SERAH
…..Siti Aisah menyerahkan panji-panji PKR kepada salah seorang Ketua Ranting
PKR.
OLEH SHAIMON S JUMADI
KETUA Seri Kandi Malaysia
Parti KeADILan Rakyat (PKR), Siti Aisah Sekh Ismail berkata kerajaan Malaysia
telah berhutang dengan negara luar berjumlah RM456 billion demi keangkuhan
mereka memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat dengan tujuan untuk menarik
sokongan rakyat kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak
telus dan ikhlas itu.
Katanya, para pemimpin
kerajaan UMNO dan BN terlalu tamak dan rakus semata-mata mahu mencari
keuntungan dengan pelbagai kaedah, tetapi rakyat terus terpinggir dalam arus
perdana pembangunan.
Aisah berkata, demikian
ketika berucap di Majlis Ceramah Perdana Suara Anak Muda Parti KeADILan Rakyat
(PKR) bersempena Majlis Pengistiharan Penyerahan Panji-Panji PKR kepada lebih
40 Ketua Ranting PKR Semporna yang dilangsungkan di perkarangan kediaman Ketua
Seri Kandi PKR Cabang Semporna, Nazmahwati Walli di Taman Marimas II, Semporna semalam.
KENANGAN….Para
Pemimpin Kanan PKR bergambar dengan sebahagian Ketua Ranting.
Katanya, perbuatan songsang
kebanyakan pemimpin UMNO rakyat di Sabah khususnya di Semporna sudah bermaharaja
lela sehingga rakyat jelak kerana terlalu banyak menabur janji; tetapi dalam 10
janji yang ditebarkan, mungkin hanya satu sahaja yang ditunaikan, selebihnya
merupakan satu pembohongan besar kepada rakyat.
Aisah menambah, tindakan
kerajaan UMNO-BN melambat-lambatkan pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) diadakan
ini merupakan satu tindakan yang bijak kerana semakin lama semakin banyak isu
songsang kerajaan UMNO-BN diselongkar dan didedahkan kepada semua rakyat di negara
ini.
Sebagai pendekatan, kata
Aisah, di Semporna sudah 20 tahun 'dijajah' oleh UMNO-BN tetapi tidak ada
perubahan besar dalam pembangunan prasarana termasuk janji hendak membina
jambatan Pulau Bum Bum semakin hari semakin kabur.
"Tetapi sebaliknya
pula, Ahli Parlimen Sermporna mampu memberikan sejumlah RM1.5 juta kepada artis
pujaan hatinya iaitu Zahidah Rafik dan memberikan seribu alasan untuk
pembangunan Semporna," ujarnya.
Tambah Aisah, beliau
berpendapat tindakan Perdana Menteri Najib Tun Razak memberikan subsidi empat
biji tayar dan pembelian insuran percuma kepada para pemilik teksi (syarikat dan
individu) merupakan satu pembaziran wang rakyat.
"Kenapa teksi sahaja
yang diberikan keutamaan mendapatkan subsidi sedemikian rupa? Bagaimana pula
dengan kenderaan pengangkutan awam lainnya seperti bas-bas mini yang ada di
dalam negara ini? Kenapa mereka terpinggir untuk mendapatkan subsidi tersebut?"
kata Aisah.
Katanya lagi, jika teksi dianggap
sebagai duta kepada Barisan Nasional, apa bezanya pula dengan Bas-Bas yang lain
yang merupakan pengangkutan awam yang
sama fungsinya dengan teksi?
Majlis Ceramah Perdana yang
bertemakan 'Ke Arah Momentum Gelombang Perubahan Kepimpinan' telah dihadiri
lebih 600 orang penyokong PKR yang datang dari pelbagai ranting daripada 20
kampung di tiga kawasan DUN Sulabayan, Bugaya dan Senalang.
Turut hadir pada sesi ceramah
tersebut ialah Ketua Seri Kandi PKR Negeri, Munira; Ketua Seri Kandi PKR Cabang
Semporna, Nazmawati Walli dan Ketua Cabang PKR
Semporna Lokman Ureh.
No comments:
Post a Comment