ANUGERAH.....Azizah
menyaksikan Musa menyampaikan Anugerah jasamu dikenang kepada bekas guru SK
Mempagar, Kamarlin Ombi.
Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
BEAUFORT: Penubuhan
Persatuan Alumni merupakan platform terbaik mengiktiraf dan memperkasa peranan
sekolah sebagai institusi pendidikan yang efektif dan kondusif ke arah
melahirkan generasi berwibawa, berketrampilan dan berwawasan pada masa hadapan,
kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Azizah Mohd Dun.
“Ianya memerlukan kesediaan
dan komitmen semua ahli melalui percambahan minda bersama dengan pihak sekolah
dalam memperbaiki istitusi pendidikan itu agar lebih releven dan signifikan
dengan permintaan dan kepentingan pelajar sekolah masa kini,” katanya ketika
berucap pada majlis Jasamu Dikenang dan Pelancaran Penubuhan Persatuan Alumni
Sekolah Kebangsaaan (SK) Mempagar Beaufort , di Dewan Baru Beaufort di sini
kelmarin.
Ketua Menteri Sabah, Datuk
Musa Aman yang juga penaung dan bekas pelajar sekolah itu menyempurnakan
upacara perasmian majlis itu.
Pada majlis itu Musa
menyampaikan sijil dan anugerah jasamu kepada bekas pelajar dan bekas guru SK
Mempagar.
Hadir sama, Adun Lumadan,
Kamarlin Ombi, Adun Kuala Penyu, John Teo Mau Sing, Setiausaha Politik Menteri
Pembangunan Infrastruktur, Isnin Aliasnih, Pegawai daerah Beaufort, Wong Foo
Tin, Presiden Alumni SK Mempagar, Ir Awang Rahim Ag Ali dan Penolong Pegawai
Daerah Beaufort merangkap pengerusi penganjur Mohd Shaid Othman.
Azizah yang juga Penasihat
persatuan itu berharap penubuhan Alumni tersebut juga mampu mengeratkan
hubungan baik sedia terjalin dikalangan generasi pelajar terdahulu, kini dan
seterusnya dan sekaligus menyokong usaha tranformasi di SK Mempagar, Beaufort
seiring dengan agenda Program Tranformasi Pendidikan Negara.
SK Mempagar yang ditubuhkan
pada tahun 1945 merupakan sekolah rendah pertama di daerah Beaufort. Pada
asalnya di namakan government Primary School (GPS) Mempagar sebelum bertukar
nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Mempagar selepas Sabah merdeka melalui
Malaysia.
Teachers played an important role in the shaping useful students for the country's future.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
They deserves these sort of recognition for their contribution to the country's education system.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Musa Aman tidak pernah lupakan jasa dan pengorbanan guru.. kita jg harus hargainya.
ReplyDeletePersatuan alumni ini penting dan lebih bagus jika ianya aktif.
ReplyDeleteSetiap sekolah mungkin ada baiknya jika mempunyai persatuan Alumni seperti ini.
ReplyDeleteJasa mu di Kenang.. Itu lah yang sesuai diberikan kepada guru-guru yang ada.
ReplyDeleteKerana guru jugalah membuat kita berjaya seperti sekarang ini.
ReplyDeleteJasa warga pendidikan harus dihargai.
Deletekeprihatinan kerajaan menunjukan kerajaan mengutamakan rakyat.
ReplyDeletebest jadi cikgu ni.. jasa dikenang sampai bila.. sentiasa jadi sebutan..
ReplyDeletesaya rasa mungkin lagi berbaloi jika kerajaan dapat menumpukan perhatian terhadap prasarana sekolah2 di kawasan pedalaman..
ReplyDeleteSaya amat berharap agar Persatuan Alumni Sk Mempagar Beaufort yang terdiri daripada bekas pelajar dan bekas guru, termasuk mereka yang telah menjdi tokoh-tokoh ternama Sbaah, khususnya Beaufort sendiri mampu mengusahakan agar Sk Mempagar akan diberikan perhatian yang sewajarnya. Pembangunan blok-blok bangunan baharu yang telah lama dinantikan masih belum menunjukkan perkembangan positif.
ReplyDelete