasan ini beranggapan bahawa Pegawai ini hanya mahu mencari peluang dengan menggunakan jawatannya di kawasan Semporna.
Jesteru itu pihak kami sedang menunnggu tindakan seterusnya dari PPHT Semporna sama ada terus berkeras dengan tindakannya yang dilihat tidak pandai kerja ini akan bersifat demikian terhadap pihak atasan.
Di samping itu juga, dengan tindakan PPHT yang telah membatalkan PT (Permohonan Tanah) bagi pemilik-pemilik tanah dikawasan itu, adalah salah dan tidak sah, bagaimanapun pihak kami berminat melihat apa lagi helah atau kelentong pegawai daerah ini pada masa akan datang, kerana mereka yang menjadi mangsa nampaknya tidak akan membiarkan tindakan berterusan.
Difahamkan juga bahawa salah seorang yang menjadi mangsa penolakan PT (Permohonan Tanah), Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh, telah membuat laporan Polis terhadap tingkah laku PPHT berkenaan bersama Penolong Pegawai Daerahnya (Norsih Nusuri) serta Penyelia Tanah Pejabat Daerah Semporna (Alizan mohd Alias) supaya dapat disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya.
Abdullah Sani juga telah membuat keputusan untuk mengheret PPHT Semporna ke Mahkamah kerana tindakan yang tidak beretika dan memohon mandamus atau ‘mandatory Order’ agar mereka memberitahu punca tindakan mereka di mahkamah kelak.
Di samping itu sebuah syarikat pensendirian dan beberapa individu tertentu sedang merancang untuk menyaman Pegawai Daerah serta PPHT Semporna yang juga menjadi mangsa mereka pada masa terdekat ini.
Salam Hormat,
ABBAS AHMAD
No comments:
Post a Comment