Wednesday, 2 February 2011

SKANDAL ADO SEMPORNA BERTERUSAN



Oleh : ABBAS AHMAD

TIDAK habis dengan kes Skandal Seks Puteri UMNO Semporna yang mempunyai hubungan sulit dengan, Nursih Nusuri, yang masih memangku jawatan Penolong Pegawai Daerah Semporna sehingga Febuari 2013, kini terpaksa menghadapi satu lagi tuntutan tanah yang akan dibawa ke Mahkamah oleh pemiliki tanah terhadapnya.

Nursih yang dilaporkan mempunyai Skandal Cinta Terlarang beberapa minggu lalu, nampaknya terpaksa menghadapi kes pembicaraan tanah milik rakyat tempatan kerana bertindak tidak wajar dan cuai dalam menjalankan kerjanya sebagai PPHT.

Niat buruk pegawai ini yang menggunakan surat Tidak Relevan (Surat Lapok) dari pihak Hasil bumi dan mengeluarkan satu arahan pembatalan Tanah PT telah mendapat cabaran dari pihak pemilik dan seterusnya mengheret beliau ke Mahkamah.

Pejabat Hasil Bumi Kota Kinabalu telah mengeluarkan satu surat amaran kepada beliau supaya jangan bertindak membatalkan tanah sebelum menjawab beberapa surat yang telah dikeluarkan oleh Hasil Bumi dan Ketua Menteri Sabah.

Memandangkan beliau seorang Pegawai baru dan masih dalam tempoh percubaan, maka adalah wajar bagi pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap beliau supaya diberi amaran dan tindakan disiplin kerana perlakuannya yang tidak beradab dan tidak beretika ini telah banyak membawa kemudaratan terhadap masyarakat setempat di daerah itu.

Kes sosial dan akhlak serta moral yang rendah ini telah menyebabkan rasa tidak senang di kalangan penduduk setempat. Kecuaiannya dan tidak berhati-hati dalam bidang pentadbiran dan pengurusan tanah telah menyebabkan rakyat di kawasan ini teraniaya dan mengalami kerugian.

Jesteru itu adalah dicadangkan beliau digantung kerja dan diambil tindakan disiplin terhadap pelakuan yang tidak bertanggungjawab serta tidak bermoral ini bagi mengelakkan sifat seperti ini mencemarkan nama baik penjawat awam keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment