PARA
peminat bidang videografi dan fotografi berpeluang menyertai Bengkel Intensif
Asas Pengarahan Dan Penerbitan Video Digital anjuran bersama Bestoborneo,
Avicraft, Ampal Production dan Persatuan Pengarah Malaysia (FDAM) di Kompleks
Sukan Likas, Kota Kinabalu pada 3 hingga 5 Ogos ini.
Menurut
salah seorang penganjur, Rasyed Abu Bakar yang juga Koordinator Program, bengkel
tersebut bertujuan memberi ilmu asas profesional dalam aspek pengarahan serta
pengurusan sesebuah produksi video.
Katanya,
selama 3 hari diadakan, penganjur akan menyediakan tempat tinggal untuk peserta
terutamanya yang tinggal jauh bagi membolehkan mereka menyertai sesi pada
sebelah malam.
Secara
keseluruhannya, para peserta akan disajikan pelbagai pengetahuan yang menjurus
kepada aspek penerbitan seperti Pra Produksi (Skrip/Pengurusan/ Pengarahan),
Produksi (Kamera/Pencahayaan/Penggambaran) dan Pasce Produksi
(Capturing/Editing Offline/Grafik/Editing Online).
Beliau
menjelaskan, yuran penyertaan bagi kursus tersebut berjumlah RM800 di mana RM50
adalah untuk tujuan pendaftaran manakala selebihnya ada untuk tujuan membiayai
kursus.
Selain
Rasyed, antara tenaga pengajar bertauliah yang akan mengendalikan keseluruhan
bengkel berkenaan ialah Jamil Mutalib yang juga Pengerusi Biro Latihan Dan
Apresiasi FDAM, Khalid Sulaiman yang juga salah seorang tenaga pengajar FINAS
dan Dicky Adrian (penyunting profesional).
Rasyed
menambah, selain akan dianugerahkan sijil penyertaan, para peserta dalam
penganjuran bengkel ini juga akan sentiasa diutamakan dalam mana-mana bengkel
pertengahan dan Advance kelak.
Sebarang
pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh menghubungi
Rasyed melalui nombor (017-8284328 / 013-8783370).
Ditanya
kemungkinan kriteria peserta yang diinginkan penganjur, Rasyed menjelaskan
mereka yang bercita-cita mahu mengarah, terlibat sebagai videographer secara
amatur, mahu menjadi penerbit syarikat produksi, baru berjinak-jinak dalam
bidang penerbitan video, mahu mendalami ilmu pengurusan penerbitan, mahu
mengetahui bidang editing/suntingan, mahu mengetahui asas penulisan skrip, mahu
menambah ilmu, mereka yang punya masa dan mahu menambah jaringan rakan dalam
bidang produksi filem atau video. (ST)
No comments:
Post a Comment